Monday, July 31, 2006

Hadith Khatam Quran

Assalamu`alaikum Ustaz...

Soalan :

Tentang hadith larangan khatam Quran kurang daripada 3 hari..... sertakan sekali status hadith itu.....

Wslm

Jawapan :

Khatam al-Quran.

Mengkhatamkan al-Quran mengambil kira sama kefahamannya dan menjaga adab-adab membaca al-Quran. Jika mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari, dalam keadaan tidak memelihara adabnya sudah tentu dilarang. Inilah yang difahami dari tujuan larangan mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari seperti yang difahami sebahagian ulama, kerana terdapat riwayat dari generasi al-Salaf al-Soleh mengkhatamkannya kurang dari 3 hari. Antara nya seperti yang disebut oleh Ibn 'Allan dari Abu Daud yang meriwayatkan dari al-Aswad bin Yazid :

أنـه كـان يـخـتـم الـقـرآن في رمـضـان كـل لـيـلـتين

Maksudnya : Adalah dia mengkhatamkan al-Quran dalam bulan ramadhan pada setiap dua malam."

Namun sebahagian ulama mereka melarang mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari berdasarkan hadith :

لا يفقه مَن قرأ القرآن في أقل من ثلاث

Maksudnya : "Tidak akan faham orang yang membaca (sehingga khatam) al-Quran kurang dari 3 hari." (al-Tirmizi berkata Hasan Sahih, dan al-Nawawi mensahihkannya di dalam al-Tibyan)

Abu 'Ubaid dan Ibn Abi Syaibah dan al-Marwazi meriwayatkan dari Mu'az bin Jabal yang tidak menyukai orang yang mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari. Ibn Kathir mensahihkan riwayat ini.

al-Nawawi berkata di dalam al-Tibyan : "Sejumlah al-Mutaqaddimin telah memakruhkan mengkhatam al-Quran dalam masa sehari semalam dengan berdalilkan dengan hadith yang sahih dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Asy bahawasanya Nabi saw bersabda : "Tidak akan faham orang yang membaca (sehingga khatam) al-Quran kurang dari 3 hari." Dan bukan seorang yang telah memakruhkan khatam al-quran kurang dari 3 hari dari kalangan al-Salaf. Sama juga seperti mazhab Abu Ubaidah, Ishak bin Rahuwiah dan selain mereka berdua dari generasi khalaf juga."

Sebahagian ulama berpendapat perbuatan sebahagian salaf al-Soleh yang mengkhatam al-Quran kurang dari 3 hari itu adalah pada bulan ramadhan sahaja. Larangan Nabi hanya kepada orang yang senantiasa mengkhatamkannya kurang dari 3 hari. Adapun di dalam bulan ramadhan tidak mengapa. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad, Ishak dan selain mereka.

wallahu a'lam.

http://www.quranway.net/index.aspx?function=Item&id=12&lang=

http://www.alminbar.net/alkhutab/khutbaa.asp?mediaURL=1368

http://saaid.net/mktarat/ramadan/k/8.htm

Puasa Wisol

assalamu'alay-kum

Pohon penjelasan, apakah yg disebutkan puasa wishol itu?


1. Puasa berhari, tanpa selang seli?

atau...

2. Puasa tanpa berbuka ?

===========

Dan bgmana pula status puasa sesetengah yg berpuasa 3 bulan berturut2 bermula rejab, syaaban dan ramadhan ?

sunnah kah? dan jika tidak sunnah, adakah ia suatu perkara yg ditegah atau termasuk dlm perkara2 yg mubah ?

WA

--------------

Jawapan 1 :

Puasa Wisol (وصال) ialah puasa yang dilakukan secara berterusan dua hari, tiga hari atau lebih tanpa berbuka samaada dengan air ataupun apa-apa makanan.

Al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a. sabda Nabi s.a.w. :

لا تُوَاصِلُوا . قَالُوا : إِنَّكَ تُوَاصِلُ . قَالَ : إِنِّي لَسْتُ مِثْلَكُمْ ، إِنِّي أَبِيتُ يُطْعِمُنِي رَبِّي وَيَسْقِينِي


Maksudnya : " Jangan kamu semua berpuasa wisol. Kata para sahabat : "(akan tetapi) engkau berpuasa wisol. Jawab Nabi s.a.w. : "sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu, sesungguhnya aku diberi makan dan minum oleh tuhanku..."

Ibn Qudamah berkata di dalam al-Mughni : "Dan (berpuasa) Wisol makruh berdasarkan pendapat kebanyakan ulama."

Al-Nawawi pula berkata di dalam al-Majmu' : "... (yang benar) di sisi para sahabat kami dan ianya zahir yang dinyatakan oleh al-Syafi'e adalah makruh yang membawa kepada haram (كراهة تحريم )."

Berkata al-Syeikh Ibn 'Uthaimin di dalam al-Syar al-Mumti' :

"Dan yang jelas dalam hukum (puasa) Wisol adalah Haram."

Ini bertepatan dengan Hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :


واصل رسول الله صلى الله عليه وسلم فواصل الناس فنهاهم فقالوا : يا رسول الله فإنك تواصل فقال : إني لست كهيئتكم إني أطعم وأسقى


Maksudnya : "Rasulullah s.a.w. berpuasa (wisol), lalu manusiapun berpuasa wisol. Lalu Nabi melarang mereka. Mereka berkata : "Wahai Rasulullah, (akan tetapi) engkau menyambung puasa engkau. Jawab Nabi s.a.w. : "sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu, sesungguhnya aku diberi makan dan minum (oleh tuhanku)." (Hadith ini dianggap sahih Isnadnya oleh al-Syeikh Ahmad Syakir)

--------

Puasa Tanpa Berbuka :

Hukum Berpuasa 3 Bulan Berturut-turut.

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya Fiqh al-Siyam berkata :

"... tidak didapati daripada nabi s.a.w. bahawasanya baginda berpuasa penuh sebulan melainkan bulan Ramadhan. Adapun yang paling banyak baginda berpuasa adalah dalam bulan Sya'ban.... inilah sunnah nabi dalam perkara ini..... AKu telah melihat sebahagian orang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari dalam syawal dan mereka namakannya sebagai Hari-hari putih (الأيام البيض ) dan selepas daripada itu dia berbuka, maka jadilah hari rayanya pada hari ke 8 dalam bulan Syawal.

Jadilah juga puasanya yang tiga bulan ini dan 6 hari dalam bulan syawal itu bersambung-sambung, dia tidak berbuka melainkan pada hari raya. Maka perbuatan ini tidak didapati dari Nabi s.a.w. tidak juga dari sahabat baginda, tidak juga didapati dari salaf al-soleh. Yang utama ialah berpuasa sehari dan berbuka sehari, tidak menyambung-nyambungkan puasa (melainkan ramadhan). Setiap kebaikan itu pada mengikut salaf dan setiap keburukan itu pada mengikut orang yang kemudian. Maka sesiapa yang hendak mengikut, dan menghendaki pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi s.a.w. dan jangan dia berpuasa Rejab keseluruhannya, dan jangan dia berpuasa sya'aban keseluruhannya. Inilah yang lebih utama. "

wallahu a'lam.

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=3629&version=1&template_id=219&parent_id=1

Tentang salam, kelebihan surah al-Kahf dan keluar 3 atau 40 hari

salam,

ustaz boleh tak sekiranya pihak ustaz nyatakan hadis shahih(sumber,matannya dll) untuk perkara berikut;

i- Kewajipan memberi ucapan salam sesama islam & tuntutan menjawabnya mengikut cara salafus soleh.

ii- Bacaan surah al-kahfi pada malam jumaat.

iii- Berkaitan dengan kepercayaan sesetengah jemaah yang menyatakan terdapat hadis rasullullah menyatakan adanya penetapan untuk keluar 3hari,40hari dan sebagainya...



jazakallah




Jawapan :

1- Memberi salam adalah SUNAT hukumnya bukan wajib. Antara dalilnya :

لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا . ولا تؤمنوا حتى تحابوا . أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم ؟ أفشوا السلام بينكم

Maksudnya : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman, hingga kamu saling sayang menyayangi. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu melakukannya, kamu akan saling sayang menyayangi? Sebarkanlah salam sesama kamu." (Muslim)

Menjawab salam pula ada wajib. Antara dalilnya firman Allah :

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksudnya : "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (al-Nisak : 86)

2- Galakan membaca surah al-Kahf hari Jumaat termasuk malamnya. Banyak hadith dalam perkara ini satu daripadanya :

من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين

Maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, diberikan sinar padanya dari cahaya diantara dua Jumaat." (Sahih : al-Albani di dalam Soheh al-Targhib)

3- Orang yang mendakwa adanya penetapan dari Nabi saw untuk khususkan keluar 3 dan 40 hari perlu mendatangkan dalil. Merekalah yang perlu mendatangkan dalil kepada kita.

wallahu a'lam.

Qunut Nazilah

Soalan :

salam, Bagaimana bacaan qunut nazilah yang diajar dari rasullullah saw yang boleh diamal oleh kita umatnya ketika menghadapi bencana/mendoakan agar allah melaknat orang-orang kafir yang zalim? jazakallah

Jawapan :

Bacaan qunut nazilah disyariatan apabila berlakunya musibah terhadap umat Islam. Thabit daripada Nabi saw yang baginda melakukan qunut pada rakaat yang akhir setiap solat selepas bangun dari rukuk, baginda memohon pertolongan dari Alah untuk kaum muslimin dan melaknat kaum kuffar. Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim terdapat hadith yang menyatakan bahawasanya Nabi saw telah melakukan qunut selama sebulan, baginda berdoa (meminta Allah membalas dan mengambil tindakan) terhadap kabilah Ri'lin (رعل) dan Zakwan (زكوان).

Di dalam Qunut al-Nazilah kita berdoa bersesuai dengan keadaan yang berlaku. Terdapat riwayat dari 'Umar ibn al-Khattab membaca doa ini :

اللهم إنا نستعينك ونؤمن بك ، ونتوكل عليك ونثني عليك الخير ولا نكفرك ، اللهم إياك نعبد ، ولك نصلي ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، نرجو رحمتك ونخشى عذابك ، إن عذابك الجدَّ بالكفار مُلحق ، اللهم عذِّب الكفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك

Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu, dan kai beriman dengannya, dan kami bertawakkal kepada MU, dan kami menyanjung kepada MU dnegan kebaikan dan kami tidak mengkufurkanMu. Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah, dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud, untuk Mu kami berusaha. Kami mengharapkan rahmat daripada Mu dan kami takutkan azab Mu. Sesungguhnya azab Mu yang berat sudah pasti terhadap orang kuffar. Ya Allah azablah orang kuffar ahli kitab yang menghalangi jalanMu." (Riwayat al-Baihaqi, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa'. Al-Albani berkata : "Riwayat ini daripada 'Umar dalam qunut subuh. Dan yang zahirnya beliau qunut Nazilah (dalam solat subuh), sepertimana yang nyata dari doanya kepada orang kufar.)

Bolehkah QUnut Nazilah dibaca dengan bacaan yang lain ?

Qunut Nazilah boleh dibaca dengan bacaan yang lain. al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata : "Yang benar dan yang masyhur yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama, bahawasanya ia (qunut nazilah) tidak ditentukan padanya (Yakni tidak perlu dengan sighah yang sama). Bahkan boleh dengan setiap (apa-apa) doa."

Maka tidak mengapa jika kita membaca qunut nazilah berdasarkan kesesuaian musibah yang melanda kita. al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata : "Tidak mengapa dengan adanya tambahan pada qunut Nazilah dengan melaknat orang-orang kufar, selawat ke atas Nabi saw dan doa untuk orang-orang muslimin." (Qiyam al-Ramadhan)

wallahu a'lam.

http://www.islam-qa.com/index.php?ref=20031&ln=ara

Monday, July 17, 2006

Puasa Sunat

Soalan :

Bolehkah disenaraikan puasa yang boleh dilakukan sepanjang tahun yang disunnahkan? Contohnya, seperti puasa pertengahan bulan dan Isnin & Khamis dengan mengikut nas yang sahih.

Sekian. Wassalam.


Jawapan :

Puasa sunat itu terbahagi kepada dua :

1- Puasa Sunat Mutlak iaitu yang tidak terikat pada hari-hari tertentu. Seseorang muslim boleh melakukan puasa sunat pada mana-mana hari yang dia kehendaki dalam setahun, melainkan pada hari-hari yang diharamkan puasa, seperti dua hari raya, hari tasyrik (tiga hari selepas aidil adha). Demikian juga terdapat larangan mengkhususkan puasa pada hari jumaat.

Cara yang terbaik melakukan puasa sunat mutlak ini adalah dengan kita berpuasa sehari dan berbuka sehari seperti hadith :

أَحَبُّ الصَّلاةِ إِلَى اللَّهِ صَلاةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلام وَأَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ وَكَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ وَيَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا

Maksudnya : "Solat yang paling disukai oleh Allah ialah solat Daud as, dan puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Daud as. Adalah baginda tidur sebahagian malam dan baginda bangun pada 1/3 malam, dan tidur pada 1/6 malam. dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (al-Bukhari dan Muslim)

2- puasa sunat muqayyad, iaitu puasa yang dilakukan pada hari-hari tertentu. Ia lebih utama dari puasa sunat mutlak di atas dari sudut keumumannya. Ia terbahagi kepada dua.

  • Bergantug pada diri seseorang. Seperti seorang pemuda yang yang tidak ada kemampuan untuk berkahwin, maka dia digalakkan berpuasa yang berperanan sebagai pendindingnya dari nafsu sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam bab ini.

  • Bergantung pada waktu-waktu tertentu. Puasa jenis ini terbahagi kepada puasa sunat mingguan, bulanan dan tahunan.

  • Puasa Mingguan iaitulah puasa pada hari Isnin dan Khamis seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie dan disahihkan oleh al-Albani.

  • Puasa Bulanan iaitu puasa tiga hari di pertengahan setiap bulan (dinamakan sebagai Ayyam al-Baidh) 13, 14 dan 15 hb hijrah seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie, Ibn Majah dan Ahmad, disahihkan oleh al-Albani.

Puasa Tahunan iaitu :

  • Puasa 'Asyura : Hari ke 10 dalam bulan Muharram (al-Bukhari dan Muslim). Disunatkan juga puasa bersamanya 9 atau 11 muharram untuk berbeza dengan orang-orang Yahudi yang berpuasa pada 10 muharram sahaja.

  • Puasa hari 'Arafah : Hari kesempilan dalam bulan zul hijjah. Disunatkan bagi sesiapa yang tidak berada di 'Arafah. (Muslim)

  • Puasa 6 hari dalam bulan Syawal. (Muslim)

  • Perbanyakkan puasa dalam bulan Muharram

  • Perbanyakkan puasa dalam bulan Sya'ban. (al-Bukhari dan Muslim)

    wallahu a'lam.

    http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=21979&dgn=4

Solat Wanita

Soalan :

Perlu diingatkan, kedua2 lengan wanita hendaklah dirapatkan ke badan semasa solat. MENURUT SEORANG PENCERAMAH, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka. APAKAH BENAR DAKWAAN INI?

Jawapan :

Dakwaan tersebut tidak benar kerana antara sifat rukuk itu ialah menjauhkan dua siku dari kedua-dua rusuk badan. Dalilnya adalah perbuatan Abi Mas'ud 'Utbah bin 'Amr ra:

أنه ركع فجافى يديه ووضع يديه على ركبتيه وفرج بين أصابعه من وراء ركبتيه وقال هكذا رأيت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يصلي


Maksudnya "Adalah dia rukuk dengan menjauhkan dua tangannya.... dan dia berkata : Demikianlah yang aku lihat Nabi saw menunaikan solat." (Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa-ie)

al-Syaukani di dalam Nail al-Awtar berkata : "(maksud menjauhkan dua tangannya) yakni menjauhkan kedua-duanya daripada rusuk..." Dan beliau beliau berkata rijal sanad hadith ini thiqaat.

Nabi saw bersabda :

صلوا كما رأيتموني أصلي

Maksudnya : Sembahyanglah kamu semua sepertimana kamu melihat aku menunaikan sembahyang.

Arahan di dalam hadith ini adalah umum. Ia merangkumi lelaki dan perempuan, kesemua mereka mesti mendirikan solat sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw.

Al-Albani di dalam kitabnya Sifat solat Nabi saw berkata :

"Setiap yang telah disebutkan dari sifat solat Nabi saw adalah sama antara lelaki dan wanita. Tidak terdapat di dalam sunnah apa yang membezakan wanita dalam sebahagian sifat tersebut, bahkan ia termasuk di dalam keumuman sabda Nabi saw "Sembahyanglah kamu semua sepertimana kamu melihat aku menunaikan sembahyang."

Adapun hadith yang menunjukkan adanya perbezaan diantara lelaki dan wanita di dalam solat adalah hadith-hadith yang tidak sahih. Sila lihat akhir kitab Sifat Solat Nabi saw oleh al-Albani

wasalam.

http://www.islam-qa.com/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=38162&dgn=4

Suntikan Botox Haram- Pakar Syariah

Kaedah rawatan menegangkan kulit muka dengan menggunakan suntikan Botox (Botulinum Toxix A) adalah haram di sisi Islam kerana ia disifatkan sebagai satu penipuan dan mengubah kejadian Allah.

Dua pensyarah syariah dari Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Nasran Mohamad dan Ahmad Dahlan Salleh berkata, hukum suntikan Botox adalah haram kerana ia tidak mematuhi peraturan am dalam proses menjaga dan mencantikkan wajah yang dibenarkan dalam Islam.

Mereka berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam pada Seminar Kebangsaan Produk Halal 2006 anjuran Sekretariat Falsafah, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Mohd. Nasran berkata, dalam Islam, rawatan rupa paras untuk memulihkan kecacatan dan menghiaskan diri adalah dibenarkan malah manusia memangnya digalak untuk berhias diri dengan syarat tidak melampau.

Suntikan Botox yang popular di negara ini adalah dianggap melampau kerana ia adalah kaedah ‘muda segera’ dengan suntikan bahan larutan sejati toksin botulinum yang sangat beracun.

Mohd. Nasran berkata, suntikan Botox sebenarnya bukanlah rawatan sebaliknya ia adalah satu ‘penipuan' untuk seseorang itu kelihatan cantik dan mengubah ciptaan Allah tanpa sesuatu keperluan seperti memperbaiki kecacatan adalah dilarang dalam Islam.

“Ia telah dijadikan sebagai proses membendung penuaan berbanding rawatan tradisi dan suntikan Botox bukanlah rawatan untuk memulihkan kecacatan sebaliknya ia digunakan untuk menipu dan mengubah fitrah penuaan”, kata beliau.

Katanya, pengharaman Botox adalah bersandarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang melarang manusia berbuat demikian.

Antara ayat yang melarang itu ialah dalam surah al-A'raf ayat 31-32, Surah al- Baqarah ayat 135.

Katanya, selain itu, terdapat juga hadis yang melarang umat Islam berbuat demikian yang diriwayatkan oleh Ibnu Masuud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat kepada sesiapa yang mencacah kulitnya serta orang yang meminta agar dicacah kulitnya”.

Mohd. Nasran berkata, dalam Islam pembedahan untuk kecantikan hanya dibenarkan bagi tujuan memperbaiki wajah seseorang itu yang cacat sama ada cacat sejak lahir ataupun cacat akibat kemalangan malah Rasulullah pernah membenarkan seorang yang cacat hidung, Arfajah menutup hidungnya yang lompong dengan emas.

Katanya, hukum pembedahan kosmetik seperti menegang buah dada, hidung, telinga, bibir, geraham, dagu, kening dan punggung menjadi haram jika ia dilakukan bagi tujuan memenuhi hawa nafsu, penipuan supaya kelihatan menarik untuk memikat seseorang.

“Jika ini dilakukan, para doktor yang terlibat dalam menjalankan pembedahan ini serta wanita atau lelaki yang terbabit akan menanggung dosa,” kata beliau.

– Bernama

-------

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Memegang tongkat ketika berkutbah

Soalan :

Akum adakah memegang tongkat ketika berkutbah bagi seseorang khatib merupakan satu yang sunnah???


Jawapan :


Terdapat hadith yang diriwayatkan :

أنه صلى الله عليه وسلم كان يعتمد على عنزته اعتماداً

Maksudnya : “Bahawasanya baginda saw bersandar/memegang kayu yang ada besi dihujungnya (ketika berkhutbah).” (al-Syukani di dalam Nail al-Autar mengatakan hadith ini Mursal, di dalam sanadnya adalah Laith ibn Abi Salim dan ia Lemah, Demikian juga Ibn Hajar di dalam al-Talkhis berkata Laith bin ABi Salim adalah Lemah)

Abu Daud di dalam sunannya meriwayatkan hadith daripada Hakim bin Huzan :

شهدنا فيها الجمعة مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقام متوكئاً على عصا أو قوس

Maksudnya : “Kami menyeksikan padanya hari Jumaat bersama Rasulullah saw, baginda berdiri (berkhutbah) bersandar/memegang tongkat atau busar.” (al-Hafidz di dalam al-Talkhis berkata sanad hadith ini Hasan, Ibn al-Sakkan dan Ibn Khuzaimah mensahihkan hadith ini. Sila lihat Sahih Ibn Khuzaimah)

Bagi hadith ini ada Syahid dari hadith al-Barra’ bin ‘Aazib yang diriwayatkan oleh Abi Daud dengan lafaz :

أن النبي صلى الله عليه وسلم أعطي يوم العيد قوساً فخطب عليه

Maksudnya : “Bahawasanya Nabi saw telah diberi busar pada (khutbah) hari raya, lalu baginda berkhutbah dengannya.” (Hadith ini disahihkan oleh Ibn al-Sakkan. Sila lihat al-Talkhis al-Habir)

Imam Malik berkata : “Dari apa yang disunatkan bagi para imam yang berkhutbah, untuk mereka berkhutbah pada hari jumaat dan bersama mereka tongkat, mereka berpegang (sandar) kepadanya ketika berdiri. Dan itulah yang kami lihat dan kami dengar.” (Lihat al-Mudawwanah (المدونة) : 1/232)

Imam al-Syafi’ie berkata : “Dan orang yang berkhutbah bersandar kepada tongkat atau busar atau apa yang seumpama dengan kedua-duanya, kerana telah sampai kepada kami bahawasanya Nabi saw bersandar kepada tongkat (ketika berkhutbah).” (Lihat al-Umm : 1/177)

Al-Nawawi pula berkata : “Disunatkan bersandar (memegang) kepada busar, atau pedang atau tongkat atau seumpamanya.” (al-Mujmu’ : 4/357)


walahu a'lam.


http://www.saaid.net/book/7/1005.doc

Memelihara Janggut

Soalan :

salam, Boleh ustaz terangkan adakah terdapat dalam hadith yang sahih mengenai tuntutan memiliki janggut untuk lelaki?Adakah memiliki janggut mendapat juga pahala sunnah?


Jawapan :

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum memelihara janggut. Sebahagian berpendapat hukumnya wajib dan mencukurnya dalah haram. Sebahagian yang lain berpendapat sunat muakkadah (sunat yang dituntut) memeliharanya dan mencukurnya adalah makruh. manakala sebahagian yang lain berpendapat harus. Hadith dalam memelihara janggut ini ialah :

خالِفُوا المُشركينَ، ووَفِّرُوا اللِّحى، واحْفُوا الشوارب

Maksudnya : "Berbezalah dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (al-Bukhari)

Para ulama berbeza pendapat tentang arahan Nabi saw yang menyuruh memelihara janggut. Sebahagian mereka memehami arahan tersebut membawa maksud wajib dan sebahagian yang lain memahami arahan itu membawa maksud sunat.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpendapat pendapat yang lebih pertengahan dan lebih hampir dengan kebenaran ialah pendapat yang mengatakan Makruh mencukurnya dan memeliharanya adalah sunat muakkadah.

Ini disebabkan arahan ini tidak menunjukkan kewajipan secara pasti, sebaliknya arahan tersebut memiliki sebabnya iaitulah untuk berbeza dengan orang-orang musyrik. Kerana Nabi saw juga pernah menyuruh supaya mewarnakan rambut untuk berbeza dengan orang-orang Yahudi dan Nasara yang tidak mewarnakan rambut, namun terdapat sahabat yang tidak mewarkan rambut mereka. Ini menunjukkan arahan itu adalah membawa maksud sunat.

wallahu a'lam.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601142

Za'faran Untuk Diminum

Soalan :

Adakah berubat dengan ayat al-Quran, demikian juga dengan menulis (ayat al-Quran) dengan Za'faran, kemudian meletakannya dengan air dan meminumnya daripada bid'ah ? Ataupun bukan bid'ah ?


Jawapan :

"Yang Benar bahawasanya perbuatan ini adalah bid'ah, walaupun terdapat sebagian orang dahulu (melakukannya), akan tetapi perbuatan ini (sepatutnya) ditinggalkan kerana ianya wasilah (membawa kepada kesalahan) yang lain.
Ini tentang menulis al-Quran kemudian meminumnya, ia adalah daripada bid'ah walaupun pelakunya bertujuan untuk berubat. Adapun menjampi seperti seseorang membaca al-Quran lalu dihembus pada dirinya (bahagian yang sakit) atau sesiapa yang sakit , maka menjampi seperti ini tidak mengapa.
Akan tetapi jangan ditulis, kemudian diminum, Ini adalah daripada bid'ah yang tanpa ragu boleh membawa kepada bid'ah yang lebih besar bahkan kepada syirik akbar..... dan tidak sahih sesuatupun (tentangnya) yang marfu' (sampai) kepada Nabi saw selama-lamanya.
Maka kerana ini ianya adalah bid'ah. Adapun berubat dengan cara ruqyah (jampi) maka ianya thabit dari Nabi saw..."

http://www.islamway.com/?iw_s=Fatawa&iw_a=view&fatwa_id=26

Sunday, July 16, 2006

cara memakai cincin dari Ensaiklopedia Fekah Kuwait

‏موضع التختم ‏:‏ ‏ ‏لم يختلف الفقهاء في موضع التختم بالنسبة للمرأة ‏;‏ لأنه تزين في حقها ‏,‏ ولها أن تضع خاتمها في أصابع يديها أو رجليها أو حيث شاءت ‏.‏ ‏ ‏ولكن الفقهاء اختلفوا في موضع التختم للرجل ‏,‏ بل إن فقهاء بعض المذاهب اختلفوا فيما بينهم في ذلك ‏:‏ فذهب بعض الحنفية إلى أنه ينبغي أن يكون تختم الرجل في خنصر يده اليسرى ‏,‏ دون سائر أصابعه ‏,‏ ودون اليمنى ‏.‏ ‏ ‏وذهب بعضهم إلى أنه يجوز أن يجعل خاتمه في يده اليمنى ‏,‏ وسوى بعض الفقهاء بين اليمين واليسار ‏;‏ لأنه قد اختلفت الروايات عن رسول الله صلى الله عليه وسلم في ذلك ‏,‏ وقول بعضهم ‏:‏ إنه في اليمين من علامات أهل البغي ليس بشيء ‏;‏ لأن النقل الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ينفي ذلك ‏.


Tempat cincin : Ulama' tidak berselisih faham mengenai memakai cincin kepada perempuan kerana mereka dari segi aspek ini hak perhiasannya, kepadanya (wanita) mereka boleh meletakkan dijari tangan atau atau dijari kaki , dimana mereka mahukan.
Tetapi ulama' berselisih faham tempat letaknya cincin kaum lelaki, ada beberapa sarjana mazhab tidak mendapat persetujuan mengenainya :
beberapa pengikut Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan.
Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga sarjana (ulama') menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri kerana terdapat riwayat yg berbeza mengenai hadis Rasulullah saw dan berkata beberapa mereka itu : Sesungguhnya di tangan kanan dari kalangan manusia tidaklah menandakan apa-apa kerana pentafsiran kanan dari Rasulullah saw membatalkannya.

[‏ ‏والمختار عند مالك رحمه الله التختم في اليسار على جهة الندب ‏,‏ وجعل الخاتم في الخنصر ‏,‏ وكان مالك يلبسه في يساره ‏,‏ قال أبو بكر بن العربي في القبس شرح الموطأ ‏:‏ صح عن ‏{‏ رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه تختم في يمينه وفي يساره ‏,‏ واستقر الأكثر على أنه كان يتختم في يساره ‏}‏ ‏,‏ فالتختم في اليمين مكروه ‏,‏ ويتختم في الخنصر ‏;‏ لأنه بذلك أتت السنة عنه صلى الله عليه وسلم والاقتداء به حسن ‏.‏ ولأن كونه في اليسار أبعد عن الإعجاب ‏.‏ ‏ ‏وقال الشافعية ‏:‏ يجوز للرجل لبس خاتم الفضة في خنصر يمينه ‏,‏ وإن شاء في خنصر ‏يساره ‏,‏ كلاهما صح فعله عن النبي صلى الله عليه وسلم لكن الصحيح المشهور أنه في اليمين أفضل لأنه زينة ‏,‏ واليمين أشرف ‏


Imam Malik r.h. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arbi didalam syarah Muwatta' : Sah dari : {Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}.
Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memuji pemakaian disebelah kiri.
Berkata Imam Shafiee : Kepada lelaki, pemakaian cincin 'silver' di jari kecil sebelah kanan adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri, kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw, tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

[‏وقال بعضهم ‏:‏ في اليسار أفضل ‏.‏ وفي سنن أبي داود بإسناد صحيح أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يتختم في يساره ‏,‏ وبإسناد حسن أن ابن عباس رضي الله عنهما تختم في يمينه ‏.‏ ‏ ‏وعند الشافعية أن التختم في الوسطى والسبابة منهي عنه لما ورد عن علي رضي الله تعالى عنه قال ‏{‏ ‏:‏ نهاني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أتختم في أصبعي هذه أو هذه قال ‏:‏ فأومأ إلى الوسطى والتي تليها ‏}‏ ‏.‏ ‏


Berkata sebahagian : kiri adalah lebih afdal.
Dari Sunan Abi Daud yg berisnad sahih, bahawa Ibn Umar r.a. bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad Hassan dari Ibnu Abbas r.a bahawa memakai cincin di sebelah kanannya.
Dari Syafiee mengatakan bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang berikutan dari hadis yg didatang dari Ali r.a. {Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya}.

‏وقال الحنابلة ‏:‏ لبس الخاتم في خنصر اليسار أفضل من لبسه في خنصر اليمين ‏,‏ نص عليه في رواية صالح ‏عن أبيه أحمد بن حنبل ,‏ وضعف في رواية الأثرم وغيره التختم في اليمنى ‏,‏ قال الدارقطني وغيره ‏:‏ المحفوظ أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يتختم في يساره ‏,‏ وأنه إنما كان في الخنصر لكونه طرفًا ‏,‏ فهو أبعد عن الامتهان فيما تتناوله اليد ‏;‏ ولأنه لا يشغل اليد عما تتناوله ‏.‏ ‏ ‏وعند الحنابلة أنه يكره لبس الخاتم في سبابة ووسطى للنهي الصحيح عن ذلك ‏.‏ وظاهره لا يكره لبسه في الإبهام والبنصر ‏,‏ وإن كان الخنصر أفضل اقتصارا على النص ‏.


Kata Hanbali : Memakai cincin di kiri jari kecil adalah lebih baik memakai di sebelah jari kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa Ahmad bin Hanbal, riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan.,
Berkata Daar Al-Qatni yg menerimanya : Mengingatkan bahawa Rasulullah saw memakai cincin di sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan memburukkan tangan yg memakainya.
Bahawa Hanbali benci (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari manis, dan jika ia jari kecil (anak jari) maka adalah lebih baik kerana menurut nas.

‏انتهى الموسوعة الفقهية وعليه فإن الأمر فيه فسحة،فيجوز لبسه في اليمين أو اليسار،وهذا من باب التيسير على الأمة،ولا مانع من وضع الخاتم في اليد اليسرى دلالة على أن الإنسان متزوج المحرر



Tamat lah maklumat ensaiklopedia fekah, dan sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai disebelah kiri atau kanan, dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin.

Monday, July 03, 2006

Mengerjakan Solat yang Terluput Secara Berjemaah

السؤال:
علي بعض الصلوات الفائتة ،فهل يجوز لي أن أقضيها في جماعة ،أم لابد من قضائها انفرادا؟

نص الإجابة:
بسم الله ،والحمد لله،والصلاة والسلام على رسول الله ،وبعد:

يقول الشيخ عصام الشعار -الباحث الشرعي بالموقع-:
‏صلا ة الجماعة في الفوائت جائزة باتفاق العلماء ، إلا ما جاء عن الليث بن سعد أنه يمنعها ، لكن إن صح ما جاء عنه فهو مردود بالأحاديث الصحيحة وإجماع من قبله ، هذا إذا كان الإمام والمأموم يقضيان نفس الصلاة ، لكن إذا اختلفت صلاتهما بأن كانت صلاة أحدهما قضاء ، والآخر أداء ، أو صلاة أحدهما عصرا ، والثاني ظهرا ففيها خلاف .
جاء في كتاب المجموع للإمام النووي :

أما المقضية من المكتوبات فليست الجماعة فيها فرض عين ، ولا كفاية بلا خلاف ولكن يستحب الجماعة في المقضية التي يتفق الإمام والمأموم فيها بأن يفوتهما ظهر أو عصر ، ودليله الأحاديث الصحيحة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حين فاتته هو وأصحابه صلاة الصبح صلاها بهم جماعة .
وقال القاضي عياض في شرح صحيح مسلم:

لا خلاف بين العلماء في جواز الجماعة في القضاء إلا ما حكي عن الليث بن سعد من منع ذلك ، وهذا المنقول عن الليث إن صح عنه مردود بالأحاديث الصحيحة وإجماع من قبله .

وأما القضاء خلف الأداء ، والأداء خلف القضاء وقضاء صلاة خلف من يقضي غيرها فكله جائز عندنا ( يقصد الشافعية ) إلا أن الانفراد بها أفضل للخروج من خلاف العلماء ، فإن في كل ذلك خلافا للسلف .

وجاء في الموسوعة الفقهية الكويتية :

يرى جمهور الفقهاء جواز الجماعة في قضاء الفوائت ، وصرح المالكية والشافعية والحنابلة بسنية الجماعة في المقضية ، وقيد الشافعية السنية بكونها في المقضية التي يتفق الإمام والمأموم فيها ، بأن يكون قد فاتهما ظهر أو عصر مثلا ، واستدلوا بأن النبي صلى الله عليه وسلم يوم الخندق " فاته أربع صلوات فقضاهن في جماعة " .

وقد روى عمران بن حصين رضي الله عنه قال : { سرينا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما كان في آخر الليل عرسنا - أي نزل بنا للاستراحة - فلم نستيقظ حتى حر الشمس فجعل الرجل منا يقوم دهشا إلى طهوره ،

فأمرهم النبي صلى الله عليه وسلم : أن يسكنوا ، ثم ارتحلنا فسرنا حتى إذا ارتفعت الشمس ، توضأ ثم أمر بلالا فأذن ثم صلى الركعتين قبل الفجر ثم أقام فصلينا ، فقالوا : يا رسول الله ، ألا نعيدها في وقتها في الغد لوقتها ؟ قال : أينهاكم ربكم تبارك وتعالى عن الربا ويقبله منكم } ؟ .
وقيد الشافعية السنية بكونها في المقضية التي يتفق الإمام والمأموم فيها بأن يكون قد فاتهما ظهر أو عصر مثلا .
وحكي عن الليث بن سعد منع قضاء الفوائت في جماعة
.


Sumber:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528618932


Soal:
Adakah boleh saya menunaikan solat yang diqadha' secara berjemaah? Atau pun adakah ia perlu dilakukan secara berseorangan?

Jawab:
Berkata Syeikh 'Isham al-Syi'ar -pengkaji syariah di laman web ini-:
Ulama' bersepakat boleh menunaikan solat qadha' secara jemaah, kecuali pendapat al-Laith bin Sa'ad yang melarangnya. Tetapi pendapat ini tertolak kerana adanya hadith yang sahih dan ijma' sebelumnya. Ia dibolehkan sekiranya imam dan ma'mum mengqadha' solat yang sama. Ia tidak dibolehkan sekiranya imam hendak mendirikan solat qadha' dan ma'mum tunai, imam mengqadha' asar dan ma'mum pula mengqadha' zuhur atau apa jua kondisi yang bertentangan.

Dalam kitab al-Majmu' Imam Nawawi:
Mengqadha' solat tanpa jemaah itu adalah suatu yang fardu ain tanpa khilaf tetapi adalah mustahab dilakukan secara jemaah jika imam dan ma'mum hendak mengqadha' solat yang sama. Dalilnya adalah hadith sahih ketika Nabi dan para sahabat terluput waktu Subuh dan mereka mengqadha'nya secara jemaah.

Berkata al-Qadhi 'Iyadh dalam Syarah Sahih Muslim:
Tiada khilaf di kalangan ulama' mengenai bolehnya mengerjakan solat qadha' itu secara berjemaah kecuali pendapat al-Laith bin Sa'ad yang melarangnya tetapi pendapat ini tertolak dgn hadith sahih dan ijma'.

Adapun mengerjakan solat qadha' di belakang orang yg solat tunai atau mengerjakan solat tunai di belakang org yg solat qadha' atau mengerjakan solat qadha' di belakang org yg solat selain darinya, ia adalah dibolehkan di sisi kami (Syafi'iyah) kecuali bersolat sendirian itu adalah lebih utama untuk keluar dari khilaf ulama' dan ia bertentangan dengan para salaf.

Dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah:
Jumhur fuqaha' bersetuju mengenai bolehnya mengerjakan solat qadha' secara berjemaah. Malikiyah, Syafi'iyah dan Hanabilah mengatakan sunatnya berjemaah pada solat qadha'. Syafi'iyah mengatakan bolehnya solat qadha' itu secara berjemaah sekiranya terluput darinya 2 solat, cthnya, sekiranya imam dan ma'mum itu terluput 2 solat yang sama. Dalilnya: Ketika perang Khandak Nabi mengqadha' 4 solat secara berjemaah.

'Imran bin Hussain meriwayatkan : 'Kami keluar berpergian bersama Nabi dan di akhir malam kami berehat dan kami tidak terjaga dari tidur sehinggalah teriknya matahari. Seorang daripada kami bangun kebingungan utk bersuci. Nabi menyuruh kami bertenang. Kami berangkat dan berjalan sehinggalah matahari tinggi, baginda berwudhu' dan menyuruh Bilal azan dan mengerjakan solat sunat sebelum fajar kemudian bangun dan kami pun bersolat. Para sahabat berkata : Ya Rasulullah, adakah kami perlu mengulangi solat ini pada esok hari pada waktunya? Baginda berkata : Adakah Tuhan kamu melarang kamu dari riba dan kemudian Dia menerimanya pula?



Sumber:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528618932

Saturday, June 24, 2006

IMAGINASI MANUSIA TENTANG AL-KHIDIR AS.

Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Pertanyaan:

Siapakah Al-Khidir itu? Apakah ia seorang Nabi atau wali? Apakah ia hidup sampai saat ini sebagaimana dikatakan oleh banyak orang? Sebahagian orang mendakwa pernah melihat dan berjumpa dengannya. Adakah beliau masih hidup dan di mana beliau tinggal? Mengapa beliau tidak muncul dan tidak mengajarkan ilmunya kepada orang banyak khususnya pada zaman sekarang? Saya harapkan mendapat penjelasan yang memuaskan.

Jawab:

Al-Khidir adalah hamba yang soleh dan disebutkan oleh Allah Ta'ala dalam Surat Al-Kahfi, iaitu sebagai teman saidina Musa as dan Nabi Musa as. belajar daripadanya.

Al-Khidir mensyaratkan kepadanya agar bersabar. Maka Musa menyanggupinya. Al-Khidir berkata, "Bagaimana kamu dapat bersabar tentang sesuatu yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup mengenainya?" Al-Khidir tetap menyertai Musa.

Beliau adalah seorang hamba yang diberi rahmat oleh Allah dan ilmu dari sisi-Nya. Musa terus berjalan bersamanya dan melihat Al-Khidir telah melubangi perahu. Maka Musa berkata, "Adakah engkau melubanginya supaya penumpangnya tenggelam?"

Cerita selanjutnya telah disebutkan dalam Surat Al-Kahfi.

Musa berasa hairan dengan perbuatan Al-Khidir hinggalah Al-Khidir menerangkan kepadanya sebab-musabab dari perbuatan yang dilakukannya itu. Pada akhir pembicaraannya, Al-Khidir berkata, "Bukanlah aku melakukan itu menurut kemahuanku sendiri.

Demikian itu adalah penjelasan dari perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat bersabar dengannya." Maksudnya, semua perbuatan itu hanyalah kerana kemahuan Allah Ta'ala.

Sesetengah orang berkata tentang Al-Khidir:

Dia hidup sesudah Musa hingga zaman Isa, kemudian zaman Nabi Muhammad saw. Dia sekarang masih hidup, dan akan hidup hingga Kiamat. Ditulis orang kisah-kisah, riwayat-riwayat dan dongeng-dongeng bahawa Al-Khidir menjumpai si Fulan dan memakaikan kirqah (pakaian) kepada si Fulan dan memberi pesan kepada si Fulan.

Sama sekali tidak adil pendapat yang mengatakan bahawa Al-Khidir masih hidup - sebagaimana anggapan sesetengah orang - tetapi sebaliknya, ada dalil-dalil dari Al-Qur'an, Sunnah, akal dan ijmak, antaranya para ulama dari umat ini bahawa
Al-Khidir sudah tiada.

Saya anggap cukup dengan mengutip keterangan dari kitab Al-Manaarul Muniif fil-Haditsish-Shahih wadl-Dla'if karangan Ibnul Qayyim.

Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan dalam kitab itu ciri-ciri dari hadis maudu (palsu), yang tidak diterima dalam agama. Antara cirinya ialah "hadis-hadis yang menceritakan tentang Al-Khidir dan kehidupannya." Semuanya adalah dusta. Tidak satu pun hadis yang sahih.

Antara hadis maudu (palsu), itu ialah hadis yang berbunyi:

"Bahawa Rasulullah saw. sedang berada di masjid, ketika itu beliau mendengar pembicaraan dari arah belakangnya. Kemudian beliau melihat, ternyata ia adalah Al-Khidir."

Juga hadis, "Al-Khidir dan Ilyas berjumpa setiap tahun." Dan hadis, "Jibril, Mikail dan Al-Khidir bertemu di Arafah."

Ibrahim Al-Harbi ditanya tentang umur Al-Khidir yang panjang dan bahawa dia masih hidup. Maka beliau menjawab "Tidaklah ada yang memasukkan faham ini kepada orang-orang, kecuali setan."

Imam Bukhari ditanya tentang Al-Khidir dan Ilyas, apakah keduanya masih hidup? Maka beliau menjawab, "Bagaimana hal itu boleh terjadi?" Nabi saw. telah bersabda, "Tidaklah akan hidup sampai seratus tahun lagi bagi orang-orang yang berada di muka bumi ini." (H.r. Bukhari-Muslim) .

Banyak imam lainnya yang ketika ditanya tentang hal itu, maka mereka menjawab dengan menggunakan Al-Qur'an sebagai dalil:

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka akan kekal?" (Q.s. Al-Anbiyaa': 34).

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah ditanya tentang hal itu, maka dia menjawab, "Andai kata Al-Khidir masih hidup, tentulah dia wajib mendatangi Nabi saw. dan berjihad bersamanya, serta belajar darinya." Nabi saw. telah bersabda ketika perang Badar, "Ya Allah, jika pasukan ini binasa, nescaya Engkau tidak disembah di bumi."

Pada waktu itu mereka berjumlah 313 orang laki-laki yang dikenal dengan nama-nama mereka, nama-nama dari bapa-bapa mereka dan suku-suku mereka. Maka, di manakah Al-Khidir pada waktu itu?

Al-Qur'an dan Sunnah serta pembicaraan para peneliti umat menyangkal bahawa Al-Khidir masih hidup seperti tanggapan sesetengah orang. Ini selaras dengan firman Allah swt. Yang disebut di atas.

Jika Al-Khidir itu manusia, maka dia tidak akan kekal kerana hal itu ditolak Al-Qur'anul Karim dan Sunnah yang suci. Seandainya dia masih hidup, tentulah dia datang kepada Nabi saw. Nabi saw. telah bersabda, "Demi Allah, andai kata Musa masih hidup, tentu ia akan mengikuti aku." (H.r. Ahmad, dari Jabir bin Abdullah) .

Jika Al-Khidir seorang Nabi, maka dia tidak lebih utama daripada Musa as, dan jika dia seorang wali, tidaklah dia lebih utama daripada Abu Bakar r.a.

Apakah hikmahnya sehingga dia hidup hingga ke saat ini - sebagaimana anggapan sesetengah orang - di padang luas, gurun dan gunung-gunung? Apakah faedahnya syar'iyah mahupun akliah/akal di sebalik hakikat yang mendakwa beliau masih hidup?

Sesungguhnya orang-orang selalu menyukai cerita-cerita ajaib dan dongeng-dongeng fantasi. Mereka menggambarkannya menurut keinginan mereka sendiri sedangkan hasil dari imaginasinya itu mereka gunakan sebagai baju keagamaan. Cerita ini disebarkan di kalangan sebahagian orang awam dan mereka menganggapnya berasal dari agama mereka, padahal sama sekali bukan dari agama. Hikayat-hikayat yang diceritakan tentang Al-Khidir hanyalah reka palsu manusia dan tidak diturunkan oleh Allah hujah untuk itu.

Adapun mengenai pertanyaan: Apakah dia seorang Nabi atau wali?

Para ulama berbeza pendapat mengenai hal itu. Tampaknya yang lebih tepat ialah bahawa Al-Khidir adalah seorang Nabi sebagaimana tercantum pada ayat yang mulia dari Surat Al-Kahfi, "... dan bukanlah aku melakukannya menurut kemahuanku sendiri ..."
(Q.s. Al-Kahfi: 82).

Perkataan itu adalah dalil bahawa dia melakukan apa yang telah dilakukannya itu berdasarkan perintah Allah dan wahyu-Nya, bukan dari dirinya. Lebih tepat lagi, dia adalah seorang Nabi (untuk kaumnya) dan bukan seorang wali.


adaptasi & disunting dari mediaisnet

Bolehkah Berdoa & Berzikir Ketika Mengiringi Jenazah ?

Soalan:

Adakah merupakan amalan dari Sunnah untuk berzikir membaca kalimah (La ilaha illa Allah; Muhammadun rasul Allah) ketika mengiringi jenazah, sama ada ke masjid atau ke tanah perkuburan?

Jawapan:

Ketika mengiringi jenazah, orang yang mengiringi jenazah itu hendaklah mengelakkan diri daripada bercakap-cakap mahupun meninggikan suara dengan zikir. Diam (tidak berkata atau mengucapkan apa-apa) adalah lebih dituntut dalam keadaan sedemikian. Para sahabat (ra) menyifatkan perbuatan meninggikan suara, meskipun dengan berzikir, ketika mengiringi jenazah, sebagai perbuatan yang tidak perlu.

Terhadap persoalan ini Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan sarjana Islam di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada memberi respons begini:

"Seperti yang telah terakam dalam Hadis, saranan Sunnah Nabi (swt) apabila mengiringi jenazah ialah dengan diam/tidak bercakap-cakap. Baginda (swt) dilaporkan bersabda (maksudnya), "Jangan mengiringi jenazah dengan suara dan api.") Dengan yang demikian para Sahabat (ra) menyifatkan perbuatan seseorang yang meninggikan suara dengan zikir atau doa ketika mengiringi jenazah sebagai perbuatan yang tidak perlu atau makruh.

Kalau ada orang yang hendak berzikir juga, dia hanya boleh berbuat demikian secara senyap. Kewajaran untuk diam pada ketika mengiringi jenazah itu adalah untuk menggambarkan tentang kematian dan takdir. Maka itu berzikir dengan meninggikan suara akan hanya menggagalkan kebijaksanaan itu.

Dengan kata lain, dalam Islam ada masanya kita disuruh membaca dengan suara keras (tinggi/kuat) dan ada kalanya dengan diam (tidak mengeluarkan suara), dan pengebumian merupakan masa untuk mengingati kematian secara senyap. Ringkasnya, mengikut Sunnah, ketika mengiringi jenazah, orang yang mengiringi jenazah itu hendaklah mengingati Allah dengan senyap/diam.

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa al-Azhar menambah:

"Pendapat yang disifatkan paling betul dan yang diterima pakai oleh salaf (ra) ialah bahawa seseorang yang mengiringi jenazah itu seharusnya diam sahaja. Tidak boleh meninggikan/mengeraskan suara sama ada kerana membaca Quran atau berzikir atau sebarang bentuk percakapan. "

Ibn Al-Mundhir berkata bahawa biasanya para Sahabat tidak meninggikan suara dalam tiga keadaan:

- ketika mengiringi jenazah
- ketika berzikir
- ketika memerangi musuh

Sa`eed Ibn Al-Muthayyeb, Sa`eed Ibn Jubair, Al-Hasan, An-Nakh`ie,
Imam Ahmad, Ishaq menyatakan "bahawa mengatakan "moga-moga memperoleh keampunan Allah" ketika mengiringi jenazah itu pun makruh."

Sumber: Islamonline

Friday, June 16, 2006

Kencing Berdiri

السؤال
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته لدي سؤال أرجو منكم الرد عليه : هناك رواية عن السيدة عائشة رضي الله عنها ‏أنها قالت : من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه . بينما هناك أحاديث للصحابة تقول ‏أن النبي صلى الله عليه وسلم بال قائما فكيف نوفق بينهما ؟ وجزاكم الله خيرا .

:الجواب
بسم الله ، والحمد لله ، والصلاة والسلام على رسول الله، وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته، وجزاكم ‏الله خيرا، ‏وبعد:‏

‏ التوفيق بين حديث السيدة عائشة ـ رضي الله عنها ـ والأحاديث الصحيحة أن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ بال ‏قائما ، وأن بعض الصحابة فعلوا ذلك ؛ بأن السيدة عائشة تحكي عما كان يحدث في البيت ، فهي لم تر الرسول ـ ‏صلى الله عليه وسلم ـ يبول قائما ، وهذا لا ينفي أنه بال قائما في خارج البيت ولم تره هي ، وإنما رآه بعض ‏الصحابة .‏
‏ ‏
‏ والبول قائما لا يكره إذا أمن الإنسان من وصول الرشاش ( رزاز البول ) إلى ثيابه أو جسده بسبب حركة الهواء أو ‏اصطدام البول بالأرض وارتداده ، خاصة إذا كان القعود شاقا بسبب جرح ، أو عدم وجود مكان للقعود ، أو عدم ‏التمكن من ستر العورة ، كمن يلبس بنطالا مثلا ، أو غير ذلك من الأسباب .‏

‏ وإن كان بعض العلماء ذهب إلى القول بنسخ التبول قائما ، فمذهبه غير صحيح ، لأن القول بالنسخ لا يجوز إذا ‏أمكن الجمع والتوفيق بين النصوص.‏
‏‏‏
‏ قال الإمام الألباني :‏
أما حديث :(‏ لا تبل قائما ) فهو ضعيف ولا شيء في التبول قائما إذا أمن الرشاش وقد قال الحافظ في الفتح ـ أي : ‏ابن حجر في : فتح الباري ـ : ولم يثبت عن النبي ـ صلى الله عليه وسلم ـ في ‏النهي عنه شيء . ‏

وعن نافع عن ابن عمر عن عمر قال ( ما بلت قائما منذ أسلمت ) وإسناده صحيح ومن طريق أخرى عن زيد قال ( ‏رأيت عمر بال قائما ) وإسناده صحيح أيضا ، ولعل هذا وقع من عمر ـ رضي الله عنه ـ بعد قوله المتقدم وبعد ما ‏تبين له أنه لاشيء في البول ‏قائما ‏.‏

‏ وأخرج البخاري ومسلم عن حذيفة قال : أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم سباطة (مكان مرتفع يستتر به) قوم ‏فبال قائما ثم دعا بماء فمسح على ‏خفيه ، فذهبت أتباعد فدعاني حتى كنت عند عقبه . وهو حديث صحيح . ‏

‏ وأما ما روي عن عائشة أنها قالت :( من حدثكم أن رسول الله ـ صلى الله عليه وسلم ـ بال قائما فلا تصدقوه ما ‏كان يبول إلا جالسا). رواه الخمسة إلا أبا داود ، وإسناده صحيح ‏ ، لكنه نافٍ ، وحديث حذيفة في الكتاب مثبِت ، ‏ومن المعلوم أن المثبت مقدم على النافي ، ‏لأن معه زيادة علم ، فيجوز الأمران ، والواجب الاحتراز من رشاش ‏البول ، فبأيهما حصل وجب .‏
وأما الحديث : من الخطأ أن يبول الرجل قائما ، فلا يصح مرفوعا ، وإنما هو موقوف.‏
‏ (انظر الإرواء ، والسلسلة الصحيحة ‏‏).‏
‏ ‏‏ ‏‏

‏ ‏وجاء في كتاب ( فيض القدير، شرح الجامع الصغير) للإمامِ المناوي : ‏‏‏‏
‏ (نهى ـ صلى الله عليه وسلم ـ عن أن يبول الرجل قائماً) فيكره تنزيهاً لا تحريماً وأما بوله قائماً لبيان الجواز‎‎ ‎‎أو ‏لكونه لم يجد مكانا يصلح للقعود أو لأن القيام حالة لا يمكن معها خروج الريح بصوت ففعله لكونه كان بقرب‎‎ ‎‎الناس ‏أو لأن العرب تستشفي به لوجع القلب‏‏‎‎ ‎‎فلعله كان به أو لجرح كان بمأبضه ( باطن ركبتيه) فلم يمكنه لأجله‎‎ ‎‎القعود أو ‏أن البول عن قيام منسوخ لخبر عائشة: (ما بال قائماً منذ أنزل عليه القرآن)، وخبرها: ( من حدثكم أنه كان يبول‎‎‎‏ ‏‎‎‎قائماً فلا تصدقوه ما كان يبول إلا قاعداً).‏

‏ ولكن قال الإمام ابن حجر ، في (فتح الباري ، شرح صحيح البخاري):‏
‏ والصواب أنه غير منسوخ وعائشة إنما تعلم ما وقع بالبيوت ، وقد ثبت عن جمع من الصحابة‎‎ ‎‎منهم عمر وعلي أنهم ‏بالوا قياماً وهو دال للجواز بغير كراهة إذا أمن الرشاش ولم يثبت في النهي عنه شيء كما بينته.‏‏
والله أعلم.‏

Sumber:
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=42003


Soal:
Terdapat riwayat dari Saidatina Aisyah r.ha yang mengatakan:

من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه

'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.'

Dan terdapat juga riwayat dari para sahabat r.hum yang mengatakan bahawa Nabi kencing berdiri. Bagaimanakah kita menyesuaikan antara keduanya?

Jawab:

Penyesuaian antara hadith Aisyah r.ha dan hadith-hadith sahih bahawa Nabi kencing berdiri, dan terdapat beberapa para sahabat r.hum berbuat demikian; bahawasanya Aisyah r.ha menceritakan apa yang berlaku di rumah, dan beliau tidak melihat Rasulullah kencing berdiri. Ini tidaklah menafikan yang Rasulullah kencing berdiri luar dari rumah kerana Aisyah r.ha tidak nampak hal itu, dan beberapa para sahabat r.hum melihatnya.

Kencing berdiri itu tidaklah dimakruhkan jika seseorang dapat memastikan ia tidak terpercik pada baju dan badan dgn sbb pergerakan angin dsb. Khususnya jika seseorang tidak dapat duduk atas sbb cedera/luka atau tiada tempat utk duduk atau tidak mungkin baginya menyembunyikan auratnya jika dia kencing duduk, atau sbb2 lain.

Sesetengah ulama' berpendapat bahawa qaul yg mengatakan kencing berdiri ini telah dibatalkan. Pendapat ini tidak sahih kerana qaul yg dinasakhkan adalah tidak boleh jika adanya persetujuan dan penyesuaian antara nas.

Berkata Imam al-Albani:
Adapun hadith "لا تبل قائما ", itu adalah hadith dha'if dan tidak mengapa kencing berdiri jika tidak terpercik. Berkata Ibn Hajar dalam fath al-Bari: Tidak thabit dari Nabi sebarang larangan kencing berdiri.

Dari Nafi' dari Ibn Umar dari Umar berkata:

ما بلت قائما منذ أسلمت

'Aku tidak kencing berdiri sejak aku memeluk Islam.' [Isnadnya sahih]

Dari jalan yang lain, Zaid berkata:

رأيت عمر بال قائما

'Aku nampak Umar kencing berdiri.' [Isnadnya juga sahih]

Diharapkan kenyataan Zaid itu tadi adalah adalah selepas dari kenyataan Umar dan selepas diterangkan padanya tidak mengapa kencing berdiri.

Dari Huzaifah :

أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم سباطة (مكان مرتفع يستتر به) قوم ‏فبال قائما ثم دعا بماء فمسح على ‏خفيه ، فذهبت أتباعد فدعاني حتى كنت عند عقبه

'Rasulullah datang di kebun suatu kaum dan Baginda kencing berdiri. Kemudian Baginda meminta air dan dia menyapu ke atas khufnya, aku menjauhkan diri darinya, Baginda memanggilku sehingga aku berada di belakangnya.' [Riwayat Bukhari]

Adapun diriwayatkan dari Aisyah r.ha:

من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه

'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.' [Riwayat perawi yang lima kecuali Abu Daud dan isnadnya sahih]
Hadith ini adalah penafian, manakala hadith Huzaifah :radia adalah muthbit (menetapkan). Seperti yg kita tahu, muthbit mendahului nafi kerana hadith yg muthbit itu disertai dgn pengetahuan mengenai suatu keadaan itu. Maka kedua-duanya adalah dibolehkan dan wajib utk menjaga supaya air kencing tidak terpercik.

Adapun hadith:

من الخطأ أن يبول الرجل قائما

'Antara kesalahan seseorang adalah kencing berdiri.' Ia adalah mauquf dan tidak sah sbg marfu'. (Lihat al-Irwa' dan Silsilah as-Sahihah)

Dari kitab Faidh al-Qadir, syarah al-Jami' as-Saghir oleh Imam Manawi:

"Larangan Rasulullah kencing berdiri menunjukkan ia makruh tanzih dan tidak haram. Adapun Baginda kencing berdiri itu menunjukkan keharusannya atau kerana tiadanya tempat yg sesuai utk duduk atau Baginda berdiri utk tidak memungkinkan keluarnya bunyi kerana Baginda berada berdekatan dgn manusia atau kerana org Arab mengubati penyakit hati dgn cara ini atau kerana kecederaan dsb yg tidak memungkinkan Baginda utk duduk. Sesungguhnya kencing berdiri itu telah dimansukhkan dgn apa yg diriwayatkan oleh Aisyah r.ha:

ما بال قائماً منذ أنزل عليه القرآن

'Baginda tidak kencing berdiri sejak diturunkan al-Quran kepadanya.'
Dan lagi..

من حدثكم أن رسول الله صلى الله عليه وسلم بال قائما فلا تصدقوه

'Sesiapa yang memberitahu kamu bahawa Rasulullah kencing berdiri maka janganlah kamu benarkan.' [Riwayat perawi yang lima kecuali Abu Daud dan isnadnya sahih]"

Tetapi Imam Ibn Hajar berkata dalam Fath al-Bari:-
Yang tepatnya ia tidaklah dimansukhkan dan Aisyah r.ha hanya mengetahui apa yang berlaku di rumah, dan tekah thabit dari para sahabat r.hum, di antaranya Umar dan Ali kencing berdiri. Ini menunjukkan keharusan kencing berdiri tanpa makruh jika ia dapat dijaga dari terpercik dan tidak thabit larangan dari Nabi .

Tidur Selepas Suboh


السؤال
هل كان النبي الرسول صلى الله عليه وسل ينام بعد صلاة الفجر أو كان يبقى مستيقظا بعد أداء الصلاة؟

:الجواب
بسم الله، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد..

كان الرسول صلى الله عليه وسلم لا ينام بعد صلاة الصبح لأن الله بارك لهذه الأمة في بكورها، كما في الحديث : "اللهم بارك لأمتي في بكورها"، ولذلك نص الفقهاء على كراهة النوم بعد صلاة الفجر.

جاء في فتاوى الشبكة الإسلامية ـ قطر:
فقد ثبت أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا ربه أن يبارك لأمته في البكور، كما روى ذلك أصحاب السنن الأربعة وابن حبان في صحيحه، أنه صلى الله عليه وسلم مر على ابنته فاطمة رضي الله عنها وهي مضطجعة وقت الصباح، فقال لها: "يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس" رواه البيهقي. وقال صلى الله عليه وسلم في حديث رواه الطبراني في الأوسط: "باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح" ولذا قد نص الفقهاء على كراهة النوم بعد صلاة الفجر، وممن نقلوا ذلك الإمام السفاريني في (غذاء الألباب شرح منظومة الآداب) حيث يقول:
مطلب في كراهة النوم بعد الفجر والعصر:

يكره نومك ـ أيها المكلف ـ بعد صلاة الفجر؛ لأنها ساعة تقسم فيها الأرزاق، فلا ينبغي النوم فيها، فإن ابن عباس رضي الله عنهما رأى ابناً له نائماً نومة الصبحة، فقال له: قم، أتنام في الساعة التي تقسم فيها الأرزاق؟!!
وعن بعض التابعين أن الأرض تعج من نوم العالم بعد صلاة الفجر، وذلك لأنه وقت طلب الرزق والسعي فيه شرعاً وعرفاً عند العقلاء.
وفي الحديث: "اللهم بارك لأمتي في بكورها" رواه الترمذي وأبو داود وغيرهما. أ.هـ.

فحاصل ما ذكر العلماء في النوم بعد صلاة الفجر أنه مكروه، ويستثنى من تلك الكراهة من يفعله من أجل سهره لقيام الليل أو نحوه.
والله أعلم.
Sumber:
http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=100231


Soal:
Adakah Nabi Muhammad tidur selepas solat Subuh? Atau adakah Baginda kekal berjaga selepas menunaikan solat?

Jawab:
Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadith yg berbunyi: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها'
(Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi). Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Tersebut di dalam Fatwa Syabkah Islamiyah (IslamWeb) Qatar:

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

يا بنية قومي اشهدي رزق ربك، ولا تكوني من الغافلين، فإن الله يقسم أرزاق الناس ما بين طلوع الفجر إلى طلوع الشمس '

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan Baihaqi)

Berkata Nabi di dalam hadith yg diriwayatkan oleh Tabarani di dlm al-Awsath:

باكروا الغدو -أي الصباح- في طلب الرزق، فإن الغدو بركة ونجاح'

Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.'

Oleh itu para fuqaha' menetapkan kemakruhan tidur selepas solat Subuh, dan dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar:

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'

Dan dalam hadith: 'اللهم بارك لأمتي في بكورها' (Ya Tuhanku, berkatilah umatku yg berpagi-pagi) [Diriwayatkan Tirmizi, Abu Daud dan selainnya].

Disebutkan ulama' bahawa tidur selepas solat Subuh adalah makruh, dikecualikan dari kemakruhan ini adalah mereka yg berjaga malam utk qiyam dsb.

Benarkah Nabi pernah bertemu Iblis ?

Benarkah Nabi pernah bertemu Iblis ?

Jawapan:

Seseorang Islam itu harus bijak dan tidak boleh seseorang Islam itu bulat-bulat percaya dengan apa jua cerita dan riwayat yang sampai kepadanya tanpa merujuk sumber yang sahih dalam Islam dan tanpa memastikan benar tidaknya perkara yang sampai kepadanya itu.

Cerita tentang pertemuan antara Iblis dan Nabi Muhamamd saw adalah rekaan semata-mata. Ia tidak ada asas dalam buku-buku hadis yang sahih atau dalam mana-mana rujukan sahih yang lain dalam Islam. Tidak pernah berlaku pertemuan seperti itu. Hadis yang merujuk pertemuan antara Nabi dengan Iblis hanyalah berupa beberapa koleksi kenyataan daripada hadis lain yang sesetengahnya sahih dan sesetengahnya pula tidak sahih. Ia bercampur baur. Keseluruhan cerita itu tidak sahih dan ia sama sekali merupakan rekaan semata-mata. Maka itu, tidak dibenarkan sesiapa pun (orang Islam) menyebarkan atau menyampaikan cerita /riwayat seperti itu di kalangan manusia.

Untuk lebih khusus tentang isu itu, kami petik kenyataan yang ditulis oleh Ibn Taymiyah dalam Al-Fatawa Al-Kubra:

"Cerita itu sama sekali merupakan hadis rekaan/palsu. Tidak pernah disebut di dalam mana-mana jua buku hadis yang sahih di dalam Islam, dan tidak juga disebut di mana-mana buku hadis lain. Barang siapa mengetahui tentang hal ini (kepalsuan cerita Nabi bertemu Iblis) maka jangan sekali-kali dia menyampaikan cerita itu kepada orang lain (kerana ia adalah rekaan). Kalau orang itu menyebarkannya juga, sedangkan dia tahu bahawa hadis itu palsu/ rekaan/ direka cipta, maka dia hendaklah dihukum kerana perbuatannya itu, dan orang itu berdosa.

Bahkan, orang yang memalsukan/mereka cipta/mereka-reka cerita berkenaan telah mengutip sesetengah kenyataan itu daripada sesetengah hadis sahih dan sebahagiannya kenyataannya adalah dari hadis lain yang diklasifikasikan sebagai lemah atau palsu. Itulah sebabnya sesetengah perkataan di dalam hadis rekaan tentang Nabi bertemu Iblis itu kelihatan seperti asli (pada hal ia adalah rekaan).

Walhasil, keseluruhan cerita itu, yakni cerita mengatakan pertemuan antara Nabi dan Iblis, adalah palsu, direka-reka, dan direka cipta. Ia bohong dan fitnah semata-mata dan tidak pernah disebutkan pun oleh mana-mana sarjana (beragama) Islam yang dihormati.

WA

Dari Islamonlie

Minyak Wangi Mengandungi Alkohol Dalam Solat

أثر العطور الكحولية على الطهارة والصلاة
العنوان
هل صحيح ما نسمعه من أن استعمال العطور التي يستخدم فيها الكحول لا يجوز استخدامها؟ وهل صحيح أنه إذا وضعت تنجس الثوب والبدن ، وتبطل الصلاة ؟
نص السؤال
2004/3/10
التاريخ

الشيخ فيصل مولوي
المفتي

نص الإجابة
بسم الله ،والحمد لله،والصلاة والسلام على رسول الله ،وبعد:-
فالعطور التي تختلط بمادة الكحول ليست نجسة على الراجح من أقوال الفقهاء ، حيث رجح غير واحد من الفقهاء عدم نجاسة الخمر لعدم وجود دليل يدل على النجاسة ، وأن تحريمها لا يستلزم نجاستها ، وممن رجح ذلك من الفقهاء المعاصرين الدكتور القرضاوي ، والشيخ الألباني ، على أن الشيخ فيصل مولوي يرى أن الكحول لا تقاس على الخمر من حيث النجاسة ، وإن أخذت حكمها من حيث حرمة الشرب لخاصية الإسكار ، وعليه فلا تأثير للكحول على الطهارة أو الصلاة ، والأفضل للمسلم أن يستخدم العطور الخالية من الكحول خاصة قبيل الصلاة ،فإن استعملها فلا حرج عليه.
يقول المستشار فيصل مولوي نائب رئيس المجلس الأوروبي للإفتاء والبحوث :-
وضع العطور التي تحتوي كحولاً في الصلاة فهي تبطل الصلاة عند من يرى أن الخمر نجسة نجاسة عينية، وأن الكحول الذي في العطور يأخذ حكم هذه النجاسة العينية، وأنه ليس من القليل المعفوّ عنه، وبالتالي فإن الصلاة تبطل لوجود النجاسة على جسم الإنسان.
لكنني أقول:
1- إن نجاسة الخمر نجاسة عينية أمر مختلف فيه، وإن كانت المذاهب الأربعة تقول بذلك، لكن هناك كثير من العلماء المعتمدين يعتبرون نجاستها نجاسة معنوية. وهو رأي يجد أدلته في عدم وجود الدليل القاطع على نجاسة الخمر العينية.
2- والخمر المقصودة بهذه النجاسة هي المستخرجة من عصير العنب، أما إذا كانت مستخرجة من أنواع أخرى، أو إذا كانت مركبات كيميائية فإنها تأخذ حكم الخمرة من حيث الإسكار لا من حيث النجاسة، لقول رسول الله صلى الله عليه وسلم: "كل مسكر حرام"، ولم يقل كل مسكر نجس.
3- والإنسان عادة يستخدم العطر بكميات قليلة، وما فيها من الكحول هو يقيناً أقل من ذلك، فهو يدخل بالتالي في حكم القليل المعفوّ عنه.
4- يضاف إلى ذلك أن الكحول الموجودة في العطر تتبخر بسرعة، ولا تترك أي أثر على الجسم، وبذلك تكون النجاسة على فرض وجودها قد زالت وعاد الجسم إلى طهارته الكاملة.
لذلك فإني أميل إلى صحة الصلاة ولو وضع المصلي العطور الممزوجة بالكحول، وإن كان الأفضل خروجاً من الخلاف ألا يضع مثل هذه العطور قبيل الصلاة وأن يكتفى بالعطور الخالية من الكحول.. فهذا هو الأحوط إن شاء الله.
والله أعلم .



Tarikh : 10-03-2004
Nama Penyoal : Mujahid dari Mesir

Soalan : Apakah benar yang kami dengar bahawa minyak wangi yg mengandungi bahan alkohol tidak diboleh digunakan? Apakah benar apabila kita meletakkan sesuatu najis pada pakaian dan badan, maka ia membatalkan solat?

Mufti : Sheikh Faizal Molawi

Jawapan :

Dengan Nama Allah, Segala pujian bagi Allah, Selawat dan salam keatas Rasulullah saw, waba'du

Minyak wangi (perfume) yang dicampurkan dengan bahan alkohol bukanlah najis menurut pandangan yang rajih dari beberapa fuqaha', dimana ia rajih selain dari satu bahagian fuqaha' yang mengharamkan najis arak mengatakan bahawa tidak terdapat dalil keatasnya dalil bahawa ia adalah najis, dan pengharaman tidak semestinya najis, pandangan rajih ini adalah menurut fuqaha' kontemporar seperti Dr Yusuf Al-Qardhawi, Shiekh Al-Albani. Sheikh Faisal Molawi berpandangan bahawa alkohol tidak boleh diqiaskan dengan arak dari sudut najisnya, dan jika mengambil hukumnya dari sudut haram meminum kerana ciri-ciri memabukkan, dan keatas itu tidak boleh menpengaruhi alkohol ketas taharah atau solat. Adalah lebih afdal seorang Islam menggunakan minyak wangi bebas dari alkohol sebelum solat, dan jika ia mengunakannya (yg ada alkohol) maka tiada ada kesalahan keatasnya.

Berkata Pakar Rujuk, Faisal Molawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah :-

Minyak wangi yang bercampur dengan alkohol akan membatalkan solat kepada sesiapa yang berpandangan bahawa Arak Najis, iaitu najis 'Ainnya (secara fizikal), dan sesungguhnya alkohol yang berada didalam minyak wangi mengambil hukum dari najis 'ain ini, dan bukan dari sebahagian kecil yang dimaafkannya, dan seterusnya ia akan membatalkan solat kerana wujud najis diatas jasad seseorang.

Akan tetapi saya (Molawi) berkata :

1. Najis arak sebagai najis 'ain (fizikal) merupakan sesuatu yang diperselisihkan, dan jika 4 sekolah Mazhab mempercayainya, akan tetapi ramai dikalangan ulama' yang diiktiraf menganggap bahawa yang dimaksudkan najis adalah najis ma'nawiah (moral). Dan ini adalah pandangan yang dijumpai dalilnya didalam isu tidak terdapat dalil yang putus keatas arak sebagai najis A'iniyah (najis material).

2. Arak yang dimaksudkan dengan najis ini adalah merupakan extrak dari jus anggur, atau dari ekstrak yang lain, atau pun ia merupakan percampuran bahan kimia. Hukum arak diambil dari sudut memabukkan dan bukan dari aspek najis, kerana Nabi saw bersabda : "Segala yang memabukkan adalah Haram", dan bukan segala yang memabukkan adalah najis.

3. Manusia kebiasaannya menggunakan minyak wangi didalam jumlah yang sedikit, dan apa didalamnya adalah kandungan alkohol didalam jumlah yg sangat sedikit, dan ia termasuk didalam hukum perkara kecil yang dimaafkan keatasnya.

4. Tambahan kepada itu bahawa alkohol yang terdapat pada minyak wangi akan evaporate dengan cepat, dan apa-apa kesan keatas badan tidak ditinggalkan, dan dengan itu pembentukan najis dengan andaian ia wujud telah hilang dan badan kembali kepada bentuk bersihnya.

Maka dengan itu, saya lebih cenderung kepada sahnya solat walaupun orang yang bersolat itu menggunakan minyak wangi yang bercampur alkohol, dan adalah lebih afdal dijauhi dari khilaf (perselisihan) dengan tidak menggunakan minyak wangi sebaik sahaja sebelum menunaikan solat atau menggunakan minyak wangi yang isinya bebas dari alkohol... maka ini adalah lebih berjaga-jaga, Insyaallah.

sumber : http://www.islamonline.net/fatwaapplication/arabic/display.asp?hFatwaID=86016

Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Orang Kafir

السؤال: هل يجوز أن نعطي غير المسلم من لحم الأضاحي ؟

الجواب: بسم الله، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد..

لا بأس من إعطاء الكافر من الأضحية ،فهذا يعكس مدى خلق المسلم النبيل الذي يكرم الناس ولو كانوا كفارا ، فيجوز أن يعطى الكافر منها لفقره أو قرابته أو جواره أو تأليف قلبه ، بشرط ألا يكون هذا الكافر محاربا للمسلمين.

قال الشيخ ابن عثيمين ـ من علماء السعودية ـ رحمه الله : يجوز للإنسان أن يعطي الكافر من لحم أضحيته صدقة بشرط أن لا يكون هذا الكافر ممن يقتلون المسلمين فإن كان ممن يقتلونهم فلا يعطى شيئاً لقوله تعالى : ( لا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمْ اللَّهُ عَنْ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمْ الظَّالِمُونَ ) الممتحنة /8-9 اهـ .

أهـ كما جاء في فتاوى اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء ـ السعودية : يجوز أن نطعم الكافر المعاهد والأسير من لحم الأضحية، ويجوز إعطاؤه منها لفقره أو قرابته أو جواره، أو تأليف قبله؛ لأن النسك إنما هو في ذبحها أو نحرها؛ قرباناً لله، وعبادة له. وأما لحمها فالأفضل أن يأكل ثلثه، ويهدي إلى أقاربه وجيرانه وأصدقائه ثلثه، ويتصدق بثلثه على الفقراء، وإن زاد أو نقص في هذه الأقسام أو اكتفى ببعضها فلا حرج، والأمر في ذلك واسع. ولا يعطى من لحم الأضحية حربياً؛ لأن الواجب كبته وإضعافه، ولا مواساته وتقويته بالصدقة، وكذلك الحكم في صدقات التطوع؛ لعموم قوله – تعالى- : " لا ينهاكم الله عن الذين لم يقاتلوكم في الدين ولم يخرجوكم من دياركم أن تبروهم وتقسطوا إليهم إن الله يحب المقسطين "، ولأن النبي – صلى الله عليه وسلم – أمر أسماء بنت أبي بكر – رضي الله عنها – أن تصل أمها بالمال وهي مشركة في وقت الهدنة. وبالله التوفيق وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم والله أعلم.


Sumber: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=92313


Soal: Adakah boleh memberikan dging korban kepada org bkn Islam?

Jawab: Tidak ada masalah utk memberikan daging korban kpd org kafir. Ia sesuai dgn penciptaan manusia yg memuliakan manusia sekalipun org kafir. Boleh memberinya kpd org kafir yg miskin, kaum kerabat, jiran atau mu'allaf, dgn syarat org kafir itu tidak memerangi org Islam. Berkata Syeikh Ibn 'Uthaimin Rahimahullahu Ta'ala, seorg ulama' Saudi:- Seseorg itu boleh memberikan daging korban kpd org kafir sbg sedeqah selagi org kafir itu tidak memerangi dan membunuh org Islam. Jika dia seorg kafir yg memerangi org Islam, maka tidak boleh memberinya apa-apa.

Firman Allah Ta'ala:- (maksudnya)"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangi kamu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barang siapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (al-Mumtahanah: 8-9)

Fatwa dari Lajnah Da'imah lil Buhuth al-'Alamiyah wa al-Ifta':- Boleh utk memberi mkn daging korban kpd org kafir yg membuat perjanjian dan tebusan. Boleh memberinya kpd org kafir yg miskin, kaum kerabat, jiran atau mu'allaf, kerana menyembelih daging korban ini adalah qurban dan ibadat kpd Allah semata-mata. Yang lebih afdhal, dagingnya dimakan sepertiga, sepertiga lagi diberikan kpd kerabat, jiran dan teman, dan sepertiga lg disedeqahkan kepada org fakir. Jika dilebihkan atau dikurangkan bahagian ini maka tidak mengapa. Tidak boleh memberikan daging korban ini kpd org kafir yg memerangi org Islam, kerana kita wajib menjatuhkan dan melemahkannya serta tidak menguatkannya dgn sedeqah. Itu adalah hukum dalam memberi sedeqah kerana umum dalam firman Allah ini:

(maksudnya)]"Allah tiada melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu." (Al-Mumtahanah:8)

Nabi menyuruh Saidatina Asma' bin Abu Bakar utk memberikan harta kepada ibunya yg musyrik ketika dalam waktu perdamaian.

Kaitan Solat Istikharah Dan Mimpi

السؤال: هل يوجد نص شرعي حول تعلق الاستخارة بالرؤية‏؟‏ فإن كان كذلك فما هو حل من عرض له أمر في الصباح وعليه تلبيته في المساء‏؟‏ ما هي دواعي تكرار صلاة الاستخارة سبعة مرات خاصة مع ثبوت حديث في التكرار ‏؟‏

الجواب: لا علاقة لصلاة الاستخارة برؤية المنامات‏.‏ بل هي مجرد صلاة ثم دعاء مأثور عن رسول الله‏.‏ وليتابع بعد ذلك العمل على مشروعه الذي استخار الله له‏.‏ فإن كان خيراً يسّر الله له بلوغه‏،‏ وإن لم يكن خيراً صرفه الله عنه‏.‏ ولم أجد من حدد صلاة الاستخارة بسبع مرات‏،‏ ولا بأي عدد‏.‏ بل الحديث لا يدل على استحباب تكرارها‏.‏ إلا أنه يوجد في الاستخارة سبع مرات حديث رواه ابن السني في عمل اليوم والليلة عن أنس ـ رضي الله عنه ـ لا يعمل به لأنه ضعيف جداً‏.‏ والعلماء منهم العز ابن عبد السلام على عدم الأخذ به‏


Sumber: http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=18717

Soal: Adakah terdapat nas syara' yg mengaitkan solat istikharah dengan mimpi? Jika begitu, apakah boleh seseorang yang bersolat istikharah itu di pagi hari dan mendapat jawapannya pada petang hari? Adakah tuntutan mengulangi solat istikharah itu sebanyak tujuh kali khususnya terdapat hadith yg menyuruh untuk mengulangnya?

Jawab: Solat istikharah tiada kaitannya dengan mimpi. Ia adalah solat 2 rakaat dengan doa yg ma'thur dari Nabi saw. Dan diikuti dengan itu amal yg akan Allah pilihkan baginya. Jika ia baik untuknya, maka Allah akan menyampaikan padanya, dan jika ia tidak baik, maka Allah akan jauhkan darinya. Dan tiada pula yang menghadkan solat istikharah itu sebanyak tujuh kali, dan tidak pula ditetapkan apa-apa bilangan. Bahkan tiada hadith yg menganjurkan untuk mengulangnya. Hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Sunni dari Anas radhiyallu 'anhu yang mengatakan istikharah itu tujuh kali, tidak boleh beramal dengannya kerana hadith itu sangat dha'if.

Allahu'alam..