Wednesday, August 23, 2006

Hukum Puasa Pada 27 Rejab (Dikatakan Hari Isra' dan Mi'raj)

Soalan :

Apakah terdapat pahala khusus berpuasa pada 27 Rejab ? Apakah hukum puasa pada hari tersebut ? Adakah benar malan 27 Rejab adalah malam yang diisra'kan Rasul saw ?



Jawapan :

Oleh : Dr. al-Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradhawi (الدكتور الشيخ يوسف عبد الله القرضاوي)

Diantara puasa yang diharamkan: Apa yang manusia adakannya berdasarkan hawa-nafsu mereka, dan ianya tidak disyariatkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak juga diamalkan oleh al-Rasyidun al-Mahdiyun dari khulafa' Nabi saw, dan perkara yang tidak disuruh walau oleh seorang para imam yang membawa hidayah. Termasuk dalam perkara ini ialah (mengkhususkan) puasa pada 27 Rejab, dengan beranggapan hari tersebut adalah hari Isra' dan Mi'raj (الإسراء والمعراج) Nabi saw.


Di antara manusia ada yang berpuasa pada hari 27 Rejab kerana beranggapan hari itu adalah antara hari-hari (kebesaran) Islam, yang Allah swt melimpahkan nikmatNya kepada Nabi saw dengan nikmat yang besar, maka (mereka beranggapan) wajib bersyukur dan mengingatinya. dan nikmat Allah ke atas nabiNya yang mulia adalah nikmat keunggulan umatnya, maka bersyukur ke atasnya (nikmat tersebut) adalah wajib di sisi mereka. Untuk menzahirkan kesyukuran ini adalah dengan berpuasa pada hari tersebut yang mengandungi peristiwa-peristiwa besar.

Semua ini tidak boleh menjadi dalil atas pensyariatan puasa (pada hari tersebut). Allah swt telah mengarahkan kaum muslimin mengingati nikmatNya yang banyak ke atas mereka. Umpamanya firman Allah swt kepada kaum muslimin yang memperolehi kemenangan dalam peperangan al-Ahzab :

اذكروا نعمة الله عليكم إذ جاءتكم جنود فأرسلنا عليهم ريحًا وجنودًا لم تروها

Maksudnya : Ingatilah nikmat Allah ke atas kamu semua, ketikamana datang kepada kamu sekumpulan tentera, lalu kami (Allah) hantarkan kepada mereka angin dan tentera yang kamu tidak dapat melihatnya."

Para sahabat tidak mengingati nikmat ini dengan berpuasa pada hari ini. Ibn Qayyim berkata di dalam Zaad al-Ma'ad tentang malam al-Isra' sebagai menukilkan dari gurunya Ibn Taimiyyah :

(maksudnya) "Tidak diketahui ada seorang dari kaum Muslimin (sahabat Nabi saw) yang menjadikan malam al-Isra' sebagai malam yang utama dari malam yang lainnya. Tidak ada dari kalangan sahabat ataupun tabi'ien yang mengkhususkan malam al-Isra' dengan sesuatu, dan mereka tidak memperingatinya (dengan sesuatu amalan atau upacara), kerana itu tidak diketahui (secara pasti) apakah malam (yang sebenarnya berlaku al-Isra' dan al-Mi'raj), walaupun malam al-Isra' itu adalah antara kelebihan yang besar bagi Nabi saw."

Katanya lagi : (maksudnya) :Tidak dapat ditegakkan dalil yang dimaklumi bulannya (bulan berlaku al-Isra'), tidak juga (dapat dipastikan) sepuluh hari yang mana berlakunya, tidak juga (dapat dipastikan) harinya, bahkan nukilan-nukilan tentangnya terputus-putus dan berbagai-bagai. Tidak ada yang dapat dipastikan tentang (waktunya). Maka tidak disyariatkan bagi orang muslimin mengkhususkan malam tersebut (27 Rejab) dengan melakukan sesuatu (amalan khusus) atau selainnya." Zaad al-Maad : 1,57/58)

Dalam keadaan malam 27 Rejab, walaupun telah tersebar luas di kalangan manusia kononnya ia adalah malam al-Isra' dan al-Mi'raj, (namun) tidak ada yang sahih dalilnya yang menentukan malam al-Isra' pada tarikh tersebut.

------

http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?cid=1122528619676&pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar%2FFatwaA%2FFatwaAAskTheScholar

12 comments:

KimHyukKa said...

kalau tgl 27 rajab bertepatan dgn hari kamis,bolehkah berpuasa? ^^'

Unknown said...

Puasa sunat hr khamis

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Itu yg disyariatkan..niat puasa hari khamis..bukan niat 27 rajab.

Unknown said...

Bagaimana pula kalau kita ber puasa ganti pada hari tersebut?

Unknown said...

Bagaimana pula kalau kita ber puasa ganti pada hari tersebut?

Unknown said...

Sunah

Unknown said...

27 rejab dh sememangnya dlm bulan rejab...kalau niat puasa bln rejab boleh kan?

Unknown said...

bolehkah ganti puasa pada hari israk mikraj?pada hari rabu ,3 hb 3,2019

Unknown said...

Keliru,mohon pencerahan yg lebih jelas, Wallahu'alam
Terima kasih

JJA said...

Kena soalan Natizen yg straight forward tidak dijawab ustaz dgn segera. Ustaz menjawab tidak straight forward, tpi melencung pi pulau pinang langkawi, masuk kelantan terengganu lepas tu baru pi KL. Diorg bawa gi melancong pi bulan baru beri jawapan. Ini buang masa nak buat rujukan yg cepat dan tepat. Ustaz ini buat natizen bingung hingga kelaut baru balik kpd jawapan. Patutlah boring membaca jawapan yg berjela2.

Unknown said...

Kenapa masih keliru ye...Tidak ada nas yg sahih tentang Puasa 27Rejab pun.So,takboleh puasa niat sunat 27Rejab. Puasa ganti,puasa sunat Isnin&khamis boleh je.Sbb mmg ade nas amalan puasa itu. Wlaupun kebetulan jatuh pd 27Rejab..takde masalah. Yg penting,JGN NIAT PUASA 27REJAB...