Tuesday, May 08, 2007

Wanita Haid boLeh Pegang Mushaf Quran???

salam akhi

Ana berpegang kepada pendapat wanita LEH pegang mushaf Quran dan membacanya bagi wanita haid, leh tak akhi bagi dalil, kawan ana nak tahu sangat..ana tahu leh bagi wanita pegang Quran waktu haid tapi tak tahu dalil..leh akhi bincangkan sikit

al-jawap

al-Jawab:

Dalilnya ialah al-Qur:an, AQT: surah alWaqi'ah: ayat 79 (Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yg disucikan), di mana Tafsir Ibn Abbas menyatakan maksud orang yg disucikan ialah orang Islam dan orang Islam tidak najis. Siapakah yang lebih faqih dalam tafsir dari Ibn Abbas?

Hujah kedua ialah Fiqh Imam al-Bukhari yang mengesahkan tiada hadith yang sahih dan dapat dijadikan hujah melarang perempuan haidh memegang dan membaca AQ (Lihat Fiqh Sunnah, Jld 1/ Bab hal-hal terlarang bagi orang junub). Siapakah yang lebih tahu pasal hadith melainkan al-Bukhari! WA sekian

1 comment:

SeoranG HamBa YanG Masih MenCaRi said...

assalamualaikum...
mengenai dalil surah al-waqiah ni nak bagi pendapat sikit bleh??

adapun saya banyak terjumpa dan terbaca..kalau kita lihat surah al-waqiah ini,ayat 77-79
"dan sesungguhnya al-quran yang sgt mulia"
"dalam kitab yang terpelihara(lauh mahfuz)"
"tidak ada yang menyentuhnya selainhamba-hamba yang disucikan"

kitab al-quran telah ada lama sebelum ia diturunkan dan disimpan di lauh mahfuz...ketika itu (sebelum diturunkan ke bumi) orang2 atau hamba2 yang disucikan itu adalah merujuk kepada malaikat2...maksudnya bukan la dimaksudkan hanya kepada orang2 yang suci dari hadas... wallahualam..dan saya setuju tentang tiada langsung hadis sahih mengenai larangan bagi orang perempuan utk baca al-quran...
zaman nabi muhammad dulu pun telah ada perempuan2 yang haid..jikalau benar perempuan haid tiada boleh baca quran tentu akan ada hadis sahih dari rasulullahs.a.w. melarang perkara ini...wallahulam..
sekadar ingin berkongsi..

sekian,hamba yang masih mencari