Friday, September 15, 2006

Roh Dingati Dengan Bacaan Al-Fatihah Sangahan



SANGGAHAN


Abu Hurairah meriwayatkan bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda :
Maksudnya : "Apabila mati seseorang insan, maka terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga : Sedekah Jariah, atau ilmu yang dia manfaatkan dengannya, atau anak soleh yang mendoakannya." (Riwayat Imam Muslim)

ALLAH s.w.t. berfirman di dalam al-Quran :

Maksudnya : "Dan bahawasanya tidak ada bagi seseorang insan itu melainkan apa-apa yang diusahakannya sahaja." (an-Najm - 39)

al-Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya "Tafsir al-Quran al-'Azim" ketika menafsirkan ayat ini berkata :

"Dari ayat yang mulia ini as-Syafi'e r.h dan dan orang-orang yang mengikutnya membuat kesimpulan bahawasanya bacaan al-Quran tidak sampai hadiah pahalanya kepada simati kerana bacaan tersebut bukanlah daripada amalannya (simati) dan bukan juga usahanya. Kerana itu Rasulullah s.a.w. tidak menyunatkan perbuatan tersebut kepada umatnya, dan tidak ada juga galakan kepada mereka, tidak ada juga nas dan tindakan daripada baginda. Tidak diriwayatkan juga perkara tersebut daripada salah seorang sahabat r.'anhum. Kalaulah perkara tersebut adalah baik, pastilah mereka (para sahabat) akan mendahului kita dalam melakukannya..."

Inilah hadith dan ayat al-Quran beserta penafsiran dari para ulama dalam bab bacaan kepada mayat. Kalau sedekah pahala bacaan al-Quran tidak sampai kepada mayat, bagaimana boleh datang pula dakwaan ruh diingati dengan bacaan al-Fatihah ?

Berkenaan ayat al-quran dari surah an-Naba' - 38. Ayat tersebut menceritakan keadaan hari kiamat bukan sebaliknya. Ia tidak ada kena mengena langsung tentang permintaan ruh untuk melihat jasad mereka, begitu juga dakwaan ruh diingati dengan bacaan al-Fatihah. Artikel tersebut jelas telah meletakkan ayat al-quran bukan pada tempatnya.

wallahu a'lam.

Hukum Memegang Al-Quran Semasa Haid

Pertama: Hukum memegang al-Qur’an.

Umumnya terhadap persoalan pertama terdapat dua pendapat, yang pertama mengatakan tidak boleh manakala yang kedua berkata boleh.

Pendapat yang pertama merujuk kepada firman Allah:


(al-Qur’an) Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci. [1]


Dan sabda Rasulullah (s.a.w):


Tidaklah menyentuh al-Qur’an dan tidak juga mushaf melainkan orang yang suci.[2]


Manakala bagi pendapat kedua pula, mereka berpegang kepada kaedah bahawa seseorang wanita yang sedang haid boleh melakukan semua perkara seperti biasa melainkan wujud dalil yang tepat (qathi) yang melarangnya. Dalam hal ini yang jelas dilarang adalah bersolat, berpuasa, melakukan tawaf dan bersanggama. Adapun hukum memegang al-Qur’an, tidak ada dalil yang tepat yang melarang seseorang yang sedang haid daripada memegangnya.


Ayat al-Qur’an yang dijadikan rujukan oleh pendapat pertama adalah tidak tepat untuk dijadikan hujah kerana perkataan al-Mutatahharun sebenarnya merujuk kepada para malaikat sebagaimana yang boleh dilihat daripada keseluruhan ayat yang berkaitan:


Bahawa sesungguhnya itu ialah Al-Quran yang mulia, Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.[3]


Berkata Ibnu Abbas (r.a), fii Kitabim-maknun bererti di langit, yakni di al-Lauh al-Mahfuz manakala al-Mutatahharun adalah para malaikat yang suci.[4] Justeru keseluruhan ayat sebenarnya menerangkan tentang kitab al-Qur’an yang sebelum ini tersimpan dalam al-Lauh al-Mahfuz , di sana ia tidak disentuh oleh sesiapa kecuali para malaikat sehinggalah ia diturunkan ke bumi kepada manusia.


Hadis yang dijadikan dalil melarang adalah juga tidak tepat sandarannya kerana perkataan al-Taharun yang bererti suci adalah satu perkataan yang memiliki banyak erti (lafaz Mushtarak) dan mengikut kaedah Usul Fiqh: Sesuatu perkataan yang memiliki banyak erti tidak boleh dibataskan kepada satu maksud tertentu melainkan wujud petunjuk yang dapat mendokongi pembatasan tersebut.


Perkataan suci dalam hadis di atas boleh bererti suci dari najis seperti tahi dan air kencing. Boleh juga bererti suci dari hadas besar seperti haid dan junub, dan suci dari hadas kecil yakni seseorang yang dalam keadaan wudhu’. Ia juga boleh bererti suci dari sudut akidah sepertimana firman Allah terhadap orang-orang musyrik:


Sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.[5]


Oleh itu seseorang itu perlu mencari maksud sebenar kepada perkataan suci dalam hadis di atas. Salah satu caranya ialah dengan mengkaji keseluruhan hadis di mana ia sebenarnya adalah sepucuk surat yang dihantar oleh Rasulullah (s.a.w) kepada seorang sahabat di Yaman. Di saat itu Yaman adalah sebuah wilayah yang penduduknya masih terdiri daripada campuran orang bukan Islam dan Islam, justeru mungkin sahaja surat tersebut bertujuan melarang al-Qur’an daripada disentuh oleh orang bukan Islam kerana sesungguhnya orang-orang musyrik itu najis.


Himpunan antara asal usul hadis dan rujukan al-Qur’an kepada orang musyrik sebagai najis dapat mengarah kepada satu petunjuk yang tepat bahawa erti suci dalam hadis di atas sebenarnya merujuk kepada orang Islam. Justeru keseluruhan hadis sebenarnya melarang orang-orang bukan Islam daripada memegang kitab atau mushaf al-Qur’an.


Akhirnya jika dianalisa antara dua pendapat di atas, diyakini bahawa yang lebih tepat adalah pendapat kedua yang membolehkan seorang wanita yang sedang haid untuk memegang al-Qur’an. Hal yang sama adalah bagi wanita yang sedang dalam keadaan nifas dan istiadah.


Kedua: Hukum membaca al-Qur’an.


Dalam persoalan ini terdapat sebuah hadis Rasulullah (s.a.w):

Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an.[6]


Hadis ini memiliki beberapa jalan periwayatan namun setiap darinya adalah daif. Berkata Imam Nawawi: Adapun hadis Ibnu Umar: “Seseorang yang dalam keadaan junub atau haid tidak membaca sesuatu apa jua dari al-Qur’an” , maka ia diriwayatkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan selainnya. Ia adalah hadis yang daif, didaifkan oleh al-Bukhari, al-Baihaqi dan selainnya. Kedaifan yang terdapat padanya adalah jelas.[7]


Namun sebahagian ahli fiqh tetap melarang seorang wanita yang sedang haid daripada membaca al-Qur’an kerana diqiyaskan keadaan haid kepada keadaan junub.[8] Namun pematukkan hukum ini tidak dianggap tepat kerana haid dan junub adalah dua keadaan yang jauh berbeza. Junub adalah satu keadaan di mana seseorang itu memiliki pilihan untuk berada dalamnya atau tidak, dan seseorang itu boleh keluar dari keadaan junub pada bila-bila masa melalui mandi wajib atau tayamum. Berbeza halnya dengan haid, ia bermula dan berakhir tanpa pilihan.


Sebahagian lain melarang atas dasar memelihara kesucian dan keagungan al-Qur’an. Justeru mereka berpendapat tidak boleh membaca (mentilawahkan) al-Qur’an kecuali beberapa perkataan atas dasar zikir dan memperoleh keberkatan.[9]

Pendapat ini juga dianggap kurang tepat kerana seseorang muslimah, sama ada dalam keadaan haid atau tidak, tetap dianggap suci dan dihalalkan bagi mereka semua yang dihalalkan melainkan wujudnya dalil yang sahih yang menegah sesuatu perkara seperti solat, puasa, tawaf dan bersanggama.

Adapun pensyari‘atan mandi wajib selepas berakhirnya tempoh haid, ia adalah penyucian atas sesuatu yang sedia suci dan bukannya penyucian atas sesuatu yang sebelum itu bersifat najis. Oleh itu tidaklah berkurang sedikitpun kesucian dan keagungan al-Qur’an apabila ia dibaca oleh seseorang muslimah yang sedang dalam keadaan haid.


Pernah sekali Abu Hurairah (r.a) mengasingkan diri daripada Rasulullah (s.a.w). Beliau balik ke rumah untuk mandi wajib dan kemudian kembali. Rasulullah bertanya kenapakah dilakukan sedemikian, lalu Abu Hurairah menerangkan bahawa tadi beliau sebenarnya dalam keadaan junub. Mendengar itu Rasulullah bersabda:
Subhanallah ya Abu Hurairah ! Sesungguhnya orang mukmin tidak ia menjadi najis.[10]


Kata-kata Rasulullah (s.a.w) di atas bersifat umum, menunjukkan bahawa seorang mukmin tidaklah ia sekali-kali akan berada dalam keadaan najis. Termasuk dalam keumuman hadis ini ialah wanita yang sedang haid.


Akhirnya berkata Imam Ibnu Taimiyah terhadap persoalan ini: Sesungguhnya adalah para wanita mereka mengalami haid di zaman Rasulullah (s.a.w), maka seandainya membaca al-Qur’an adalah diharamkan ke atas mereka (ketika haid) sepertimana solat, pasti baginda Nabi (s.a.w) akan menjelaskannya kepada umatnya.

Baginda akan mengajarnya kepada para Ummul Mukminun (para isteri baginda) dan akan dinukil daripada mereka oleh orang ramai. Akan tetapi tidak ada satupun (riwayat) yang melarang yang dinukil daripada Nabi (s.a.w). Oleh itu hal ini tidak boleh dianggap terlarang padahal telah diketahui bahawa baginda tidak melarangnya. Justeru jika baginda tidak melarangnya padahal ramai wanita yang haid di zamannya, maka sesungguhnya ketahuilah bahawa ia sebenarnya adalah tidak haram
.[11]


Oleh itu wanita yang sedang haid dibolehkan membaca al-Qur’an seperti biasa. Demikian juga bagi wanita yang berada dalam keadaan nifas dan istiadah. Kepada Allah kembali segala kebenaran.

Nota Kaki:


[1] Al-Waqiah (56): 79

[2] Sahih: Hadis daripada ‘Amru bin Hazm (r.a), dikeluarkan oleh Ibnu Hibban, al-Hakim, Baihaqi dan lain-lain melalui beberapa jalan yang setiap darinya memiliki kelemahan. Namun setiap darinya saling menguat antara satu sama lain sehingga dapat diangkat ke taraf sahih, atau setepatnya sahih lighairihi. Lihat semakan Badri Abdul al-Samad dalam al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf ‘ala Masail al-Ikhtilaf (Dar al-Buhts, Dubai 1999), jld 1, ms 77-82.

[3] Al-Waqiah (56): 77-80

[4] Demikian juga keterangan beberapa sahabat dan tabiin sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Jarir al-Tabari dalam Jamii al-Bayan (Dar al-Fikr, Beirut 1999), riwayat no: 25955 – 25970. Lihat juga al-Mawardi - Al-Nukatu wa al-‘Uyun (Dar al-Kutub al-Ilmiyah, Beirut tp thn), jld 5, ms 463-464.

[5] al-Taubah (9): 28.

[6] Daif: Hadis daripada Abdullah ibnu Umar (r.a), dikeluarkan oleh Tirmizi, Ibnu Majah, al-Daquthni dan lain-lain. Ia memiliki 3 jalan periwayatan yang semuanya daif. Nasiruddin Albani tidak menjadikannya penguat antara antara satu sama lain manakala Badri Abdul al-Samad berpendapat ia saling menguat sehingga dapat diangkat ke taraf hasan (hasan lighairihi). Lihat Irwa al-Ghaleel fi Takhrij Ahadith Manar al-Sabil (Maktabah al-Islami, Beirut), hadis no: 192 dan al-Ittihafu bitakhrij Ahadith al-Isyraf, jld 1, ms 83-84.

[7] Majmu’ Syarah al-Muhazzab (Dar Ihia’ al-Turath al-Arabi, Beirut 2001), jld 2, ms 123-125 (Kitab Taharah, Bab Apa yang mewajibkan mandi, Bab Hukum terhadap 3 perkara).

[8] Lihat Majmu Syarah al-Muhazzab jld 2, ms 267-268 (Kitab Haid, berkata al-Musannif: “Dan dilarang atasnya membaca Qur’an….”).

[9] Lihat al-Kasani – al-Bada‘i al-Sona‘i (Dar al-Kitab al-Arabi, Beirut 1982), jld 1, ms 38 (Bab pemasalahan adab-adab wudhu’).

[10] Sahih: Ringkasan hadis daripada Abu Hurairah (r.a), dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim, lihat al-Lu’ Lu’ wa al-Marjan (Fu‘ad Abdul Baqi; Dar al-Salam, Riyadh 1995) – no: 210.

[11] Majmu al-Fatawa 26/191 (Dar al-Wafa’, Kaherah 2001), jld 13, ms 104. Lihat juga pembahasan Ibnu Hazm dalam al-Muhalla (Dar Ihia al-Turath al-Arabi, Beirut tp thn), jld 1, ms 78-85 (Masalah no: 116: Membaca al-Qur’an dan bersujud dan menyentuh mushaf).

wallahua'lam

Wednesday, September 13, 2006

Bekerja Berat, Haruskah Berbuka..

Pekerja buruh yang bekerja berat di siang hari, apakah wajib ke atas mereka berpuasa ?


Jawapan :

Ibadat puasa diwajibkan ke atas semua umat Islam, melainkan beberapa golongan yang diberikan keuzuran oleh agama seperti orang yang bermusafir, sakit, dan seumpamanya. Orang yang bekerja berat tidak termasuk di dalam golongan yang dibenarkan tidak berpuasa. Mereka bukan orang sakit, musafir dan seumpamanya yang dibenarkan untuk tidak berpuasa.

Wajib ke atas mereka berniat dan berazam untuk berpuasa. Mereka bangun bersahur dan menahan diri dari makan dan minum setelah terbit fajar siddiq. Mereka termasuk dalam kumpulan umat Islam yang diwajibkan puasa. Maknanya mereka keluar dari rumah pada pagi hari ke tempat kerja dalam keadaan mereka berpuasa.

Setelah itu jika di pertengahan hari, disebabkan kerja yang berat sehingga jika mereka tidak berbuka akan memudharatkan diri mereka, maka harus ke atas mereka berbuka puasa. Dan wajib pula mereka mengqadhanya pada hari-hari yang sesuai. Jika tidak ada kemudharatan untuk mereka berpuasa dengan kerja mereka tersebut, maka wajib ke atas mereka berpuasa sama seperti umat Islam yang lainnya.

Demikilanlah fatwa yang dinyatakan oleh al-SYeikh Abdul Aziz Abdullah bin Baz dan al-Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Hamid r.h.

wallahu a'lam.

-------

http://www.islamqa.com/index.php?ref=43772&ln=ara

Makan Di Siang Hari Untuk Yang Tidak Berpuasa (keuzuran)

Wanita yang tidak boleh berpuasa disebabkan haid atau seumapamanya, bolehkah dia makan dan minum di siang hari ?

Jawapan :

Wanita yang tidak boleh berpuasa disebabkan haid dan nifas tidak diwajibkan kepada mereka Imsak (menahan diri dari makan dan minum) pada siang hari, demikian juga halnya dengan orang yang dalam musafir.

al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata :

"Apabila orang yang musafir sampai ke bandarnya dalam keadaan dia tidak berpuasa, maka tidak wajib ke atasnya untuk imsak, dia boleh untuk makan dan minum pada baki harinya itu, kerana jika dia imsak tidak memberi apa-apa faedah kepadanya disebabkan wajib ke atasnya qadha puasa pada hari tersebut. Inilah pendapat yang benar. Inilah mazhab Malik dan Syafie dan salah satu riwayat dari Imam Ahmad r.h. Akan tetapi tidak sepatutnya dia makan dan minum terang-terangan." (Majmu; fatawa ibn 'Uthaimin)

Katanya lagi : "Jika seorang wanita suci daripada haid atau wanita yang bernifas suci di siang hari (puasa) tidak wajib ke atas mereka imsak, mereka boleh makan dan minum, kerana imsak mereka tidak memberi apa-apa faedah disebakan mereka perlu menqadha puasa mereka itu. Inilah mazhab Malik, al-Syafie dan salah satu riwayat dari Ahmad. dan telah diriwayatkan dari Ibn Mas;ud katanya :

من أكل أول النهار فليأكل آخره

Maksudnya : "Siapa yang telah makan (tidak berpuasa disebabkan keuzuran) pada awal hari, maka dia makanlah pada akhirnya (baki harinya)." (majmu' fatawa ibn uthaimin)

Ketika ditanya kepadanya : "Siapa yang berbuka pada siang hari ramadhan disebabkan keuzuran yang dibenarkan syara', apakah harus baginya untuk makan dan minum baki harinya.?"

Jawab Ibn Uthaimin : "Harus dia makan dan minum kerana dia berbuka disebabkan keuzuran yang dibenarkan syara'. Jika dia berbuka disebabkan keuzuran yang dibenarkan syara' maka telah hilang kehormatan hari itu pada haknya, maka dia boleh makan dan minum. Berbeza dengan seorang lelaki yang berbuka pada siang ramadhan tanpa keuzuran, dia wajib imsak sepanjang harinya, dan dia wajib qadha, maka perlu diperhatikan perbezaan antara dua perkara ini." (majmuk fatwa Ibn Uthaimin)

wallahu a'lam.

--------

http://www.islamqa.com/index.php?ref=65635&ln=ara

Wednesday, August 23, 2006

Hukum Puasa Pada 27 Rejab (Dikatakan Hari Isra' dan Mi'raj)

Soalan :

Apakah terdapat pahala khusus berpuasa pada 27 Rejab ? Apakah hukum puasa pada hari tersebut ? Adakah benar malan 27 Rejab adalah malam yang diisra'kan Rasul saw ?



Jawapan :

Oleh : Dr. al-Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradhawi (الدكتور الشيخ يوسف عبد الله القرضاوي)

Diantara puasa yang diharamkan: Apa yang manusia adakannya berdasarkan hawa-nafsu mereka, dan ianya tidak disyariatkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak juga diamalkan oleh al-Rasyidun al-Mahdiyun dari khulafa' Nabi saw, dan perkara yang tidak disuruh walau oleh seorang para imam yang membawa hidayah. Termasuk dalam perkara ini ialah (mengkhususkan) puasa pada 27 Rejab, dengan beranggapan hari tersebut adalah hari Isra' dan Mi'raj (الإسراء والمعراج) Nabi saw.


Di antara manusia ada yang berpuasa pada hari 27 Rejab kerana beranggapan hari itu adalah antara hari-hari (kebesaran) Islam, yang Allah swt melimpahkan nikmatNya kepada Nabi saw dengan nikmat yang besar, maka (mereka beranggapan) wajib bersyukur dan mengingatinya. dan nikmat Allah ke atas nabiNya yang mulia adalah nikmat keunggulan umatnya, maka bersyukur ke atasnya (nikmat tersebut) adalah wajib di sisi mereka. Untuk menzahirkan kesyukuran ini adalah dengan berpuasa pada hari tersebut yang mengandungi peristiwa-peristiwa besar.

Semua ini tidak boleh menjadi dalil atas pensyariatan puasa (pada hari tersebut). Allah swt telah mengarahkan kaum muslimin mengingati nikmatNya yang banyak ke atas mereka. Umpamanya firman Allah swt kepada kaum muslimin yang memperolehi kemenangan dalam peperangan al-Ahzab :

اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحًا وجنودًا لم تروها

Maksudnya : Ingatilah nikmat Allah ke atas kamu semua, ketikamana datang kepada kamu sekumpulan tentera, lalu kami (Allah) hantarkan kepada mereka angin dan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya."

Para sahabat tidak mengingati nikmat ini dengan berpuasa pada hari ini. Ibn Qayyim berkata di dalam Zaad al-Ma'ad tentang malam al-Isra' sebagai menukilkan dari gurunya Ibn Taimiyyah :

(maksudnya) "Tidak diketahui ada seorang dari kaum Muslimin (sahabat Nabi saw) yang menjadikan malam al-Isra' sebagai malam yang utama dari malam yang lainnya. Tidak ada dari kalangan sahabat ataupun tabi'ien yang mengkhususkan malam al-Isra' dengan sesuatu, dan mereka tidak memperingatinya (dengan sesuatu amalan atau upacara), kerana itu tidak diketahui (secara pasti) apakah malam (yang sebenarnya berlaku al-Isra' dan al-Mi'raj), walaupun malam al-Isra' itu adalah antara kelebihan yang besar bagi Nabi saw."

Katanya lagi : (maksudnya) :Tidak dapat ditegakkan dalil yang dimaklumi bulannya (bulan berlaku al-Isra'), tidak juga (dapat dipastikan) sepuluh hari yang mana berlakunya, tidak juga (dapat dipastikan) harinya, bahkan nukilan-nukilan tentangnya terputus-putus dan berbagai-bagai. Tidak ada yang dapat dipastikan tentang (waktunya). Maka tidak disyariatkan bagi orang muslimin mengkhususkan malam tersebut (27 Rejab) dengan melakukan sesuatu (amalan khusus) atau selainnya." Zaad al-Maad : 1,57/58)

Dalam keadaan malam 27 Rejab, walaupun telah tersebar luas di kalangan manusia kononnya ia adalah malam al-Isra' dan al-Mi'raj, (namun) tidak ada yang sahih dalilnya yang menentukan malam al-Isra' pada tarikh tersebut.

------

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1122528619676&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar

APAKAH NABI SAW BERPUASA PENUH SEBULAN DALAM BULAN SYAABAN ?

Terdapat dua hadith yang saling bertentangan di dalam masalaah ini.

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رضي الله عنها قَالَتْ : مَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَامَ شَهْرَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ إِلا أَنَّهُ كَانَ يَصِلُ شَعْبَانَ بِرَمَضَانَ

Maksudnya: “Dari Umm Salamah r.’anha katanya : Tiada aku melihat Rasulullah saw berpuasa dua bulan berturut-turut, melainkan baginda menyambung (puasa, dalam bulan) Sya’ban dengan Ramadhan.” (Hadith riwayat Ahmad 26022, Abu Daud 2336, al-Nasa-ie 2175, Ibn Majah 1648. Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih al-Nasa-ie)


Di dalam lafaz yang diriwayatkan oleh Abu Daud :

أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَكُنْ يَصُومُ مِنْ السَّنَةِ شَهْرًا تَامًّا إِلا شَعْبَانَ يَصِلُهُ بِرَمَضَانَ

Maksudnya : “Bahawa Nabi saw tidak pernah berpuasa dalam setahun sebulan penuh, melainkan (dalam bulan) Syaaban, baginda menyambungkannya dengan Ramadhan.” (Al-Albani mensahihkan hadith ini di dalam Sahih Abi Daud, bil 2048)

Dua hadith di atas ini secara zahirnya menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh di dalam bulan Syaaban dan Ramadhan. Namun terdapat hadith yang lain yang menyatakan Nabi saw berpuasa dalam kebanyakan hari pada bulan Syaaban melainkan sedikit sahaja. Hadith tersebut ialah :

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ : سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ صِيَامِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَتْ : كَانَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ صَامَ ، وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ قَدْ أَفْطَرَ ، وَلَمْ أَرَهُ صَائِمًا مِنْ شَهْرٍ قَطُّ أَكْثَرَ مِنْ صِيَامِهِ مِنْ شَعْبَانَ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ كُلَّهُ ، كَانَ يَصُومُ شَعْبَانَ إِلا قَلِيلا

Maksudnya : Dari Abi Salamah katanya : Aku bertanya kepada ‘A-isyah r.’anha tentang puasa Rasulullah saw. Beliau menjawab : Baginda berpuasa sehingga kita akan menyangka baginda sentiasa berpuasa, dan baginda berbuka (tidak berpuasa) sehingga kita menyangka baginda sentiasa berbuka (tidak berpuasa), dan aku tidak melihat baginda berpuasa dalam belan yang lain lebih banyak dari puasa baginda dalam bulan Syaban. Adalah baginda berpuasa dalam bulan Sya’ban keseluruhannya, adalah baginda berpuasa dalam bulan Sya’ban melainkan sedikit (beberapa hari baginda tidak berpuasa) (Hadith riwayat Muslim 1156)

Para ulama berbeza pendapat dalam usaha menyatukan dua hadith ini. Sebahagian ulama berpendapat hadith ini menunjukkan masa yang berlainan, dengan maksud kadang-kala Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan Sya’ban pada tahun-tahun yang tertentu. Manakala pada tahun-tahun yang lain baginda berpuasa pada kebanyakan hari dalam bulan Syaban dan baginda tidak berpuasa dalam sebahagian kecil harinya. Al-Syeikh Abdul ‘Aziz Abdullah bin Baz memilih pendapat ini. Sila lihat Majmu’ Fatawa al-SYeikh Ibn Baz 15/416

Sebahagian ulama lain pula berpendapat, Nabi saw tidak pernah berpuasa penuh dalam sebulan melainkan dalam bulan Ramadhan sahaja. Ulama yang berpandangan sebegini memahami hadith dari Ummu Salamah di atas (Tiada aku melihat Rasulullah saw berpuasa dua bulan berturut-turut, melainkan baginda menyambung (puasa, dalam bulan) Sya’ban dengan Ramadhan.) membawa maksud baginda hanya berpuasa kebanyakan hari dalam bulan Syaaban, tidak keseluruhan hari. Mereka memahaminya sebegini kerana berdasarkan bahasa Arab apabila didapati seseorang banyak berpuasa dalam sesuatu bulan melainkan beberapa hari sahaja yang ia tidak berpuasa, orang sebegitu disebut : “Dia telah berpuasa keseluruhannya.”

Al-Hafidz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata : “(Tentang hadith ‘A-isyah) Ia menerangkan maksud dalam hadith Ummu Salamah (Adalah baginda tidak berpuasa dalam setahun satu bulan penuh melainkan Syaaban, baginda menyambungkannya dengan Ramadhan), yakni : Adalah baginda berpuasa kebanyakan harinya (dalam Syaaban). Al-Tirmizi menukilkan dari Ibn al-Mubarak yang berkata : Harus di dalam kalam ‘Arab, jika seseorang berpuasa dalam kebanyakan hari dalam sebulan, dia dikatakan telah berpuasa keseluruhanya.”

Al-Tibi (الطِّيبِيُّ) : Difahami bahawa Baginda telah berpuasa dalam bulan Syaban keseluruhannya kadang-kadang (sebahagian tahun) dan baginda berpuasa kebanyakan hari dalam Syaban yang lain (tidak puasa penuh) semoga tidak dianggap ianya wajib sepertimana Ramadhan.”

Al-Hafidz Ibn Hajar berkata : “Dan (pendapat) yang pertama itu adalah yang benar.” Yakni Nabi saw tidak pernah berpuasa penuh di dalam bulan Syaaban, melainkan kebanyakan harinya sahaja. Beliau berdalilkan dengan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim (746), dari ‘A-isyah r.’anha katanya :

وَلا أَعْلَمُ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَرَأَ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فِي لَيْلَةٍ ، وَلا صَلَّى لَيْلَةً إِلَى الصُّبْحِ ، وَلا صَامَ شَهْرًا كَامِلا غَيْرَ رَمَضَانَ

Maksudnya : Dan tidak aku ketahui Nabi saw pernah membaca al-Quran keseluruhnya dalam satu malam, dan baginda tidak pernah sembahyang sepanjang malam hingga ke Subuh, dan baginda tidak pernah berpuasa sebulan penuh melainkan Ramadhan.”

Al-Sindi (السندي) ketika mensyarahkan hadith Ummu Salmah di atas berkata : (Maksud : Baginda menyambungkan Syaaban dengan Ramadhan) yakni baginda berpuasa dalam dua bulan itu keseluruhannya. Zahirnya menunjukkan Baginda berpuasa dalam bulan Syaaban keseluruhannya…. Akan tetapi terdapat dalil yang menyalahinya, maka kerana itu difahami atasnya bahawa Baginda hanya berpuasa kebanyakannya (hari-hari dalam bulan Syaaban), sehingga seolah-olah baginda berpuasa keseluruhannya dan baginda sambungkan dengan Ramadhan.”

Tuesday, August 08, 2006

Hukum Melihat Faraj Isteri

Saya ingin kepastian/kesahihan mengenai hadith ini:

“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.

Wassalam


Jawapan :

Hadith yang saudara maksudkan ialah :

إذا جامع أحدكم زوجته فلا ينظر إلى فرجها ، فإن ذلك يورث العمى


Maksudnya : "Jika seseorang kamu menyetubuhi isterinya, maka jangan dia melihat faraj isterinya, kerana perbuatan itu mewarisi buta."

Ringkasan Darjat Hadith

1- PALSU. Ibn Hibban di dalam al-Majruhiin

2- MUNGKAR. Ibn 'Adiy di dalam al-Kamil fi al-Du'afaa'

3- PALSU. Ibn al-Qaisaraani di dalam Dakhirah al-Huffaz

4- Tidak ada padanya Isnad, Atau baginya Isnad yang tidak dijadikan hujah denggannya oleh para Nuqqad dari kalangan ulama. Ibn 'Abd al-Barr di dalam Risalah Latifah

5- Termasuk hadith-hadith yang batil. al-Zahabi di dalam Siyar A'laam al-Nubala'

6- LEMAH. al-Zaila'ie di dalam Nasbu al-Rayaah

7- PALSU. Al-Albani di dalam Aadab al-Zufaf, al-Silsilah al-Dhoiefah dan Dhoief al-Jami'

Demikianlah hukuman dari para ulama terhadap hadith tersebut. Ini menunjukkan hadith tersebut bukanlah datangnya dari Nabi saw. Ianya adalah sebuah hadith palsu yang direka kemudian dinisbahkan kepada Nabi saw secara dusta.

Di dalam matan Tanwiir al-Absor dan syarahnya al-Darr al-Mukhtar dari kitab mazhab Hanafi menyebut harusnya seorang suami melihat isterinya apa-apa yang diluar dan di dalamnya, walaupun hingga ke farajnya, samaada dengan syahwat atau tanpa syahwat.

Diriwayatkan dari Abu Yusuf (Murid Abu Hanifah) katanya : Telah ditanya kepada Abu Hanifah, tentang seorang lelaki yang menyentuh faraj isterinya, dan isterinya pula menyentuh zakar suaminya..., apakah engkau melihatnya dilarang ? Jawab Abu Hanifah : Tidak, Aku harap, perbautan itu besar pahalanya." (Hasyiah Radd al-Muhtar 'ala Darr al-Mukhtar)

Ibn Hazm di dalam al-Muhalla menyebut : "dan halal bagi seorang lelaki untuk dia melihat faraj isterinya, dan isteri dan hambanya yang dihalalkan baginya untuk menyetubuhi mereka. Demikian juga mereka (isteri dan hamba, halal) untuk melihat zakarnya, tidak ada hukum makhruh padanya secara asal."

Dalil dalam perkara ini ialah hadith yang masyhur dari para ibu orang-orang yang beriman 'A-isyah, Ummu Salamah dan Maimunah r.'anhunn, yang menceritakan setiap orang daripada mereka pernah mandi (berdua-duaan) bersama Nabi saw. Mereka mandi janabah dengan Nabi di dalam bekas yang satu.

Hadith dari Maimunah boleh difahami bahawasanya Nabi saw ketika itu tanpa ditutup/tanpa kain (بغير مئزر). Kerana di dalam hadith tersebut menceritakan Nabi saw memasukkan tangannya ke dalam bekas (mandi), kemudian baginda mencurahkan air ke kemaluan baginda, dan baginda membasuhnya dengan tangan kiri baginda. (Lihat al-Muhalla)

Hadith daripada 'A-isyah pula menyebut : Adalah aku mandi janabah bersama Nabi saw di dalam satu bekas." al-Hafidz di dalam al-Fath menyebut sebahagian ulama menjadikan dalil dengan hadith ini atas keharusan seorang suami melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya (isteri melihat aurat suami). al-Hafidz berkata : Ini dikuatkan dengan apa yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dari jalan Sulaiman bin Musa: Bahawasanya dia ditanya tentang suami yang melihat faraj isterinya, lalu beliau menjawab : Telah ditanya kepada 'Ato, lalu 'Ato menjawab : Telah ditanya kepada 'A-isyah, lalu 'A-isyah menyebut hadith ini dengan maknanya. dan hadith ini menjadi nas dalam masaalah ini."

Di dalam fatwa Fiqh Kuwait disebut : "Seorang suami melihat aurat isterinya dan demikian juga sebaliknya (Isteri melihat aurat suami) adalah harus. Akan tetapi, dari (memelihara) adab meninggalkannya..."

Namun ketika ditanya tentang hukum perbuatan menjilat faraj isteri dipermualaan jima', Fatwa Kuwait menyebut : "Tidak ada larangan dalam perkara itu, tanpa (melakukannya) berlebih-lebihan, Dengan syarat tempat itu (kemaluan) bersih. Jika keluar mazi, maka wajib menjauhinya, kerana kenajisan (Mazi) tersebut."

Kesimpulan :

HARUS seseorang suami melihat kemaluan isterinya, demikian juga harus isteri melihat kemaluan suaminya. Hadith yang mendakwa perbuatan melihat kemaluan pasangan itu boleh membawa kepada buta adalah hadith yang tidak sahih bahkan PALSU. Jika ada yang tidak mahu melihat, maka perbuatan itu terpuji kerana terdapat perkataan 'A-isyah yang menceritakan Nabi saw tidak melihat kemaluannya dan demikian juga beliau tidak melihat kemaluan baginda.

Wallahu a'lam.

Fatwa al-Qaradhawi : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528600874

Fatwa Kuwait : http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=3161

http://www.islamic-fatwa.com/index.php?module=fatwa&id=1896

Saturday, August 05, 2006

Seputar Persoalan Jampi

Salam, adakah dalil untuk perkara berikut:

1: air yg dibaca ayat al-Quran, kemudian di jirus keliling rumah untuk perlindungan?

2: air yg dibaca ayat al-Quran untuk penerang hati

3: ayat pelindungi diri dgn membaca 2 ayat terakhir surah at-taubah (sesudah dibaca dihembus disekeliling rumah untk perlindungan)

4: adakah ayat didalam al-Quran yg specific utk diamalkan utk menghindari dari penyakit angin ahmar?


Jawapan :

1- Thabit di dalam hadith-hadith yang sahih Nabi saw menjampi ahli keluarga baginda. Antaranya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :

كان إذا مرض أحد من أهل بيته، نفث عليه بالمعوذات

Maksudnya : "Adalah (Nabi saw) apabila seseorang ahli keluarga baginda sakit, baginda hembuskan padanya dengan ayat-ayat pelindung."

Di dalam sahih Muslim juga, daripada 'Auf bin Malik al-Asyja'i (عوف بن مالك الأشجعي) katanya :

كنا نرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: "اعرضوا عليّ رقاكم، لا بأس بالرقى ما لم يكن فيه شرك

Maksudnya : "Kami dahulu berjampi ketika Jahiliyah, maka kami bertanya : Wahai Rasulullah, bagaimana engkau lihat perkara itu ? Sabda Baginda : Tunjukkan kepadaku jampi kamu semua, tidak mengapa dengan jampi yang tidak ada padanya unsur syirik."

Dari Abi Sa'id bahawasanya Jibril pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata : "Wahai Muhammad, kamu berasa sakit ?, jawab baginda : Ya. lalu Jibril membaca :

بسم الله أرقيك، من كل شيء يؤذيك من شر كل نفس أو عين حاسدٍ الله يشفيك، بسم الله أرقيك

(Bismillaahi arqiik, min kulli syai-in yu'ziik, min syarri kulli nafsin aw 'ainin haasid, Allaahu yasyfiik, bismillaahi arqiik) Maksudnya : "Dengan nama Allah aku menjampiMu, dari setiap sesuatu yang menyakitkan Mu, dari setiap jiwa atau ain (pendangan) dengki, Allah, dialah yang menyembuhkan Mu, dengan nama Allah aku menjampi Mu."

Ini adalah sebahagian daripada dalil-dalil harusnya berjampi dengan cara menghembus, menyentuh atau sesuatu yang dapat menyampaikan kesan perjampian kepada orang yang dijampi atau tempat yang dijampi dalam apa-apa cara yang sesuai. Maka membaca beberapa ayat al-Quran pada air kemudian merenjiskannya ke sekeliling rumah adalah sebahagian usaha untuk menyampaikan kesan perjampian ditempat yang ada gangguan. Ia dibenarkan di dalam agama.

Berkata Ibn Muflih, telah berkata Sooleh anak Imam Ahmad : "Aku telah menderita sakit, lalu bapaku (imam Ahmad) mengambil satu mangkuk air, lalu dia bacakan (jampi) padanya. lalu dia berkata kepada ku : Minumlah sebahagiannya dan basuh muka dan dua tangan kamu (dari sebahagian lagi)."

Demikian juga dinukilkan dari Abdillah (anak imam Ahmad juga) bahawasanya dia telah melihat bapanya (Imam Ahmad bin Hambal) membaca ayat berlindung dengan Allah kepada air, dia membaca padanya dan meminumnya, dan dia jiruskan pada dirinya sendiri. (sila lihat al-Adab al-Syar'ieyyah)

Keharusan berjampi dengan ayat al-Quran dan hadith-hadith nabi telah difatwakan oleh ramai para ulama termasuk yang kemudian seperti, al-Syeikh Muhammad bin Ibrahim Aali Syeikh, al-Syeikh abdul Aziz bin Baz, al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin, al-Syeikh Soleh al-Fauzan dan al-Syeikh Abdul Aziz Aali Syeikh. al-Syeikh Ibn Jibrin berkata : "Thabit dari al-Salaf membaca pada air dan seumpamanya, kemudian meminumnya atau mendi dengannya..... kerana kalam Allah ta'ala adalah syifa', sepertimana firman Allah :

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدىً وَشِفَاءٌ وَالَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمىً أُولَئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ [فصلت:44

Maksudnya : "Katakanlah (wahai Muhammad) al-Quran itu bagi orang-orang yang beriman adalah petunjuk dan syifa' (penyembuh), dan bagi orang-orang yang tidak beriman di telinga mereka ada penyumbat, dan satu kegelapan ke atas mereka, mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh." (Fussilat : 44)

2- Tidak ada jampi penerang hati. Jampi hanya kepada penyakit zahir atau ganguan jin dan syaitan. Yang dibenarkan untuk penerang hati adalah dnegan berdoa untuk diberikan hidayah.

3- Ayat pelindung diajarkan oleh Nabi saw antaranya ayat al-Kursi, surah al-Falaq, al-Naas, al-Baqarah. Nabi saw bersabda :

لا تجعلوا بيوتكم مقابر ، فإن الشيطان يفر من البيت الذي يقرأ فيه سورة البقرة

Maksudnya : "Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur, kerana sesungguhnya Syaitan lari bertempiaran dari rumah yang dibaca di dalamnya surah al-Baqarah." (Muslim dan al-Tirmizi)

4- wallahu a'lam.
http://www.islamweb.net/ver2/Fatwa/ShowFatwa.php?lang=A&Option=FatwaId&Id=13188

Monday, July 31, 2006

Hadith Khatam Quran

Assalamu`alaikum Ustaz...

Soalan :

Tentang hadith larangan khatam Quran kurang daripada 3 hari..... sertakan sekali status hadith itu.....

Wslm

Jawapan :

Khatam al-Quran.

Mengkhatamkan al-Quran mengambil kira sama kefahamannya dan menjaga adab-adab membaca al-Quran. Jika mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari, dalam keadaan tidak memelihara adabnya sudah tentu dilarang. Inilah yang difahami dari tujuan larangan mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari seperti yang difahami sebahagian ulama, kerana terdapat riwayat dari generasi al-Salaf al-Soleh mengkhatamkannya kurang dari 3 hari. Antara nya seperti yang disebut oleh Ibn 'Allan dari Abu Daud yang meriwayatkan dari al-Aswad bin Yazid :

أنـه كـان يـخـتـم الـقـرآن في رمـضـان كـل لـيـلـتين

Maksudnya : Adalah dia mengkhatamkan al-Quran dalam bulan ramadhan pada setiap dua malam."

Namun sebahagian ulama mereka melarang mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari berdasarkan hadith :

لا يفقه مَن قرأ القرآن في أقل من ثلاث

Maksudnya : "Tidak akan faham orang yang membaca (sehingga khatam) al-Quran kurang dari 3 hari." (al-Tirmizi berkata Hasan Sahih, dan al-Nawawi mensahihkannya di dalam al-Tibyan)

Abu 'Ubaid dan Ibn Abi Syaibah dan al-Marwazi meriwayatkan dari Mu'az bin Jabal yang tidak menyukai orang yang mengkhatamkan al-Quran kurang dari 3 hari. Ibn Kathir mensahihkan riwayat ini.

al-Nawawi berkata di dalam al-Tibyan : "Sejumlah al-Mutaqaddimin telah memakruhkan mengkhatam al-Quran dalam masa sehari semalam dengan berdalilkan dengan hadith yang sahih dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Asy bahawasanya Nabi saw bersabda : "Tidak akan faham orang yang membaca (sehingga khatam) al-Quran kurang dari 3 hari." Dan bukan seorang yang telah memakruhkan khatam al-quran kurang dari 3 hari dari kalangan al-Salaf. Sama juga seperti mazhab Abu Ubaidah, Ishak bin Rahuwiah dan selain mereka berdua dari generasi khalaf juga."

Sebahagian ulama berpendapat perbuatan sebahagian salaf al-Soleh yang mengkhatam al-Quran kurang dari 3 hari itu adalah pada bulan ramadhan sahaja. Larangan Nabi hanya kepada orang yang senantiasa mengkhatamkannya kurang dari 3 hari. Adapun di dalam bulan ramadhan tidak mengapa. Inilah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad, Ishak dan selain mereka.

wallahu a'lam.

http://www.quranway.net/index.aspx?function=Item&id=12&lang=

http://www.alminbar.net/alkhutab/khutbaa.asp?mediaURL=1368

http://saaid.net/mktarat/ramadan/k/8.htm

Puasa Wisol

assalamu'alay-kum

Pohon penjelasan, apakah yg disebutkan puasa wishol itu?


1. Puasa berhari, tanpa selang seli?

atau...

2. Puasa tanpa berbuka ?

===========

Dan bgmana pula status puasa sesetengah yg berpuasa 3 bulan berturut2 bermula rejab, syaaban dan ramadhan ?

sunnah kah? dan jika tidak sunnah, adakah ia suatu perkara yg ditegah atau termasuk dlm perkara2 yg mubah ?

WA

--------------

Jawapan 1 :

Puasa Wisol (وصال) ialah puasa yang dilakukan secara berterusan dua hari, tiga hari atau lebih tanpa berbuka samaada dengan air ataupun apa-apa makanan.

Al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim meriwayatkan hadith daripada Abu Hurairah r.a. sabda Nabi s.a.w. :

لا تُوَاصِلُوا . قَالُوا : إِنَّكَ تُوَاصِلُ . قَالَ : إِنِّي لَسْتُ مِثْلَكُمْ ، إِنِّي أَبِيتُ يُطْعِمُنِي رَبِّي وَيَسْقِينِي


Maksudnya : " Jangan kamu semua berpuasa wisol. Kata para sahabat : "(akan tetapi) engkau berpuasa wisol. Jawab Nabi s.a.w. : "sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu, sesungguhnya aku diberi makan dan minum oleh tuhanku..."

Ibn Qudamah berkata di dalam al-Mughni : "Dan (berpuasa) Wisol makruh berdasarkan pendapat kebanyakan ulama."

Al-Nawawi pula berkata di dalam al-Majmu' : "... (yang benar) di sisi para sahabat kami dan ianya zahir yang dinyatakan oleh al-Syafi'e adalah makruh yang membawa kepada haram (كراهة تحريم )."

Berkata al-Syeikh Ibn 'Uthaimin di dalam al-Syar al-Mumti' :

"Dan yang jelas dalam hukum (puasa) Wisol adalah Haram."

Ini bertepatan dengan Hadith Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad :


واصل رسول الله صلى الله عليه وسلم فواصل الناس فنهاهم فقالوا : يا رسول الله فإنك تواصل فقال : إني لست كهيئتكم إني أطعم وأسقى


Maksudnya : "Rasulullah s.a.w. berpuasa (wisol), lalu manusiapun berpuasa wisol. Lalu Nabi melarang mereka. Mereka berkata : "Wahai Rasulullah, (akan tetapi) engkau menyambung puasa engkau. Jawab Nabi s.a.w. : "sesungguhnya aku tidak sama seperti kamu, sesungguhnya aku diberi makan dan minum (oleh tuhanku)." (Hadith ini dianggap sahih Isnadnya oleh al-Syeikh Ahmad Syakir)

--------

Puasa Tanpa Berbuka :

Hukum Berpuasa 3 Bulan Berturut-turut.

Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam bukunya Fiqh al-Siyam berkata :

"... tidak didapati daripada nabi s.a.w. bahawasanya baginda berpuasa penuh sebulan melainkan bulan Ramadhan. Adapun yang paling banyak baginda berpuasa adalah dalam bulan Sya'ban.... inilah sunnah nabi dalam perkara ini..... AKu telah melihat sebahagian orang berpuasa pada bulan Rejab, Sya'ban, Ramadhan dan 6 hari dalam syawal dan mereka namakannya sebagai Hari-hari putih (الأيام البيض ) dan selepas daripada itu dia berbuka, maka jadilah hari rayanya pada hari ke 8 dalam bulan Syawal.

Jadilah juga puasanya yang tiga bulan ini dan 6 hari dalam bulan syawal itu bersambung-sambung, dia tidak berbuka melainkan pada hari raya. Maka perbuatan ini tidak didapati dari Nabi s.a.w. tidak juga dari sahabat baginda, tidak juga didapati dari salaf al-soleh. Yang utama ialah berpuasa sehari dan berbuka sehari, tidak menyambung-nyambungkan puasa (melainkan ramadhan). Setiap kebaikan itu pada mengikut salaf dan setiap keburukan itu pada mengikut orang yang kemudian. Maka sesiapa yang hendak mengikut, dan menghendaki pahala yang sempurna, maka ikutlah Nabi s.a.w. dan jangan dia berpuasa Rejab keseluruhannya, dan jangan dia berpuasa sya'aban keseluruhannya. Inilah yang lebih utama. "

wallahu a'lam.

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=3629&version=1&template_id=219&parent_id=1

Tentang salam, kelebihan surah al-Kahf dan keluar 3 atau 40 hari

salam,

ustaz boleh tak sekiranya pihak ustaz nyatakan hadis shahih(sumber,matannya dll) untuk perkara berikut;

i- Kewajipan memberi ucapan salam sesama islam & tuntutan menjawabnya mengikut cara salafus soleh.

ii- Bacaan surah al-kahfi pada malam jumaat.

iii- Berkaitan dengan kepercayaan sesetengah jemaah yang menyatakan terdapat hadis rasullullah menyatakan adanya penetapan untuk keluar 3hari,40hari dan sebagainya...



jazakallah




Jawapan :

1- Memberi salam adalah SUNAT hukumnya bukan wajib. Antara dalilnya :

لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا . ولا تؤمنوا حتى تحابوا . أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم ؟ أفشوا السلام بينكم

Maksudnya : "Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan kamu tidak beriman, hingga kamu saling sayang menyayangi. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu melakukannya, kamu akan saling sayang menyayangi? Sebarkanlah salam sesama kamu." (Muslim)

Menjawab salam pula ada wajib. Antara dalilnya firman Allah :

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Maksudnya : "Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu" (al-Nisak : 86)

2- Galakan membaca surah al-Kahf hari Jumaat termasuk malamnya. Banyak hadith dalam perkara ini satu daripadanya :

من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين

Maksudnya : "Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat, diberikan sinar padanya dari cahaya diantara dua Jumaat." (Sahih : al-Albani di dalam Soheh al-Targhib)

3- Orang yang mendakwa adanya penetapan dari Nabi saw untuk khususkan keluar 3 dan 40 hari perlu mendatangkan dalil. Merekalah yang perlu mendatangkan dalil kepada kita.

wallahu a'lam.

Qunut Nazilah

Soalan :

salam, Bagaimana bacaan qunut nazilah yang diajar dari rasullullah saw yang boleh diamal oleh kita umatnya ketika menghadapi bencana/mendoakan agar allah melaknat orang-orang kafir yang zalim? jazakallah

Jawapan :

Bacaan qunut nazilah disyariatan apabila berlakunya musibah terhadap umat Islam. Thabit daripada Nabi saw yang baginda melakukan qunut pada rakaat yang akhir setiap solat selepas bangun dari rukuk, baginda memohon pertolongan dari Alah untuk kaum muslimin dan melaknat kaum kuffar. Di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim terdapat hadith yang menyatakan bahawasanya Nabi saw telah melakukan qunut selama sebulan, baginda berdoa (meminta Allah membalas dan mengambil tindakan) terhadap kabilah Ri'lin (رعل) dan Zakwan (زكوان).

Di dalam Qunut al-Nazilah kita berdoa bersesuai dengan keadaan yang berlaku. Terdapat riwayat dari 'Umar ibn al-Khattab membaca doa ini :

اللهم إنا نستعينك ونؤمن بك ، ونتوكل عليك ونثني عليك الخير ولا نكفرك ، اللهم إياك نعبد ، ولك نصلي ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، نرجو رحمتك ونخشى عذابك ، إن عذابك الجدَّ بالكفار مُلحق ، اللهم عذِّب الكفرة أهل الكتاب الذين يصدون عن سبيلك

Maksudnya : "Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pertolongan kepada Mu, dan kai beriman dengannya, dan kami bertawakkal kepada MU, dan kami menyanjung kepada MU dnegan kebaikan dan kami tidak mengkufurkanMu. Ya Allah hanya kepadaMu kami sembah, dan kepada Mu kami sembahyang dan sujud, untuk Mu kami berusaha. Kami mengharapkan rahmat daripada Mu dan kami takutkan azab Mu. Sesungguhnya azab Mu yang berat sudah pasti terhadap orang kuffar. Ya Allah azablah orang kuffar ahli kitab yang menghalangi jalanMu." (Riwayat al-Baihaqi, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam al-Irwa'. Al-Albani berkata : "Riwayat ini daripada 'Umar dalam qunut subuh. Dan yang zahirnya beliau qunut Nazilah (dalam solat subuh), sepertimana yang nyata dari doanya kepada orang kufar.)

Bolehkah QUnut Nazilah dibaca dengan bacaan yang lain ?

Qunut Nazilah boleh dibaca dengan bacaan yang lain. al-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata : "Yang benar dan yang masyhur yang dinyatakan oleh kebanyakan ulama, bahawasanya ia (qunut nazilah) tidak ditentukan padanya (Yakni tidak perlu dengan sighah yang sama). Bahkan boleh dengan setiap (apa-apa) doa."

Maka tidak mengapa jika kita membaca qunut nazilah berdasarkan kesesuaian musibah yang melanda kita. al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani berkata : "Tidak mengapa dengan adanya tambahan pada qunut Nazilah dengan melaknat orang-orang kufar, selawat ke atas Nabi saw dan doa untuk orang-orang muslimin." (Qiyam al-Ramadhan)

wallahu a'lam.

http://www.islam-qa.com/index.php?ref=20031&ln=ara

Monday, July 17, 2006

Puasa Sunat

Soalan :

Bolehkah disenaraikan puasa yang boleh dilakukan sepanjang tahun yang disunnahkan? Contohnya, seperti puasa pertengahan bulan dan Isnin & Khamis dengan mengikut nas yang sahih.

Sekian. Wassalam.


Jawapan :

Puasa sunat itu terbahagi kepada dua :

1- Puasa Sunat Mutlak iaitu yang tidak terikat pada hari-hari tertentu. Seseorang muslim boleh melakukan puasa sunat pada mana-mana hari yang dia kehendaki dalam setahun, melainkan pada hari-hari yang diharamkan puasa, seperti dua hari raya, hari tasyrik (tiga hari selepas aidil adha). Demikian juga terdapat larangan mengkhususkan puasa pada hari jumaat.

Cara yang terbaik melakukan puasa sunat mutlak ini adalah dengan kita berpuasa sehari dan berbuka sehari seperti hadith :

أَحَبُّ الصَّلاةِ إِلَى اللَّهِ صَلاةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلام وَأَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ وَكَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ وَيَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا

Maksudnya : "Solat yang paling disukai oleh Allah ialah solat Daud as, dan puasa yang paling disukai Allah adalah puasa Daud as. Adalah baginda tidur sebahagian malam dan baginda bangun pada 1/3 malam, dan tidur pada 1/6 malam. dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (al-Bukhari dan Muslim)

2- puasa sunat muqayyad, iaitu puasa yang dilakukan pada hari-hari tertentu. Ia lebih utama dari puasa sunat mutlak di atas dari sudut keumumannya. Ia terbahagi kepada dua.

  • Bergantug pada diri seseorang. Seperti seorang pemuda yang yang tidak ada kemampuan untuk berkahwin, maka dia digalakkan berpuasa yang berperanan sebagai pendindingnya dari nafsu sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim di dalam bab ini.

  • Bergantung pada waktu-waktu tertentu. Puasa jenis ini terbahagi kepada puasa sunat mingguan, bulanan dan tahunan.

  • Puasa Mingguan iaitulah puasa pada hari Isnin dan Khamis seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie dan disahihkan oleh al-Albani.

  • Puasa Bulanan iaitu puasa tiga hari di pertengahan setiap bulan (dinamakan sebagai Ayyam al-Baidh) 13, 14 dan 15 hb hijrah seperti hadith yang diriwayatkan oleh al-Nasa-ie, Ibn Majah dan Ahmad, disahihkan oleh al-Albani.

Puasa Tahunan iaitu :

  • Puasa 'Asyura : Hari ke 10 dalam bulan Muharram (al-Bukhari dan Muslim). Disunatkan juga puasa bersamanya 9 atau 11 muharram untuk berbeza dengan orang-orang Yahudi yang berpuasa pada 10 muharram sahaja.

  • Puasa hari 'Arafah : Hari kesempilan dalam bulan zul hijjah. Disunatkan bagi sesiapa yang tidak berada di 'Arafah. (Muslim)

  • Puasa 6 hari dalam bulan Syawal. (Muslim)

  • Perbanyakkan puasa dalam bulan Muharram

  • Perbanyakkan puasa dalam bulan Sya'ban. (al-Bukhari dan Muslim)

    wallahu a'lam.

    http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=21979&dgn=4

Solat Wanita

Soalan :

Perlu diingatkan, kedua2 lengan wanita hendaklah dirapatkan ke badan semasa solat. MENURUT SEORANG PENCERAMAH, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka. APAKAH BENAR DAKWAAN INI?

Jawapan :

Dakwaan tersebut tidak benar kerana antara sifat rukuk itu ialah menjauhkan dua siku dari kedua-dua rusuk badan. Dalilnya adalah perbuatan Abi Mas'ud 'Utbah bin 'Amr ra:

أنه ركع فجافى يديه ووضع يديه على ركبتيه وفرج بين أصابعه من وراء ركبتيه وقال هكذا رأيت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم يصلي


Maksudnya "Adalah dia rukuk dengan menjauhkan dua tangannya.... dan dia berkata : Demikianlah yang aku lihat Nabi saw menunaikan solat." (Ahmad, Abu Daud dan al-Nasa-ie)

al-Syaukani di dalam Nail al-Awtar berkata : "(maksud menjauhkan dua tangannya) yakni menjauhkan kedua-duanya daripada rusuk..." Dan beliau beliau berkata rijal sanad hadith ini thiqaat.

Nabi saw bersabda :

صلوا كما رأيتموني أصلي

Maksudnya : Sembahyanglah kamu semua sepertimana kamu melihat aku menunaikan sembahyang.

Arahan di dalam hadith ini adalah umum. Ia merangkumi lelaki dan perempuan, kesemua mereka mesti mendirikan solat sepertimana yang ditunjukkan oleh Nabi saw.

Al-Albani di dalam kitabnya Sifat solat Nabi saw berkata :

"Setiap yang telah disebutkan dari sifat solat Nabi saw adalah sama antara lelaki dan wanita. Tidak terdapat di dalam sunnah apa yang membezakan wanita dalam sebahagian sifat tersebut, bahkan ia termasuk di dalam keumuman sabda Nabi saw "Sembahyanglah kamu semua sepertimana kamu melihat aku menunaikan sembahyang."

Adapun hadith yang menunjukkan adanya perbezaan diantara lelaki dan wanita di dalam solat adalah hadith-hadith yang tidak sahih. Sila lihat akhir kitab Sifat Solat Nabi saw oleh al-Albani

wasalam.

http://www.islam-qa.com/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=38162&dgn=4

Suntikan Botox Haram- Pakar Syariah

Kaedah rawatan menegangkan kulit muka dengan menggunakan suntikan Botox (Botulinum Toxix A) adalah haram di sisi Islam kerana ia disifatkan sebagai satu penipuan dan mengubah kejadian Allah.

Dua pensyarah syariah dari Jabatan Syariah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Nasran Mohamad dan Ahmad Dahlan Salleh berkata, hukum suntikan Botox adalah haram kerana ia tidak mematuhi peraturan am dalam proses menjaga dan mencantikkan wajah yang dibenarkan dalam Islam.

Mereka berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Pembedahan Kosmetik Menurut Perspektif Islam pada Seminar Kebangsaan Produk Halal 2006 anjuran Sekretariat Falsafah, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Mohd. Nasran berkata, dalam Islam, rawatan rupa paras untuk memulihkan kecacatan dan menghiaskan diri adalah dibenarkan malah manusia memangnya digalak untuk berhias diri dengan syarat tidak melampau.

Suntikan Botox yang popular di negara ini adalah dianggap melampau kerana ia adalah kaedah ‘muda segera’ dengan suntikan bahan larutan sejati toksin botulinum yang sangat beracun.

Mohd. Nasran berkata, suntikan Botox sebenarnya bukanlah rawatan sebaliknya ia adalah satu ‘penipuan' untuk seseorang itu kelihatan cantik dan mengubah ciptaan Allah tanpa sesuatu keperluan seperti memperbaiki kecacatan adalah dilarang dalam Islam.

“Ia telah dijadikan sebagai proses membendung penuaan berbanding rawatan tradisi dan suntikan Botox bukanlah rawatan untuk memulihkan kecacatan sebaliknya ia digunakan untuk menipu dan mengubah fitrah penuaan”, kata beliau.

Katanya, pengharaman Botox adalah bersandarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis yang melarang manusia berbuat demikian.

Antara ayat yang melarang itu ialah dalam surah al-A'raf ayat 31-32, Surah al- Baqarah ayat 135.

Katanya, selain itu, terdapat juga hadis yang melarang umat Islam berbuat demikian yang diriwayatkan oleh Ibnu Masuud bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat kepada sesiapa yang mencacah kulitnya serta orang yang meminta agar dicacah kulitnya”.

Mohd. Nasran berkata, dalam Islam pembedahan untuk kecantikan hanya dibenarkan bagi tujuan memperbaiki wajah seseorang itu yang cacat sama ada cacat sejak lahir ataupun cacat akibat kemalangan malah Rasulullah pernah membenarkan seorang yang cacat hidung, Arfajah menutup hidungnya yang lompong dengan emas.

Katanya, hukum pembedahan kosmetik seperti menegang buah dada, hidung, telinga, bibir, geraham, dagu, kening dan punggung menjadi haram jika ia dilakukan bagi tujuan memenuhi hawa nafsu, penipuan supaya kelihatan menarik untuk memikat seseorang.

“Jika ini dilakukan, para doktor yang terlibat dalam menjalankan pembedahan ini serta wanita atau lelaki yang terbabit akan menanggung dosa,” kata beliau.

– Bernama

-------

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=0714&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Memegang tongkat ketika berkutbah

Soalan :

Akum adakah memegang tongkat ketika berkutbah bagi seseorang khatib merupakan satu yang sunnah???


Jawapan :


Terdapat hadith yang diriwayatkan :

أنه صلى الله عليه وسلم كان يعتمد على عنزته اعتماداً

Maksudnya : “Bahawasanya baginda saw bersandar/memegang kayu yang ada besi dihujungnya (ketika berkhutbah).” (al-Syukani di dalam Nail al-Autar mengatakan hadith ini Mursal, di dalam sanadnya adalah Laith ibn Abi Salim dan ia Lemah, Demikian juga Ibn Hajar di dalam al-Talkhis berkata Laith bin ABi Salim adalah Lemah)

Abu Daud di dalam sunannya meriwayatkan hadith daripada Hakim bin Huzan :

شهدنا فيها الجمعة مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقام متوكئاً على عصا أو قوس

Maksudnya : “Kami menyeksikan padanya hari Jumaat bersama Rasulullah saw, baginda berdiri (berkhutbah) bersandar/memegang tongkat atau busar.” (al-Hafidz di dalam al-Talkhis berkata sanad hadith ini Hasan, Ibn al-Sakkan dan Ibn Khuzaimah mensahihkan hadith ini. Sila lihat Sahih Ibn Khuzaimah)

Bagi hadith ini ada Syahid dari hadith al-Barra’ bin ‘Aazib yang diriwayatkan oleh Abi Daud dengan lafaz :

أن النبي صلى الله عليه وسلم أعطي يوم العيد قوساً فخطب عليه

Maksudnya : “Bahawasanya Nabi saw telah diberi busar pada (khutbah) hari raya, lalu baginda berkhutbah dengannya.” (Hadith ini disahihkan oleh Ibn al-Sakkan. Sila lihat al-Talkhis al-Habir)

Imam Malik berkata : “Dari apa yang disunatkan bagi para imam yang berkhutbah, untuk mereka berkhutbah pada hari jumaat dan bersama mereka tongkat, mereka berpegang (sandar) kepadanya ketika berdiri. Dan itulah yang kami lihat dan kami dengar.” (Lihat al-Mudawwanah (المدونة) : 1/232)

Imam al-Syafi’ie berkata : “Dan orang yang berkhutbah bersandar kepada tongkat atau busar atau apa yang seumpama dengan kedua-duanya, kerana telah sampai kepada kami bahawasanya Nabi saw bersandar kepada tongkat (ketika berkhutbah).” (Lihat al-Umm : 1/177)

Al-Nawawi pula berkata : “Disunatkan bersandar (memegang) kepada busar, atau pedang atau tongkat atau seumpamanya.” (al-Mujmu’ : 4/357)


walahu a'lam.


http://www.saaid.net/book/7/1005.doc

Memelihara Janggut

Soalan :

salam, Boleh ustaz terangkan adakah terdapat dalam hadith yang sahih mengenai tuntutan memiliki janggut untuk lelaki?Adakah memiliki janggut mendapat juga pahala sunnah?


Jawapan :

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum memelihara janggut. Sebahagian berpendapat hukumnya wajib dan mencukurnya dalah haram. Sebahagian yang lain berpendapat sunat muakkadah (sunat yang dituntut) memeliharanya dan mencukurnya adalah makruh. manakala sebahagian yang lain berpendapat harus. Hadith dalam memelihara janggut ini ialah :

خالِفُوا المُشركينَ، ووَفِّرُوا اللِّحى، واحْفُوا الشوارب

Maksudnya : "Berbezalah dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai." (al-Bukhari)

Para ulama berbeza pendapat tentang arahan Nabi saw yang menyuruh memelihara janggut. Sebahagian mereka memehami arahan tersebut membawa maksud wajib dan sebahagian yang lain memahami arahan itu membawa maksud sunat.

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berpendapat pendapat yang lebih pertengahan dan lebih hampir dengan kebenaran ialah pendapat yang mengatakan Makruh mencukurnya dan memeliharanya adalah sunat muakkadah.

Ini disebabkan arahan ini tidak menunjukkan kewajipan secara pasti, sebaliknya arahan tersebut memiliki sebabnya iaitulah untuk berbeza dengan orang-orang musyrik. Kerana Nabi saw juga pernah menyuruh supaya mewarnakan rambut untuk berbeza dengan orang-orang Yahudi dan Nasara yang tidak mewarnakan rambut, namun terdapat sahabat yang tidak mewarkan rambut mereka. Ini menunjukkan arahan itu adalah membawa maksud sunat.

wallahu a'lam.

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528601142

Za'faran Untuk Diminum

Soalan :

Adakah berubat dengan ayat al-Quran, demikian juga dengan menulis (ayat al-Quran) dengan Za'faran, kemudian meletakannya dengan air dan meminumnya daripada bid'ah ? Ataupun bukan bid'ah ?


Jawapan :

"Yang Benar bahawasanya perbuatan ini adalah bid'ah, walaupun terdapat sebagian orang dahulu (melakukannya), akan tetapi perbuatan ini (sepatutnya) ditinggalkan kerana ianya wasilah (membawa kepada kesalahan) yang lain.
Ini tentang menulis al-Quran kemudian meminumnya, ia adalah daripada bid'ah walaupun pelakunya bertujuan untuk berubat. Adapun menjampi seperti seseorang membaca al-Quran lalu dihembus pada dirinya (bahagian yang sakit) atau sesiapa yang sakit , maka menjampi seperti ini tidak mengapa.
Akan tetapi jangan ditulis, kemudian diminum, Ini adalah daripada bid'ah yang tanpa ragu boleh membawa kepada bid'ah yang lebih besar bahkan kepada syirik akbar..... dan tidak sahih sesuatupun (tentangnya) yang marfu' (sampai) kepada Nabi saw selama-lamanya.
Maka kerana ini ianya adalah bid'ah. Adapun berubat dengan cara ruqyah (jampi) maka ianya thabit dari Nabi saw..."

http://www.islamway.com/?iw_s=Fatawa&iw_a=view&fatwa_id=26

Sunday, July 16, 2006

cara memakai cincin dari Ensaiklopedia Fekah Kuwait

‏موضع التختم ‏:‏ ‏ ‏لم يختلف الفقهاء في موضع التختم بالنسبة للمرأة ‏;‏ لأنه تزين في حقها ‏,‏ ولها أن تضع خاتمها في أصابع يديها أو رجليها أو حيث شاءت ‏.‏ ‏ ‏ولكن الفقهاء اختلفوا في موضع التختم للرجل ‏,‏ بل إن فقهاء بعض المذاهب اختلفوا فيما بينهم في ذلك ‏:‏ فذهب بعض الحنفية إلى أنه ينبغي أن يكون تختم الرجل في خنصر يده اليسرى ‏,‏ دون سائر أصابعه ‏,‏ ودون اليمنى ‏.‏ ‏ ‏وذهب بعضهم إلى أنه يجوز أن يجعل خاتمه في يده اليمنى ‏,‏ وسوى بعض الفقهاء بين اليمين واليسار ‏;‏ لأنه قد اختلفت الروايات عن رسول الله صلى الله عليه وسلم في ذلك ‏,‏ وقول بعضهم ‏:‏ إنه في اليمين من علامات أهل البغي ليس بشيء ‏;‏ لأن النقل الصحيح عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ينفي ذلك ‏.


Tempat cincin : Ulama' tidak berselisih faham mengenai memakai cincin kepada perempuan kerana mereka dari segi aspek ini hak perhiasannya, kepadanya (wanita) mereka boleh meletakkan dijari tangan atau atau dijari kaki , dimana mereka mahukan.
Tetapi ulama' berselisih faham tempat letaknya cincin kaum lelaki, ada beberapa sarjana mazhab tidak mendapat persetujuan mengenainya :
beberapa pengikut Hanafi mengatakan bahawa kaum lelaki harus memakai cincin di jari yg kecil ditangan kiri, bukan jari yg lain, dan bukan tangan kanan.
Ada juga beberapa orang dikalangan mereka membenarkan memakai cincin di jari tangan kanan dan ada juga sarjana (ulama') menerima kedua-dua tangan kanan dan kiri kerana terdapat riwayat yg berbeza mengenai hadis Rasulullah saw dan berkata beberapa mereka itu : Sesungguhnya di tangan kanan dari kalangan manusia tidaklah menandakan apa-apa kerana pentafsiran kanan dari Rasulullah saw membatalkannya.

[‏ ‏والمختار عند مالك رحمه الله التختم في اليسار على جهة الندب ‏,‏ وجعل الخاتم في الخنصر ‏,‏ وكان مالك يلبسه في يساره ‏,‏ قال أبو بكر بن العربي في القبس شرح الموطأ ‏:‏ صح عن ‏{‏ رسول الله صلى الله عليه وسلم أنه تختم في يمينه وفي يساره ‏,‏ واستقر الأكثر على أنه كان يتختم في يساره ‏}‏ ‏,‏ فالتختم في اليمين مكروه ‏,‏ ويتختم في الخنصر ‏;‏ لأنه بذلك أتت السنة عنه صلى الله عليه وسلم والاقتداء به حسن ‏.‏ ولأن كونه في اليسار أبعد عن الإعجاب ‏.‏ ‏ ‏وقال الشافعية ‏:‏ يجوز للرجل لبس خاتم الفضة في خنصر يمينه ‏,‏ وإن شاء في خنصر ‏يساره ‏,‏ كلاهما صح فعله عن النبي صلى الله عليه وسلم لكن الصحيح المشهور أنه في اليمين أفضل لأنه زينة ‏,‏ واليمين أشرف ‏


Imam Malik r.h. memilih memakai cincin disebelah kiri, menjadikan pemakaian cincin di jari kecil, berkata Abu Bakar Bin Al-Arbi didalam syarah Muwatta' : Sah dari : {Rasulullah saw memakai cincin pada sebelah kanannya dan sebelah kirinya dan lebih banyak memakai cincin di sebelah kirinya}.
Memakai cincin disebelah kanan adalah makruh, memakai cincin adalah di jari yg kecil; kerana sesungguhnya ia merupakan sunnah dari Rasulullah saw dan menirunya adalah baik. Sesungguhnya umum memuji pemakaian disebelah kiri.
Berkata Imam Shafiee : Kepada lelaki, pemakaian cincin 'silver' di jari kecil sebelah kanan adalah dibenarkan, dan jika ia mahu dijari kecil sebelah kiri, kedua-duanya adalah sah dari Nabi saw, tetapi yg masyhur adalah sebelah kanan yg afdal kerana ia sebagai perhiasan, dan kanan adalah mulia.

[‏وقال بعضهم ‏:‏ في اليسار أفضل ‏.‏ وفي سنن أبي داود بإسناد صحيح أن ابن عمر رضي الله عنهما كان يتختم في يساره ‏,‏ وبإسناد حسن أن ابن عباس رضي الله عنهما تختم في يمينه ‏.‏ ‏ ‏وعند الشافعية أن التختم في الوسطى والسبابة منهي عنه لما ورد عن علي رضي الله تعالى عنه قال ‏{‏ ‏:‏ نهاني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن أتختم في أصبعي هذه أو هذه قال ‏:‏ فأومأ إلى الوسطى والتي تليها ‏}‏ ‏.‏ ‏


Berkata sebahagian : kiri adalah lebih afdal.
Dari Sunan Abi Daud yg berisnad sahih, bahawa Ibn Umar r.a. bahawa memakai cincin disebelah kirinya, dan dari isnad Hassan dari Ibnu Abbas r.a bahawa memakai cincin di sebelah kanannya.
Dari Syafiee mengatakan bahawa memakai cincin di jari tengah dan jari telunjuk adalah dilarang berikutan dari hadis yg didatang dari Ali r.a. {Rasulullah saw melarang memakai cincin di jari ini atau ini, katanya dengan menunjuk kearah jari tengah dan yg berikutnya}.

‏وقال الحنابلة ‏:‏ لبس الخاتم في خنصر اليسار أفضل من لبسه في خنصر اليمين ‏,‏ نص عليه في رواية صالح ‏عن أبيه أحمد بن حنبل ,‏ وضعف في رواية الأثرم وغيره التختم في اليمنى ‏,‏ قال الدارقطني وغيره ‏:‏ المحفوظ أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يتختم في يساره ‏,‏ وأنه إنما كان في الخنصر لكونه طرفًا ‏,‏ فهو أبعد عن الامتهان فيما تتناوله اليد ‏;‏ ولأنه لا يشغل اليد عما تتناوله ‏.‏ ‏ ‏وعند الحنابلة أنه يكره لبس الخاتم في سبابة ووسطى للنهي الصحيح عن ذلك ‏.‏ وظاهره لا يكره لبسه في الإبهام والبنصر ‏,‏ وإن كان الخنصر أفضل اقتصارا على النص ‏.


Kata Hanbali : Memakai cincin di kiri jari kecil adalah lebih baik memakai di sebelah jari kecil disebelah kanan, pandangan yg sahih dari bapa Ahmad bin Hanbal, riwayat yg lemah memakai cincin di sebelah kanan.,
Berkata Daar Al-Qatni yg menerimanya : Mengingatkan bahawa Rasulullah saw memakai cincin di sebelah kiri, dan sesungguhnya di jari kecil; dan kerana ini tidak akan memburukkan tangan yg memakainya.
Bahawa Hanbali benci (makruh) memakai cincin di jari tengah dan telunjuk dan melarang memakai dijari tangan. Pada zahirnya ia tidak melarang memakai di ibu jari dan jari manis, dan jika ia jari kecil (anak jari) maka adalah lebih baik kerana menurut nas.

‏انتهى الموسوعة الفقهية وعليه فإن الأمر فيه فسحة،فيجوز لبسه في اليمين أو اليسار،وهذا من باب التيسير على الأمة،ولا مانع من وضع الخاتم في اليد اليسرى دلالة على أن الإنسان متزوج المحرر



Tamat lah maklumat ensaiklopedia fekah, dan sesungguhnya disebabkan beberapa kekeliruan maka adalah dibenarkan memakai disebelah kiri atau kanan, dan ini memudahkan umat, dan tidak ditegah meletakkan cincin di tangan kiri bagi menunjukkan tanda sudah berkahwin.

Monday, July 03, 2006

Mengerjakan Solat yang Terluput Secara Berjemaah

السؤال:
علي بعض الصلوات الفائتة ،فهل يجوز لي أن أقضيها في جماعة ،أم لابد من قضائها انفرادا؟

نص الإجابة:
بسم الله ،والحمد لله،والصلاة والسلام على رسول الله ،وبعد:

يقول الشيخ عصام الشعار -الباحث الشرعي بالموقع-:
‏صلا ة الجماعة في الفوائت جائزة باتفاق العلماء ، إلا ما جاء عن الليث بن سعد أنه يمنعها ، لكن إن صح ما جاء عنه فهو مردود بالأحاديث الصحيحة وإجماع من قبله ، هذا إذا كان الإمام والمأموم يقضيان نفس الصلاة ، لكن إذا اختلفت صلاتهما بأن كانت صلاة أحدهما قضاء ، والآخر أداء ، أو صلاة أحدهما عصرا ، والثاني ظهرا ففيها خلاف .
جاء في كتاب المجموع للإمام النووي :

أما المقضية من المكتوبات فليست الجماعة فيها فرض عين ، ولا كفاية بلا خلاف ولكن يستحب الجماعة في المقضية التي يتفق الإمام والمأموم فيها بأن يفوتهما ظهر أو عصر ، ودليله الأحاديث الصحيحة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم حين فاتته هو وأصحابه صلاة الصبح صلاها بهم جماعة .
وقال القاضي عياض في شرح صحيح مسلم:

لا خلاف بين العلماء في جواز الجماعة في القضاء إلا ما حكي عن الليث بن سعد من منع ذلك ، وهذا المنقول عن الليث إن صح عنه مردود بالأحاديث الصحيحة وإجماع من قبله .

وأما القضاء خلف الأداء ، والأداء خلف القضاء وقضاء صلاة خلف من يقضي غيرها فكله جائز عندنا ( يقصد الشافعية ) إلا أن الانفراد بها أفضل للخروج من خلاف العلماء ، فإن في كل ذلك خلافا للسلف .

وجاء في الموسوعة الفقهية الكويتية :

يرى جمهور الفقهاء جواز الجماعة في قضاء الفوائت ، وصرح المالكية والشافعية والحنابلة بسنية الجماعة في المقضية ، وقيد الشافعية السنية بكونها في المقضية التي يتفق الإمام والمأموم فيها ، بأن يكون قد فاتهما ظهر أو عصر مثلا ، واستدلوا بأن النبي صلى الله عليه وسلم يوم الخندق " فاته أربع صلوات فقضاهن في جماعة " .

وقد روى عمران بن حصين رضي الله عنه قال : { سرينا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما كان في آخر الليل عرسنا - أي نزل بنا للاستراحة - فلم نستيقظ حتى حر الشمس فجعل الرجل منا يقوم دهشا إلى طهوره ،

فأمرهم النبي صلى الله عليه وسلم : أن يسكنوا ، ثم ارتحلنا فسرنا حتى إذا ارتفعت الشمس ، توضأ ثم أمر بلالا فأذن ثم صلى الركعتين قبل الفجر ثم أقام فصلينا ، فقالوا : يا رسول الله ، ألا نعيدها في وقتها في الغد لوقتها ؟ قال : أينهاكم ربكم تبارك وتعالى عن الربا ويقبله منكم } ؟ .
وقيد الشافعية السنية بكونها في المقضية التي يتفق الإمام والمأموم فيها بأن يكون قد فاتهما ظهر أو عصر مثلا .
وحكي عن الليث بن سعد منع قضاء الفوائت في جماعة
.


Sumber:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528618932


Soal:
Adakah boleh saya menunaikan solat yang diqadha' secara berjemaah? Atau pun adakah ia perlu dilakukan secara berseorangan?

Jawab:
Berkata Syeikh 'Isham al-Syi'ar -pengkaji syariah di laman web ini-:
Ulama' bersepakat boleh menunaikan solat qadha' secara jemaah, kecuali pendapat al-Laith bin Sa'ad yang melarangnya. Tetapi pendapat ini tertolak kerana adanya hadith yang sahih dan ijma' sebelumnya. Ia dibolehkan sekiranya imam dan ma'mum mengqadha' solat yang sama. Ia tidak dibolehkan sekiranya imam hendak mendirikan solat qadha' dan ma'mum tunai, imam mengqadha' asar dan ma'mum pula mengqadha' zuhur atau apa jua kondisi yang bertentangan.

Dalam kitab al-Majmu' Imam Nawawi:
Mengqadha' solat tanpa jemaah itu adalah suatu yang fardu ain tanpa khilaf tetapi adalah mustahab dilakukan secara jemaah jika imam dan ma'mum hendak mengqadha' solat yang sama. Dalilnya adalah hadith sahih ketika Nabi dan para sahabat terluput waktu Subuh dan mereka mengqadha'nya secara jemaah.

Berkata al-Qadhi 'Iyadh dalam Syarah Sahih Muslim:
Tiada khilaf di kalangan ulama' mengenai bolehnya mengerjakan solat qadha' itu secara berjemaah kecuali pendapat al-Laith bin Sa'ad yang melarangnya tetapi pendapat ini tertolak dgn hadith sahih dan ijma'.

Adapun mengerjakan solat qadha' di belakang orang yg solat tunai atau mengerjakan solat tunai di belakang org yg solat qadha' atau mengerjakan solat qadha' di belakang org yg solat selain darinya, ia adalah dibolehkan di sisi kami (Syafi'iyah) kecuali bersolat sendirian itu adalah lebih utama untuk keluar dari khilaf ulama' dan ia bertentangan dengan para salaf.

Dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah:
Jumhur fuqaha' bersetuju mengenai bolehnya mengerjakan solat qadha' secara berjemaah. Malikiyah, Syafi'iyah dan Hanabilah mengatakan sunatnya berjemaah pada solat qadha'. Syafi'iyah mengatakan bolehnya solat qadha' itu secara berjemaah sekiranya terluput darinya 2 solat, cthnya, sekiranya imam dan ma'mum itu terluput 2 solat yang sama. Dalilnya: Ketika perang Khandak Nabi mengqadha' 4 solat secara berjemaah.

'Imran bin Hussain meriwayatkan : 'Kami keluar berpergian bersama Nabi dan di akhir malam kami berehat dan kami tidak terjaga dari tidur sehinggalah teriknya matahari. Seorang daripada kami bangun kebingungan utk bersuci. Nabi menyuruh kami bertenang. Kami berangkat dan berjalan sehinggalah matahari tinggi, baginda berwudhu' dan menyuruh Bilal azan dan mengerjakan solat sunat sebelum fajar kemudian bangun dan kami pun bersolat. Para sahabat berkata : Ya Rasulullah, adakah kami perlu mengulangi solat ini pada esok hari pada waktunya? Baginda berkata : Adakah Tuhan kamu melarang kamu dari riba dan kemudian Dia menerimanya pula?



Sumber:
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528618932