Sunday, May 27, 2007

"Siapa Yang Mengenal Dirinya, Maka Dia Telah Mengenal Tuhan-nya"

Mukaddimah

Kita sering mendengar ramai penceramah yang sering mengucapkan ungkapan seperti ini kerana menyangka ianya adalah hadis Rasulullah yang perlu diimani. Ungkapan ini sering disalahtafsirkan, khususnya penganut aliran Wahdatul Wujûd.


Sebenarnya ungkapan ini bukanlah merupakan hadis Rasulullah


Naskah Hadis (maudhu’)

مَنْ عَرَفَ نَفْسَهُ فَقَدْ عَرَفَ رَبَّهُ

Maksudnya "Barangsiapa yang mengenal dirinya, maka dia telah mengenal Rabb-nya."

Imam an-Nawawiy berkata, "Hadits ini tidak sahih."
Ibn as-Sam'aniy berkata, "Ini adalah ucapan Yahya bin Mu'adz ar-Raziy."

Catatan:

Syaikh Muhammad Luthfiy ash-Shabbaq (penahqiq) buku ad-Durar al-Muntatsirah Fî al-Ahâdîts al-Musytahirah tulisan Imam as-Suyûthiy berkata,
tarafnya MAUDHU' (PALSU);


Sila rujuk ,
  • Fatâwa an-Nawawiy, h.120
  • al-Maqâshid al-Hasanah Fî Bayân Katsîr Min al-Ahâdîts al-Musytahirah 'Ala al-Alsinah, karya as-Sakhâwiy, h.419
  • al-Asrâr al-Marfû'ah Fî al-Akhbâr al-Mawdlû'ah, karya Mala al-Qariy, h.506
  • Tamyîz ath-Thayyib Min al-Khabîts Fîmâ Yadûr 'Ala Alsinah an-Nâs Min al-Hadîts, karya Ibn ad-Diba', h.165
  • Kasyf al-Khafâ` wa Muzîl al-Ilbâs 'Amma isytahara Min al-Ahâdîts 'Ala Alsinah an-Nâs, karya al-'Ajlûniy, Jld.II, h.262
  • al-Fawâ`id al-Majmû'ah Fî al-Ahâdîts al-Mawdlû'ah, karya Imam asy-Syaukaniy, h.87
  • Asnâ al-Mathâlib, karya Muhammad bin Darwîsy al-Hût, h.219
  • Risalah: al-Qawl al-Asybah Fî Hadîts Man 'Arafa Nafsahu 'Arafa Rabbahu, karya Imam as-Suyûthiy di dalam kitabnya al-Hâwiy, Jld.II, h.412
  • Tadrîb ar-Râwiy, karya Imam as-Suyûthiy, h.370
  • Tadzkirah al-Mawdlû'at, karya al-Fitniy, h.16
  • al-Fatâwa al-Hadîtsiyyah, karya Ibn Hajar al-Haitamiy, h.211
  • Hilyah al-Awliyâ`, karya Abu Nu'aim al-Ashfahâniy, Jld.X, h.208

(Disaring dari sumber asal : ad-Durar al-Muntatsirah Fi al-Ahadits al-Musytahirah karya Imam as-Suyuthiy, tahqiq oleh Syaikh.Muhammad Luthfiy ash-Shabbagh, h.173, hadits no.393) " - (www.al-sofwah.or.id )

Tuesday, May 08, 2007

sujud syukur

adakah perbuatan sujud syukur itu dari Nabi? dan bagaimana kah kaifiat sujud syukur, sy telah mendengar pelbagai cara dari ustaz berbeza. jika boleh diberi pencerahan beserta dalil

Kafiat Sujud Syukur sama sahaja dengan sujud Tilawah/sajadah diluar solat cuma tidak terdapat bacaan yang khas didalamnya. Jumhur ulama' mengatakan bahawa sujud syukur ini sunat, akan tetapi hukumnya makruh dari pandangan Maliki. Bagi Mazhab Maliki, nikmat Allah swt tidak terkira nilainya. Walaubagaimana pun sujud syukur ini adalah yang mendekatkan diri kita dengan Allah swt.

Sujud Syukur dilakukan ketika menerima apa-apa yang membuat seseorang itu gembira, sama ada mendapat ganjaran ataupun dapat mengelak sesuatu bala dsb. Dalil kepada sujud syukur ini terdapat didalam Hadith dan Athaar. Salah satu hadith ialah Hadith dari Abu Bakar (r.a) mengatakan bahawa[1] beliau melihat:


أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا أتاه أمر يسره وبشر به خر ساجدا شكرا لله تعالى
"Nabi saw apabila mendengar apa-apa berita yang membuat baginda merasa lapang, baginda akan turun sujud syukur kepada Allah swt" - (Hadith diriwayat oleh Lima kecuali Al-Nassai. Al-Turmidzi mengatakan Hadith ini Hasan Gharib)

Menurut Dr Wahbah Zuhaily didalam bab 5: Sebab dan sifat sujud Tilawah - Fiqh islami (2/118)[2], Sujud Syukur didalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan diatas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran. Terdapat 5 rukun iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Dari pandangan Sheikh Ibn Utsaimin rh pula, sebagaimana di dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan :


يكون سجود الشكر عن مصيبة اندفعت أو لنعمة تهيأت للإنسان وهو كالتلاوة خارج الصلاة ، فبعض العلماء يرى له الوضوء والتكبير ، وبعضهم يرى التكبيرة الأولى فقط ، ثم يخر ساجدا ويدعو بعد قوله سبحان ربي الأعلى
"Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."

Sekian, wassalam
--------------
Rujukan :

1.Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth al-‘Ilmiyyah wa’l-Ifta’ - 7. Cetakan ke 3, tahun 2000. ms 266.

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuh - II. cetakan ke 3. Beirut : Dar Al-Fikr, 1989. ms 117 - 120.

baca yasin di kuburan

assalamualaikum wbt....
saya nak tanya,ape hukum bc yasin di kuburan??ade kwn2 sy ckp boleh dan ade ckp xblh...yg mana 1 betul?boleh sertakan dalil?


al-Jawab:

Orang yang mengatakan boleh membaca Yaasin di kuburan ialah menggunakan dalil-dalil berikut:

" Dari Aisyah ra: [sabda saw] " B/siapa yg menziarahi kubur kedua orang tuanya setiap jumaat dan membaca surah Yaasin, maka ia (mayyit) akan diampuni dosa-dosanya sebanyak ayat atau huruf yg dibacanya." HR Ibn Adi dan Abu Nu'aim. Hadith ini dinilai palsu (maudhu' ) oleh al-Albani kerana terdapat perawi bernama Amr bin Ziyad alTsaubani adalah salah seorang pemalsu hadith (silsilah alDha'ifah/#50)

Maka pendapat yang rajih ialah surah Yasin hendaklah dibaca oleh orang yg hidup dan bukannya kepada orang yg sudah mati. al-Muhaddith al-Albani berkata hukum membaca alQur:an dikuburan adalah perbuatan bid'ah dan menyalahi amalan kaum salaf assoleh yang membiarkan kuburan sunyi dan sepi dan sebaliknya mengimarahkan rumah-rumah dengan bacaan al-Qur:an (al-Albani, Ahkam al-Janaiz, ms 20, 241, 307, 325, maktabah al Ma'arif)

Takbiratul ihram : posisi tangan

Ditunjukkan oleh VCD sifat solat nabi keluaran Indonesia (saya tak ingat pengeluar atau institusi, mungkin tuan Dniaga boleh tolong) cara angkat tangan semasa takbiratul ihram; salah satu syaratnya telapak tangan menghadap kiblat.

Saya tak jumpa dalil untuk syarat ini, paling dekat dalilnya : tambahan Ibnu rahawaih dalam Musnadnya diriwayatkan dpd ibn Sa'd dpd Ibn Umar : Rasulullah sewaktu salat sukamenghadapkan segalanya ke kiblat, hingga beliau menghadapkan ibu jari kakinya ke kiblat - Albani, Sifat Solat nabi edisi terjemahan Indonesia terbitan Media Hidayah. Saya ada tanya ust Maszlee, dia kata dalil ada dalam satu kitab tetapi saya lupa tajuknya.

Tetapi dalam Fiqh manhaji, disebut sunat mencondongkan hujung2 jari ke arah kiblat; yang ni saya tak faham.

Minta tuan2 ilmuwan bantu.

jkk in advance.


al-Jawab:

VCD tsb adalah keluaran al-Markaz dan diedarkan oleh Meccah Agency, Id.

1. Perihal tapak tangan menghadap kiblat semasa takbiratul ihram. Nas yang anda nyatakan itu merupakan nas yang paling dekat dan digunakan oleh ahli-ahli hadith untuk menyatakan kesunnahan membuka telapak tangan ke arah kiblat. Inilah ijtihad dan qias Ibn Qayyim dalam al Zaad (1/71). Kata al-Albani (Tamam alMinnah, edisi lengkap), tiada dalil yang sahih khusus mengenai ketentuan ini. Ia cuma mungkin di qiaskan dengan hadith sujud dan atsar Ibn Umar yang anda nyatakan itu.

2. Sunnat mencondongkan jejari kaki ke arah kiblat itu memang benar dan ia tsabit. Bukan sahaja Fiqh al-Manhaji, bahkan semua kitab-kitab fiqh berasaskan Fiqh Sunnah termasuk Sifat Solat Nabi al-Albani sendiri. WA

Wanita Haid boLeh Pegang Mushaf Quran???

salam akhi

Ana berpegang kepada pendapat wanita LEH pegang mushaf Quran dan membacanya bagi wanita haid, leh tak akhi bagi dalil, kawan ana nak tahu sangat..ana tahu leh bagi wanita pegang Quran waktu haid tapi tak tahu dalil..leh akhi bincangkan sikit

al-jawap

al-Jawab:

Dalilnya ialah al-Qur:an, AQT: surah alWaqi'ah: ayat 79 (Tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yg disucikan), di mana Tafsir Ibn Abbas menyatakan maksud orang yg disucikan ialah orang Islam dan orang Islam tidak najis. Siapakah yang lebih faqih dalam tafsir dari Ibn Abbas?

Hujah kedua ialah Fiqh Imam al-Bukhari yang mengesahkan tiada hadith yang sahih dan dapat dijadikan hujah melarang perempuan haidh memegang dan membaca AQ (Lihat Fiqh Sunnah, Jld 1/ Bab hal-hal terlarang bagi orang junub). Siapakah yang lebih tahu pasal hadith melainkan al-Bukhari! WA sekian

Bernikah Semasa Mengandung Anak Luar Nikah

Salam, saya ade kemusykilan sket...

soalan saya :

1. Boleh ke kawen dgn pompuan yg tengah mengandung?

2. Camne klu yg dah terlanjur, leh ke klu bapak budak tu nak kawen dgn pompuan tu sbelum baby tu lahir?

3. Adekah pernikahan tuk soalan 1 dan 2 tu sah?

4. Klu da nikah, nak kene wat ape? cerai serta merta ke?

5. Adekah akan dikira zina klu diorang da nikah?

6. Apekah hak2 anak luar nikah? die xleh dibintikan kepada bapak die kan? so die leh ke klu nak kawen dgn bapak die?

7. Bapak die adalah bukan mahram kepada anak die?

8. seorang lelaki dan pompuan dah tinggal sekedudukan, leh ke klu dioran g kawen serta merta? ke nak tunggu tempoh dulu nak tgk pompuan tu ngandung ke x? klu xngandung leh kawen? klu ngandung xleh kawen?



wasalam...


aljawap....

Jawapan adalah berdasarkan madzhab Syafi'iy dan tarjih Syaikhul Islam Ibn Taymiyah sebagai perbandingan.

1. Bolehkah seorang lelaki berkahwin dengan perempuan yang sedang mengandung?
Jawab:
Madzhab Syafi'iy membolehkan lelaki mengahwini perempuan hamil secara mutlak berdalilkan QS anNisaa': 24 (dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian)
Pendapat Ibn Taymiyah: tidak sah nikahnya kerana wanita hamil wajib iddah terlebih dahulu. Dalilnya: QS alMumtahinan: 10 (wahai orang beriman apabila datang berhijrah kepadamu perempuan beriman, hendaklah kamu uji mereka)
HR Abu Sa'ied alKhudri ra, sabda saw, " perempuan hamil dilarang dinikahi sampai ia melahirkan." HR Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani

2. Lelaki yang terlanjur dengan seorang gadis, apakah boleh dia berkahwin sebelum kandungannya itu lahir?
Madzhab Syafi'iy: Boleh dan sah nikahnya. Dalil: QS anNuur: 03 (lelaki yang berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina)

IT: Boleh berkahwin selepas taubat dan selepas bersalin. (Majmu' Fatawa, jld 32/ 5-224)

3. sah menurut madzhab syafi'iy dan tidak sah menurut Imam Ibn Taymiyah.

4. kalau dah nikah, nak buat apa?
syafi'iyah: Kalau dah nikah dan didapati perempuan itu hamil, maka jika lelaki tertipu, maka boleh cerai serta merta. Jika lelaki itu suka, maka akad nikah itu sah (almuhadzab, 2/45)

IT: kena cerai serta merta dan mahar dipulangkan. (MF jld 32, ibid)

5. apakah dikira zina kalau nikah?
syafi'iyah: kalau dah nikah dan lelaki sudah redha dan membayar mahar, maka sahlah.

IT: Nikah dengan perempuan tidak sah dan kalau jima'boleh dianggap zina

6. Anak luar nikah
semua madzhab tidak boleh dinasabkan kepada mana-mana lelaki. Apakah dia boleh kawin dengan lelaki yang berzina dgn ibunya?

syafi'iyah kata boleh, manakala IT kata tak boleh berdasarkan hadith Bukhari, "alwalad lil firash"yakni anak itu bagi lelaki yang menggauli si ibunya", maksudnya anak yang ada DNA lelaki itu tetap haram walapun ia terjadi hasil dari zina.

Hukum ini berubah jika anak itu lahir dalam tempoh minimum 6 bulan selepas perkahwinan menurut madzhab syafi iy (seperti yg dibahaskan di ruangan Diskusi)

7. bukan mahram kerana mahram ditentukan melalui nasab yang sah

8. sudah dibahaskan di atas. ini soalan ulangan. sekian

Saturday, April 28, 2007

Qunut Subuh

Soklan : Boleh bentangkan hujah dan dalil Imam as-Syafii tentang qunut pada waktu Subuh? Yang saya tahu, Imam as-Syafii menggunakan ijtihad beliau mengsunatkan qunut subuh kerana berpendapat doa qunut adalah untuk meminta kepada Allah supaya dilaknat orang-orang kafir seperti yang Rasulullah s.a.w lakukan kerana walaupun pada zaman beliau (Imam as-Syafii), umat Islam masih ada orang-orang kafir memerangi orang Islam.

Tapi, dalil yang sebenarnya amat diperlukan.

Terimakasih


aljawap..------------------

Pendahuluan

Merupakan masalah khilafiyah yang menjadi sebab pertelingkahan besar oleh segelintir masyarakat Islam.

------------------

Terdapat pelbagai pendapat ulamak mengenai doa qunut, iaitu:

1 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan samasekali. Tidak kira samada qunut subuh, witir dan nazilah (kerana bencana/bala’).

2 . Sebahagian ulamak mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan. Dan mereka ini terbahagi lagi kepada beberapa kelompok:
a . Hukumnya, ada yang mengatakannya sebagai wajib dan ada yang mengatakannya sebagai sunat sahaja.
b . Waktunya, ada yang mengatakan pada sembahyang subuh ada yang mengatakan tidak. Ada yang mengatakan pada witir, ada yang tidak. Ada yang mengatakan pada semua sembahyang dan ada yang mengkhususkan pada sembahyang tertentu. Ada yang mengatakan hanya ketika berlaku bencana.
c . Tempatnya, ada yang mengatakan sebelum rukuk dan ada yang mengatakan selepas rukuk.

Namun kami tidak berhajat untuk membahaskan semuanya secara terperinci, kerana terlalu panjang. Dan alhamdulillah kami telahpun hampir siap menterjemah fatwa yang panjang lebar mengenai qunut oleh bekas Syeikhul Azhar, al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq. Fatwa ini kami kira agak lengkap dan sempurna. Dan di sini kami akan petik pembahasan dari fatwa berkenaan tentang qunut subuh sahaja. Sedangkan yang lain-lain, kami lakukan secara ringkas dan sepintas lalu sahaja. Dan segala nukilan dari kitab-kitab para ulamak yang terdapat di dalam fatwa berkenaan hendaklah dirujuk-kan kepada kitab fatwa: Buhuth Wa Fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Mu’asharah, vol. 3, hal.67-108.

Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan, dalil dan penolakkannya.

Pendapat ulamak yang mengatakan qunut tidak disyariatkan: Sepintas lalu

Tidak disyariatkan bermaksud, dilarang melakukannya samada di dalam sembahyang subuh, witir dan qunut nazilah (kerana bencana).
Mereka behujah dengan hadis, antaranya ialah:

1 . Dari Abu Malik al-Asyja’I, katanya: Aku berkata kepada ayahku:
Wahai ayahku, sesungguhnya engkau pernah bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, di sini di Kufah selama hampir lima tahun, adakah mereka berqunut? Dia menjawab: Wahai anakku itu adalah bid’ah. (HR Ahmad, al-Tarmizi & Ibnu Majah)
Di dalam riwayat lain: "Apakah mereka berqunut di dalam sembahyang subuh?"

2 . Di dalam satu riwayat al-Nasa’I, katanya (ayah Abu Malik):
Aku bersembahyang di belakang Rasulullah s.a.w., baginda tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Abu Bakar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyang di belakang Umar, dia tidak berqunut. Aku bersembahyan di belakang Ali, dia tidak berqunut. Kemudian dia berkata: Wahai anakku, ia adalah bid’ah.

3 . Daripada Ibnu Mas’ud, katanya:
Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut di dalam sembahyangnya sekalipun. (HR al-Thabrani, al-Baihaqi & al-Hakim).
Mereka mengatakan bahawa hadis-hadis di atas memberi petunjuk hukum, bahawa qunut adalah bid’ah yang ditegah.
Penolakan hujah menggunakan hadis ini:
Hadis-hadis di atas tidak dapat dijadikan hujah untuk menafikan qunut, kerana ada juga hadis-hadis sahih lain yang menerangkan bahawa Nabi s.a.w berqunut. Begitu juga ada diriwayatkan dari Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan Ibnu Abbas yang mengatakan bahawa mereka berqunut.
Oleh itu…. Kata-kata ayah Abu Malik al-Asyja’I tentang qunut: ["Wahai anakku itu adalah bid’ah."] menunjukkan bahawa dia tidak mengetahui bahawa qunut ada dilakukan.

Jadi… Di sini terdapat dua kumpulan, pertama yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah berqunut. Kedua yang meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah berqunut.
Bermakna… Kumpulan pertama tidak tahu bahawa qunut itu pernah dilakukan. Manakala kumpulan kedua tahu bahawa qunut pernah dilakukan.

Oleh itu, orang yang tidak tahu hendaklah mengikut orang yang tahu. Riwayat dari orang yang tahu mesti kita dahulukan dari riwayat orang yang tidak tahu.

Keputusannya: Hujah adalah bagi orang yang tahu. Dengan itu telah nyata bahawa qunut adalah disyariatkan.

Ia adalah penolakan hujah yang dilakukan oleh Ibnu Hazmin di dalam al-Muhalla terhadap orang yang mengengkari qunut.

-------------

Kemudian terdapat juga sebahagian ulamak yang mengatakan bahawa qunut telah dimansuhkan. Mereka berhujah dengan hadis Anas r.a.:
Sesungguhnya Nabi s.a.w. pernah berqunut sebulan lamanya, kemudian baginda meninggalkannya (tidak berqunut lagi). (HR Ahmad).
Namun hujah golongan ini menggunakan hadis di atas tertolak kerana terdapat hadis-hadis lain, termasuk dari Anas r.a. sendiri yang menjelaskan bahawa ia masih dilakukan lagi dalam sembahyang dan keadaan tertentu.

----------

Begitulah secara ringkas penjelasan mengenai perselisihan pendapat mengenai apakah qunut disyariatkan ataupun tidak

Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh dan diskusinya

Qunut Subuh: Bid’ah atau sunah

Berikut ini adalah petikan terjemahan kami dari fatwa al-marhum Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, syeikhul Azhar yang lalu:

Nas-nas mengenai qunut di dalam sembahyang subuh
Golongan yang mengatakan pensyariatan qunut di dalam sembahyang subuh telah berhujah dengan hadis riwayat Anas r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah berqunut selama sebulan, mendoakan atas pembunuhan sahabat-sahabatnya di telaga Ma’unah, kemudian baginda meninggalkannya. Adapun di dalam sembahyang subuh, baginda terus berqunut sehinggalah wafat. (HR al-Baihaqi, al-Daruquthni, Ahmad dan Hakim - sahih)

Al-Syaukani memberi komentar terhadap hadis ini, seandainya hadis di atas itu sahih sudah tentu tidak akan berlaku pertelingkahan (antara ulamak), tetapi hadis ini diriwayatkan dari jalan Abu Ja’far al-Razi, dan dia dikatakan orang yang mencampur adukkan dan buruk hafalannya. Ada diceritakan oleh sebahagian ulamak bahawa dia adalah orang yang dipercayai (thiqah) oleh bukan seorang sahaja.

-----

Abu Khuzaimah meriwayatkan dari Anas dari jalan Sa’id dari Qatadah, bahawa Nabi s.a.w. tidak berqunut kecuali apabila berdoa kebaikan bagi satu kaum atau berdoa kebinasaan atas atas kaum.

Diriwayatkan dari Anas r.a. bahawa Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan kemudian meninggalkannya. (HR Ahmad)

Di dalam satu riwayat lain: Baginda berqunut selama sebulan berdoa atas suatu kaum dari kaum-kaum Arab, kemudian meninggalkannya. (HR al-Nasa’I, Ibnu Majah, Muslim & Ahmad)

Menurut lafaz al-Bukhari: Baginda berqunut sebulan ketika pembunuhan al-qurra’, Tidak pernah aku melihatnya begitu sedih melebihi dari ketika itu…
(Al-qurra’ ialah utusan seramai 70 orang yang dihantar oleh nabi kepada satu kaum untuk mengajar lalu dibunuh oleh kaum itu - aL-AHKAM online)
Menurut riwayat Ahmad dan al-Daruquthni pada Hadis Anas terdapat satu wajah lain dengan penambahan: Maka adapun pada sembahyang Subuh, baginda masih meneruskan berqunut sehinggalah meninggal dunia.
Al-Syaukani berkata: Hadis di atas menunjukkan hukum bahawa qunut tidak disyariatkan di dalam semua sembahyang.

Apabila dihimpunkan (jamak) antara riwayat-riwayat dari hadis Anas di mana Nabi s.a.w. masih berqunut di dalam sembahyang Subuh sehingga meninggal dunia, maka dapat diketahui bahawa yang dikehendaki di sini ialah meninggalkan doa atas orang kafir. Bukan asasnya qunut.
Pengarang Subulus Salam memberi komentar terhadap perkataan "..kemudian baginda meninggalkannya" bermaksud meninggalkan qunut pada selain sembahyang subuh.
Maksud hadis: "Baginda masih berqunut di dalam setiap sembahyangnya"
Kemudian al-Shan’ani berkata: Hadis-hadis dari Anas sesungguhnya bercelaru dan bertentangan di dalam sembahyang subuh (qunut)

Apabila dihimpunkan antara semuanya di dalam kitab Huda an-Nabawi disebutkan: Hadis-hadis Anas semuanya sahih, sebahagiannya membenarkan sebahagian yang lain, dan tidak berlaku percanggahan di dalamnya. Dan, qunut yang disebutkan sebelum rukuk ialah memanjangkan berdiri kerana membaca al-Quran. Qunut yang disebutkan selepas rukuk ialah memanjangkan berdiri kerana berdoa. Maka inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selama sebulan berdoa kebinasaan atas satu kaum, atau berdoa kebaikan bagi satu kaum. Kemudian baginda berterusan memanjangkan rukun ini untuk berdoa dan memuji sehingga wafat, sebagaimana yang tersebut di dalam dua kitab sahih (Bukhari & Muslim).

Dari Thabit bin Anas: Sesungguhnya aku masih lagi bersembahyang sebagaimana Rasulullah s.a.w. bersembahyang bersama kami."
Ini adalah qunut yang dikatakan oleh Anas, di mana Rasulullah s.a.w. masih melakukannya sehingga wafat. Yang ditinggalkannya ialah doa atas kaum-kaum dari kalangan Arab. Ia dilakukan selepas rukuk. Maka yang dimaksudkan oleh Anas dengan qunut ialah memanjangkan berdiri.
Al-Shon’ani melanjutkan: Tidak dapat disembunyikan lagi, bahawa penjelasan di atas tidak sesuai dengan keterangan Anas yang berbunyi ("Maka adapun di dalam sembahyang subuh, baginda masih lagi berqunut sehingga wafat.."). Bahawasanya keterangan Anas ini menunjukkan khusus untuk sembahyang subuh, sedangkan memanjangkan berdiri selepas rukuk umum untuk semua sembahyang.

Kemudian al-Shon’ani berkata: Jamaah ulamak dari kalangan salaf dan khalaf berpendapat bahawa doa selepas rukuk pada sembahyang subuh adalah sunat hukumnya, sekalipun mereka berselisih pendapat mengenai lafaznya.

Ibnul Qaiyim berkata di dalam kitab Zadul Ma’ad: Apabila para fuqahak dan ramai orang menjadikan bahawa qunut itu adalah doa yang masyhur "Allahummadini Fiman Hadith..", dan mereka mendengar bahawa Rasulullah s.a.w. masih melakukannya dalam sembahyang subuh hingga wafat, begitu juga dengan khulafa’ur rasyidin dan sahabat-sahabat lainnya, lalu mereka (fuqahak & orang ramai) juga memaksudkan qunut pada lafaz sahabat dengan qunut menurut istilah yang mereka gunakan.

Qunut berkenaan ialah doa yang masyhur yang telah diriwayatkan oleh al-tarmizi, al-Baihaqi dari Hasan bin Ali. Al-Tarmizi mengatakan bahawa hadis berkenaan bertaraf hasan (baik).

Ibnul Qaiyim menguatkan hadis Anas dengan hadis Abu Hurairah r.a. yang berkata: "Demi Allah, aku adalah orang yang paling menyerupai sembahyang Rasulullah di kalangan kamu.". Dan, Abu Hurairah berqunut pada rakaat akhir pada sembahyang subuh selepas mengucapkan `samiallahu liman hamidah..’, lalu dia berdoa untuk orang mukmin dan melaknat orang kafir. Dan, Abu Hurairah pula menyukai qunut seperti ini sebagai sunah, dan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukannya.
Ini, adalah sebagai bantahan/penolakan terhadap penduduk Kufah yang memakruhkan qunut di dalam sembahyang subuh secara mutlak, samada ketika berlaku bencana dan kecelakaan ataupun tidak. Mereka mengatakan bahawa qunut telah dimansuhkan dan melakukannya adalah bid’ah.

Kemudian Ibnul Qaiyim menambah: Para ahli hadis bersikap pertengahan antara penduduk Kufah dan orang yang menyukai qunut ketika berlaku bencana/bala’ataupun tidak. Para ahli hadis ini lebih memahami hadis berbanding dua kelompok tadi. Mereka (ahli hadis) berqunut sebagaimana Rasulullah s.a.w. berqunut. Mereka juga meninggalkan qunut sebagaimana Rasulullah s.a.w. tinggalkan. Mereka melakukan dan meninggalkan sebagaimana Rasulullah s.a.w. Para ahli hadis ini berkata: Melakukannya sunat dan meninggalkannya juga sunat.

Oleh itu, mereka (ahli hadis) tidak mengengkari orang yang melakukan qunut secara berterusan. Mereka tidak menghukumkan makruh terhadap orang yang melakukannya dan terhadap orang yang meninggalkannya. Mereka tidak menganggapnya sebagai bid’ah (samada buat buat qunut atau tidak). Mereka tidak menganggap orang yang membuatnya sebagai orang yang menyalahi sunnah, sebagaimana mereka tidak mengengkari atas orang yang mengengkarinya ketika berlaku bencana. Mereka tidak menganggap orang yang meninggalkan qunut sebagai bid’ah. Tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan mereka mengatakan, sesiapa yang melakukan qunut dialah yang paling baik, dan sesiapa yang meninggalkan qunut dialah yang paling baik.

***** intaha*****

Golongan yang berpendapat qunut dalam sembahyang subuh
Imam al-Nawawi al-Syafi’I di dalam Syarah al-Muhazzab berkata: Qunut dalam sembahyang subuh selepas mengangkat kepala dari rukuk pada rakaat kedua adalah sunat tanpa khilaf .

Adapun apa yang telah dinukilkan dari Abu Ali bin Abu Hurairah r.a. bahawa dia tidak berqunut dalam sembahyang subuh, kerana ia telah menjadi lambang kepada sekelompok pembuat bid’ah, itu adalah sesuatu yang salah. Ia tidak dikira dari mazhab kami.

Di dalam menjelaskan mazhab-mazhab ulamak di dalam menetapkan qunut pada sembahyang subuh, al-Nawawi berkata:

Mazhab kami mengatakan bahawa qunut itu sunat samada ketika kecelakaan (nazilah) ataupun tidak. Inilah yang dikatakan oleh kebanyakan para salaf dan khalaf serta orang selepas mereka. Sebahagian dari mereka yang berpendapat demikian ialah Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman, Ali, Ibnu Abbas dan al-Barra’ bin `Azib r.a. Dan al-Baihaqi telah meriwayatkannya dengan sanad yang sahih. Begitu juga mereka yang berpendapat demikian ialah dari kalangan tabi’in dan orang-orang selepasnya. Inilah juga mazham imam Malik, al-Hasan dan Abu Daud.

Al-Nawawi berkata:
Mereka ini berhujah dengan hadis Anas r.a.: Sesungguhnya Nabi s.a.w. berqunut selama sebulan mendoakan kebinasaan atas mereka, kemudian meninggalkannya. Maka adapun pada sembahyang subuh, beginda masih berqunut sehingga wafat. (HR jamaah dan dianggap sahih oleh al-Hakim, al-Baihaqi, al-Daruquthni dll.)

Mereka berhujah juga dengan apa yang diriwayatkan dari al-Awwam bin Hamzah, katanya: Aku bertanya Abu Usman mengenai qunut pada sembahyang subuh, dia berkata: Selepas rukuk. Aku berkata: Dari siapa? Dia berkata: Dari Abu Bakar, Umar dan Usman. (HR al-Baihaqi dan dianggapnya sebagai sahih)

Begitulah halnya dengan riwayat al-Baihaqi dari Abdullah bin Mua’qqal, katanya: Ali berqunut pada sembahyang subuh.

Terdapat di dalam Syarah al-Kabir, karya syeikh al-Dardir al-Maliki: Disunatkan qunut pada sembahyang subuh sahaja.

Di dalam al-Mudauwanah al-Kubra: Waqi’ berkata dari Fithr dari Atho’, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berqunut pada sembahyang subuh, dan sesungguhnya Abu Musa al-Asy’ari, Abu Bakrah, Ibnu Abbas dan al-Hasan berqunut pada sembahyang subuh.

Katanya lagi, diriwayatkan dari Anas bin Malik dan Abu Rafi’ bahawa kedua-duanya bersembahyang subuh di belakang Umar, dia berqunut selepas rukuk.

Di dalam al-Mughni Ibnu Qudamah al-Hanbali:
Malik, al-Syafi’I dan para pengikut keduanya berkata: Qunut disunatkan pada sembahyang subuh pada setiap masa…

*** Intaha Jadul Haq ****

----------

Siapakan golongan yang menolak qunut subuh?
Di dalam empat mazhab, ulamak Hanafi dan Hanbali menolak qunut di dalam sembahyang subuh. Mereka mengatakan bahawa qunut subuh telah dinasakhkan berdasarkan hadis riwayat Ibnu Mas’ud yang menerangkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah melakukan qunut subuh selama sebulan, kemudian meninggalkannya.
(Al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, Dr Wahbah al-Zuhaili, vol 1)

Kesimpulan

1 . Para ulamak berselisih pendapat mengenai pensyariatan subuh. Sebahagiannya mengatakan bahawa qunut tidak disyariatkan. Yang lain mengatakan ia disyariatkan. Masing-masing menggunakan hadis sebagai hujah.

2 . Golongan yang mengatakan bahawa qunut itu disyariatkan berselisih pendapat, bila waktunya ia perlu dibaca? Apakah pada waktu subuh sahaja, atau pada semua waktu sembahyang, atau pada witir sahaja, atau ketika terjadi bencana sahaja.

3 . Syafi’I dan Malik berpendapat bahawa qunut pada sembahyang subuh disunatkan. Manakala Hanafi dan Hanbali berpendapat qunut subuh telah dinasakhkan.

Pegangan kami:
Qunut adalah di antara masalah yang menjadi objek pertikaian sesetengah pihak. Sedangkan pada hakikatnya, ia adalah masalah khilafiyah yang tidak wajar menjadi faktor pertelingkahan sesama saudara seislam.

Kami berharap umat Islam warga Malaysia, khususnya, tidak melayan seruan-seruan yang bertindak mengungkit-ungkit masalah khilafiyah. Seruan yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan umat. Mereka ini mengatakan bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, dan orang yang melakukannya itu adalah ahli bid’ah yang mengada-adakan sesuatu di dalam agamanya. Seruan ini adakalanya keterlaluan. Mereka seolah-olah tidak mengakui langsung adanya perselisihan pandangan di kalangan para ulamak di dalam menafsirkan nash-nash syarak.

Gelaran ahli bid’ah yang dilemparkan kepada mereka yang mengamalkan qunut subuh telah meninggalkan kesan yang tidak baik di dalam hubungan sesama muslim. Kami merasa amat sedih sekali. Mereka ini adalah orang-orang yang tidak mengerti samasekali adab-adab berikhtilaf di dalam masalah-masalah furuk. Mereka ini jauh sekali dari tradisi yang diamalkan oleh para ulamak turun-menurun ketika berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini. Melayan bicara mereka hanya akan menyebabkan kita ini lemah dan membodohkan diri sendiri.

Dalam masalah qunut ini, kami berpegang kepada prinsip bertasamuh di dalam masalah khilafiyah. Kami berpandangan, sesiapa yang mahu melakukan qunut subuh, bermakna dia telah mengikut sunnah. Dan, sesiapa yang tidak melakukannya, bermakna dia juga telah mengikut sunnah. Begitu juga, sesiapa yang melakukan qunut bermakna dia telah melakukan sesuatu yang baik, dan sesiapa yang tidak melakukan qunut dia juga telah melakukan sesuatu yang baik.

Tidak ada masalah samasekali, samada mahu berqunut subuh ataupun tidak. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat qunut subuh itu disunatkan, sila melakukannya. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, tidak perlulah melakukannya.

Yang akan menjadi masalah ialah jika kita bersikap taksub dalam masalah khilafiyah tanpa memperdulikan pendapat yang dipegang oleh orang lain. Yang akan menjadi bercelaru ialah jika kita mengatakan orang yang melakukan qunut itu sebagai ahli bid’ah yang disesatkan Allah. Atau kita mengatakan orang yang tidak berqunut itu sebagai menyalahi sunnah.

Berikut ini adalah pendirian Syeikh Jadul Haq yang kami terjemahkan dari kitab fatwanya, dan inilah juga pegangan kami:

Maka inilah yang telah dikatakan oleh para ulamak terbilang, iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qaiyim mengenai masalah qunut. Itulah yang kami pilih. Dan kami cenderung untuk berpegang dengannya. Iaitu, barangsiapa yang berqunut di dalam sembahyang subuh selepas rukuk, maka sesungguhnya dia telah mengikut sunnah yang datang dari Rasulullah s.a.w., mengikut para sahabatnya dan ia diamalkan oleh para imam mujtahidin, fuqahak dan ahli hadis. Dan, barangsiapa yang berqunut sebelum rukuk di dalam sembahyang subuh dan sembahyang witir, maka dia juga mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Qunut itu bukanlah bid’ah yang dilarang. Ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dibincangkan oleh para fuqahak yang dapat dipercayai dan para hali hadis. Begitu juga, qunut bukanlah khusus ketika terjadi bencana sahaja. Ia dapat dilihat dengan jelas berdasarkan nukilan para fuqahak dari kalangan imam-imam dan ahli hadis bahawa qunut telah dilakukan walaupun tidak berlaku bencana.

Begitu baik sekali apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:
Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.

Begitu juga dengan kata-kata Ibnu Taimiyah:
[.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barangsiapa yang berqunut pada sembahyang subuh, sembahyangnya sah. Dan barangsiapa yang tidak berqunut, sembahyangnya juga sah. Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]

Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:
[Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid’ah. Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.

Begitu juga, mereka tidak mengengkari orang yang orang yang mengengkari qunut ketika terjadi bencana. Mereka tidak menganggap orang yang tidak berqunut sebagai bid’ah. Juga tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan para ulamak ini beranggapan bahawa barangsiapa yang berqunut, maka itulah yang paling baik, dan barangsiapa yang meninggalkan qunut, maka sesungguhnya itulah yang paling baik.]

Dari penjelasan ini, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam tidak bertelingkah di dalam masalah ini dan masalah yang seumpamanya.
Di kalangan para ulamak dan mufti juga berkewajipan agar tidak menimbulkan pertelingkahan di kalangan umat Islam dengan masalah khilafiyah di dalam fatwa mengenai masalah furuk yang tidak memberi mudarat terhadap ibadah. Menjadi kewajipan mereka juga agar tidak melontarkan perkataan `bid’ah’ atas sesuatu yang diterima oleh umat Islam sebagai sunah yang diikuti.
(Buhuth Wa fatawa Islamiyah Fi Qadhaya Muashirah, Syeikh Jadul Haq Ali Jadul Haq, hal.107-108)

Tuesday, January 30, 2007

Amalan khusus Daripada Al-Quran

1]benarkah nabi baca surah al-mulk dan as-sajadah tiap2 malam sebelum
tido?

2]betulke nabi suruh kita hafal surah al-mulk dan as-sajadah supaya selamat dari siksa kubur?

3]mengenai surah al-waqiah,ade hadis mengatakan kalau kita baca surah ni tiap2 hari akan terhindar dari kepapaan.hadis ni ana baca dlm tafsir al-quran karangan ahmad sonhaji dalam menafsirkan surah al-waqiah.

4]adakah benar selepas kita membaca surah ad-duha ,sunat kita bertakbir
.ini ana ambil dari tafsir sonhaji.sbbnya nabi terputus wahyu dlm jangka masa yg lama dan gembira jibril dtg menyampaikan surah ad-duha dan nabi bertakbir slps selesai jibril menyampaikan surah ad-duha.

5]dlm solat pula, ramai lulusan agama akan menyebut alaihissalam selepas imam membaca ayat terakhir [19:87] surah al-a'la.ana tanya mereka kenapa,mereka jwb,nak membezakan antara nabi musa dgn musa samiri iaitu musa yg membuat bahala lembu dari kalangan pengikut nabi musa a.s. betulke amalan tu dari nabi kita muhammad a.s

syukran.

aljawap:

  1. Benar, Nabi saw membaca dua surah tsb sebelum tidur (al-Albani, sahih Sunan atTermidzi, #2892, hadith Jabir ra)
  2. Benar, itulah fadhilat dua surah tsb (alMulk dan asSajdah, kata azZahabi dan al-Albani (Kitab Surah Tabarak, oleh syaikh Yusof alBadri, terjemahan syaikh Abdullah alQari)
  3. hadith fadilat surah alWaqi'ah itu dikeluarkan oleh alhafidz Ibn Asakir, dinilai dha'if oleh al-Albani dalam Silsilah adDha'ifah, # 389
  4. Bertakbir selepas membaca surah alDhuhaa ini adalah khilaf. Ini kerana al-Hafidz Ibn Kathir kata al-Syafi'iy ra berpendapat sunat berbuat demikian. Tapi kata Ibn Kathir, sanadnya tak dapat dipastikan dari mana Imam Syafi'iy mengambil dalilnya.
  5. Sesungguhnya ini baru pertama kali saya mendengar hal ini. Anihnya dalam banyak set tafsir dalam perpustakaan ana, tidak ada perbahasan mengenainya. Buat masa ini ana tidak dapat mengesahkan,

Muhammad Ibnu Ishaq : adil atau palsu?

penilaian yang sewajarnya tentang Muhammad Ibnu Ishaq : adil atau palsu?

aljawap:

Sebenarnya Ibn Ishaaq (w.150H) tersepit antara penilaian madrasah ahli hadith dan madrasah ahli sejarah.

Ilmu sejarah dan ilmu hadith mempunyai disiplin ilmu yang berlainan dan yang pasti ilmu hadith lebih ketat pensyaratannya berbanding ilmu sejarah kerana hadith digunakan dalam pembinaan hukum-hakam.

Dari ilmu jarah wa ta'dil, Ibn Ishaaq memang tokoh sejarah yang kontroversi kerana mendapat kritikan parah dari Dua Imam Madinah yang besar: Imam Malik dan Hisham Bin Urwah bin alZubair (cucu Abu Bakar atau anak saudara kepada Aisyah, Ummul Mukminin).

Namun Ibn Ishaq merupakan perawi semua Imam Hadith yang enam, terutamanya Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan hadith darinya. Keenam-enam penyusun kitab Sunan Sittah meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq.

Bagaimana menghadapi kontroversi yang ditimbulkan oleh Imam Malik, Hisham bin Urwah dan laman web al-Kautsar yang menolak total akan ketsiqahan (kewibawaan) Ibn Ishaq?

Prof al-Imam Dr al-Qardhawi dalam kitabnya Tarikhuna alMuftara alaih (kecelaruan sejarah kita) berpendapat Ibn Ishaq adalah termasuk dalam golongan akhbariyun atau reporter akhbar yang melapurkan apa saja yang ditemuinya tanpa penelitian terlebih dahulu.

Sebab itu Dr Qardhawi mahukan sejarah Islam terutamanya Seerah Nabawiyah disusun semula dengan memasukkan pendekatan tahqiq dan takhrij sumbernya untuk menapis cerita-cerita yang dibawa oleh Ibn Ishaq terutamanya.

Pendirian kami:

1. Ibn Ishaq memang tokoh yang kontroversi menurut ilmu Jarh wa ta'dil, namun seluruh ahli ilmu bersepakat akan ketokohan Ibn Ishaq dalam sejarah terutamanya sejarah Perang (maghazi) dan Imam Ibn Hajar Asqolani menggelarkan beliau sebagai Imam alMaghazi.

2. Walaupun seteruk mana penilaian orang ke atas kewibawaan Ibn Ishaq, beliau adalah perawi Penyusun Kutub Sittah antaranya Bukhari-Muslim yang meriwayatkan hadith dari Ibn Ishaq. Ini menunjukkan Ibn Ishaq ada makna dalam ilmu hadith. (alBukhari meriwayatkan dari Ibn Ibn Ishaq secara ta'aliq (sanadnya hilang, maka ia jatuh dha'if)

3. Kecelaruan yang ditimbulkan oleh Ibn Ishaq dalam pengumpulan sejarah bukanlah suatu yang perlu dilihat dengan negatif, malah kita berhutang budi dengan usaha-usaha awal beliau mengumpul bahan bukti sejarah kerana itulah asas yang baik utk kita memulakan projek mega memurnikan sejarah kita sendiri.

Inilah pendirian yang adil kepada Ibn Ishaq.

Surah Al-Ikhlas itu sepertiga al-Quran

salam

adakah benar surah Surah Al-Ikhlas itu sepertiga al-Quran


aljawap


Kata Ibn Rajab al-Hanbali dalam Tafsir surah al-Ikhlas, maksud sepertiga al-Qur:an ialah kerana al-Qur:an itu dibahagi kepada tiga bahagian: Tawhid, Hukum-hakam dan Kisah. Maka surah alIkhlas itu mewakili bab Tawhid.

sekian

Tuesday, November 28, 2006

Pinjaman Perumahan

Ustaz, saya ada kemusykilan ttg pinjaman rumah. Bolehkah pinjaman rumah diambil lebih dari harga rumah sbgi contoh, harga rumah 100,000, ambil pinjaman 150 ribu utk tujuan mendapatkan wang tunai yg digunakan utk tujuan lain (sprti berniaga etc) atau utk renovate rumah & bayar kos2 yg berkaitan pinjaman.

Jika dibolehkan, adakah wang tersebut boleh digunakan utk menunaikan haji?

Wasalam


wa'alaikumussalam,

ada jawapan panjang dan ada jawapan pendek bagi soalan ini.

Oleh kerana kekangan masa, saya terpaksa memilih jawpan pendek sahaja.

1) Semua pinjaman perumahan yang dibuat dari bank konvensioanl adalah HARAM dengan dalil al-quran, as-sunnah dan persepakatan ulama semasa.

2) Justeru jika sdr maksudkan ingin mendapatkan pembiayaan perumahan dari institusi kewangan Islam. maka aqad yang akan diguna adalah aqad Jual beli. Dalam kes sdr, katalah nilai semasa rumah sdr itu RM 100,000.

dalam proses perbankan Islam style Malaysia ( tetapi tidak diamalkan oleh timur tgh) .
sdr akan memebli rumah itu dari penjual asal atau pemaju dengan hanya membayar 10 % sahaja. ini bermakna sdr telah membayar RM10 k . baki RM 90 ribu lagi akan sdr dapatkan dari bank islam.

Dalam kes biasa, sdr perlu menjual pula rumah sdr tadi dengan nilai rm 90 k secara cash dan pihak bank kemudiannya akan menjualkan kembali rumah itu kpd sdr dengan harga pokoknya + untungnya ( RM 90 + 7.8 % kadar keuntungan) dan sdr perlu membayar harga itu kpd bank dalam masa 25 tahun.

Baiklah, itu senario biasa di institusi kewangan malaysia yang diluluskan oleh majoriti ulama Shariah di Malaysia.

Dalam kes sdr , sdr nak lebih sikit , ini bermakna sdr perlulah menjual rumah itu kepad bank bukan dengan harga RM 90 K, tetapi RM 150 K.

Hal ini adalah harus dari sudut Islam, kerana sdr berhak utk menentukan harga kepada sesuatu barangan yang sdr miliki apabila ingin menjualnya.

Cuma dalam praktikalnya, mungkin agak susah kerana kebiasaannya pihak bank hanya boleh bersetuju dgn sesuatu harga setelah rumah itu di nilai harganya menurut "authorized valuer" . maka valuer biasanya akan meletakkan harga sebenar sahaj dalam laporannya, dan bank hanya akan mengikut harga yang diletakkan oleh valuer bila ingin membeli rumah itu dari sdr.

justeru, sukar utk sdr mendapat harga yang jauh lebih tinggi dari harga sebenar rumah dari sudut praktikalnya, wp dari sudut hukum adalah harus.

Then, utk gunakan duit tu utk renovate, haji, umrah dan lain-lain. itu terpulang kpd sdr dan harus hukumnya selagi mana ia adalah duit diperoleh dari transakasi sohih dengan perbankan islam. JIka bank konvensional. .maka seoalhnya duit sdr juga samasa haram atau syuhbat. tidak sesai untuk menunaikan haji dgn duit yang diperolehi dari transaski Riba. kerana nabi sebut " Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik"

duit dari hasil transaksi riba adalah tidak baik.


sekian

ust zaharuddin

Mandi 7 Kolah

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada satu soalan dan diharap ustaz dapat membantu saya. Baru-baru ini saya diberitahu oleh seorang kawan, jika ingin cepat dapat jodoh, kita perlu mandi kolah di 7 masjid yang berbeza. Adakah ini benar?

Kenapa mesti 7 kali dan kenapa mesti mandi kolah? Bukankah sekarang ini, kebanyakkan masjid sudah mempunya paip? Harap ustaz dapat membantu saya. Dikhuatiri niat yang baik akan jadi syirik kepada Allah S.W.T

``````````````````````````````````
Wa'alaikumussalam,

Allah SWT berfirman dalam surah An-Naml ayat 65 : "dan katakanlah hai Muhammad kepada umatmu, bahawia tiada siapa di langit mahupun di bumi yang mengetahui perkara Ghaib kecuali Allah"


Justeru, hal mendapat jodoh pada masa hadapan adalah termasuk satu perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia..Ia hanya diketahui oleh Allah SWT.

Demikian juga, perkara yang boleh memberikan kesan secara ghaib samada membawa kebaikan atau kejahatan. Ia juga adalah termasuk dalam unsur ghaib.

Maka Nabi SAW tidak membenarkan kita untuk meyakini apa jua ramalan ghaib dari para bomoh dengan sabdanya : " Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung, lalu mempercayai (ramalannya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad"

Nabi juga menyebut tentang hal orang yang mengaitkan sesuatu sial atau bencana dengan sesuatu perkara " At-Tiyaratu Syirkun" (ertinya : Seungguhnya mempercayai sial itu adalah syirik)

Dr Yusof al-Qaradawi mengatakan bahawa hadith termasuklah menganggap sial pada binatang, tempat atau masa. (al-Halal wal Haram fil islam)

Maka termasuklah juga menganggap 'barakah' atau membawa 'kebaikan" secara magik apabila membuat sesuatu perkara, pada satu masa atau pada satu tempat, KECUALI APABILA TERDAPAT nas sohih yang menyebut tentang kehebatan atau kelebeihan tempat atau benda itu. sepeti Mekah, hajarul Aswad dan lain-lain.

Maka tiada nas yang menybuet tentang istimewanya air kolah dari 7 masjid kepada jodoh seseorang.

Justeru, boleh lah saya kelaskan kawan anda sebenarnya telah berperanan seperti seorang 'bomoh' kerana meramalkan perkara ghaib dengan mengkaitkannya pula kepada sesuatu yang tiada dalil quran dan sunnah. Jelasnya ia adalah satu perkara yang amat bertentnag dengan Islam.

Kerana itu, anda tidak boleh sesekali mempercayai kekarutan rakan anda yang menyuruh mandi 7 kolah itu, apatah lagi anda melaksanakannya.

Apa yang perlu anda lakukan untuk bertemu jodoh, hanyalah dengan berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan mendapat jodoh. Jika ingin mendapat jodoh yang baik, menurut al-Quran, anda juga mesti baik..berdalil ayat Al-Quran

الخبيثات للخبيثين والخبيثون للخبيثات والطيبات للطيبين والطيبون للطيبات أولئك مبرءون مما يقولون.. ( النور : 26 )

ertinya " Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang baik...dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...." (An-Nur : 26)

juga firman Allah dalam surah an-nur ayat 3.

الزاني لا ينكح إلا زانية أو مشركة , والزانية لا ينكحها إلا زان أو مشرك ( النور : 3)

Ertinya : Penzina lelaki tiada akan berkahwin kecuali dgn penzina wanita atau orang kafir.."


sekian,

ust zaharuddin

Menyentuh Wanita

salam..

apakah dalil yg menunjukkan dilarang menyentuh tangan wanita yg bukan mahram dgn sengaja tanpa sebab yg dibenarkan?

~~~~~~~~~~~~ alJawab

salam

1. Dalil dilarang menyentuh tangan perempuan tanpa sebab:

a. HR Muslim dari Ibn Abbas
"Zina tangan ialah meramas tangan perempuan (sahih Muslim kitab taqdir)

b. dari Aisyah ra
"Demi ALlah tangan Rasul tidak pernah menyentuh tangan perempuan sama sekali sekali dalam berbai'at"(Bukhari- Muslim)

c. Dari Ma'qil bin Yasar
"bahawa ditusuk dikepala dengan jarum besi yg besar lebih darinya dari memegang perempuan yang tidak halal baginya."(Thabrani, dinilai sahih oleh al-Albani, sahih aljaami', 4921)

d. Dari Asma',
sesungguhnya aku tidak akan berjabat dengan perempuan."HR Ahmad dan Tabrani dan dinilai hasan oleh al-haitsami

Sunday, September 24, 2006

Hukum Membela Anjing

ALhamdulillah, kita dah dengar banyak ilmu tentang kenajisan/ketidaknajisan anjing.

Minta tuan-tuan ilmuwan terangkan hukum beserta dalilnya untuk membela anjing, bagi tujuan peliharaan (pet).

Jazakallahulkhair



alJawab:

Pemeliharaan anjing sebagai hobi atau pet.

Penjelasannya boleh saja ditemui dalam kitab yang masyhur, alHalal wal Haram fil Islam oleh Prof Dr Yusof alQardhawi yang telah lama diterjemah dan beredar dalam pasaran.

Kata alQardhawi, hukum membela anjing sebagai pet (hobi) adalah haram, yakni diharamkan oleh RasuluLlah saw. Dalilnya: Dari Sufyan bin Abu Zuhair, bahawa Nabi saw bersabda," Barangsiapa mmelihara anjing bukan utk menjaga ladang atau ternak, maka setiap hari pahalanya bekrurangan satu qirath." [Bukhari-Muslim dan semua ahli hadith yg lain] Inilah juga pendapat majoriti madzhab, antaranya Syafi'iy, Hambali, Maliki dan Zahiri ( alMajmuu', IX/234)

Antara alasan-alasan fuqaha' seperti Ibn Hajar ialah:

1. Ia menakutkan jiran-jiran dan orang lalu lalang di luar rumah kita atau orang yg mengunjunginya
2. berkurangnya pahala kepada pemeliharanya
3. Keengganan Malaikat masuk rumah yang ada anjing
4. Ada anjing yang menjadi dari jelmaan anjing (anjing hitam pekat)
5. Tabi'at anjing yang suka menjilat dan kenajisan jilatan itu mungkin menyukarkan pemeliharanya. (al-Fath, X/395)

Ada pendapat yang mengatakan ia makruh sahaja kerana tiada larangan yang tegas dan lugas, demikian kata Ibn Abdil Barr (atTamhid, 14/221).

Kata al-Qardhawi, walaupun majoriti fuqaha' mengatakan haram, hakikat sebenarnya Islam tidaklah melihat anjing dengan keras, kasar dan harus membunuhnya. Dalil: hadith Jabir ra, " kalau bukan kerana anjing-anjing itu satu ummat di antara umat-umat yang lainnya, niscaya aku perintahkan membunuhnya. (HR atTermidzi dan Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ghayatul Maram)

Rumusan:

1. Berdasarkan dalil-dalil yang banyak, maka pemeliharaan anjing sebagai hobi adalah dilarang oleh RasuluLlah saw dengan berita-berita yang tidak menggembirakan kepada pemeliharanya.

2. Walaupun anjing ditegah menjadi hobi, Islam tidaklah bersikap keras kepada anjing jika ada keperluan seperti unit anjing di jabatan kepolisian, menjaga ternakan dan tanaman.

sekian

Tuesday, September 19, 2006

Amalan Membaca yasin Pada Orang Sakit

Soalan :

Adakah amalan membaca surah Yasin ketika menghadapi orang sakit tenat (kita beranggapan dia menuju kearah kematian) merupakan sunnah. Apakah yang patut dibuat ketika berhadapan dgn keadaan begitu.


Jawapan :

1- Para ulama berbeza pendapat tentang hadith yang menyuruh dibacakan surah Yasin kepada orang yang sedang Nazak.



اقرأوا على موتاكم يس

Dalam lafaz yang lain : اقْرَءُوا يس عَلَى مَوْتَاكُمْ

Maksudnya: “Bacakanlah kepada orang yang hamper mati dari kalangan kamu itu dengan surah Yasin.” (al-Syaukani menghasankan hadith ini di dalam al-Fath al-Rabbani. Manakala al-Nawawi melemahkannya di dalam al-Azkar, Ibn al-‘Arabi menukilkan dari al-Daraqutni bahawasanya hadith ini adalah lemah sanadnya dan majhul matannya, dan tidak ada yang sahih dalam bab ini satu hadithpun. Al-Albani juga melemahkan hadith ini di dalam Irwa’ al-Ghalil dan al-Silsilah al-Doiefah. Al-Zahabi pula di dalam Mizan al-I’tidal berkata (dalam sanadnya) ada Abu ‘Uthman yang tidak dikenali bapanya dan juga dia)

Namun terdapat athar dari sahabat Nabi saw yang meminta dibacakan surah Yasin kepadanya ketika hampir mati. Imam Ahmad meriwayatkan daripada Sofwan kataya menceritakan kepadaku guru-guruku bahawasanya mereka menziarahi Ghudaif bin al-Haarith al-Thumali (seorang sahabat) ketika hamir mati berkata :

"Adakah dari kalangan kamu seseorang untuk membaca surah Yasin ? Maka Soleh bin Syuraih al-Sakuni membacanya, ketikamana sampai hingga ayat yang ke 40, beliau meninggal dunia. Dia berkata (Sofwan) adalah guru-guruku berkata : "Jika dibacakan (surah Yasin) di sisi mayat, ia meringankan (sakaratul maut). Berkata sofwan : dan Isa bin al-Mu'tamir kepada Ibn Ma'tad."

Al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-Isobah berkata : Isnad hadith ini hasan. Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah juga memilih pendapat ini, di dalam al-Ikhtiyaraat beliau berkata :

"Adapun membaca (Yasin) selepas kematiannya (mayat) adalah bid'ah, berbeza dengan membacanya kepada orang yang hampir mati, kerana sesungguhnya ia disunatkan dengan Yasin."

Sebahagian ulama berpendapat sunat membaca surah Yasin ini kepada orang yang hampir mati kerana ia mengandungi al-Tauhid, al-Mi'aad (janji) dan khabar gembira dengan syurga bagi sesiapa yang mati dalam tauhid. Iaitulah pada ayat (maksudnya) :

"Mudah-mudahan kaumku mengetahui, dengan pengampunan terhadapku oleh tuhanku."

Maka ruh mendapat khabar gembira dengan ayat ini, dan ia memudahkan keluarnya dari jasad. Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin berkata :

"(Hadith "Bacalah Yasin kepada orang yang hampir mati di kalangan kamu) hadith ini adalah hadith lemah, padanya ada sesuatu kelemahan. Tempat bacaaan (surah Yasin) jika sahih hadith tersebut ialah untuk orang yang telah nazak, dibacakan padanya surah Yasin. Sebahagian ulama berkata : Padanya (surah Yasin) ada faedah, iaitu memudahkan ruh keluar, kerana di dalamnya (surah Yasin) Allah berfirman (maksudnya) : "Dikatakan kepadanya, masuklah ke dalam syurga, lalu dia berkata alangkah baik kaum aku mengetahuinya, dengan pengampunan tuhanku kepadaku dan Dia menjadikan aku dari kalangan orang-orang dimuliakan." Maka surah Yasin dibaca kepada orang yang sakit hampir mati, jika sahih hadith ini. Adapun baca (surah Yasin) di kuburan maka tidak ada asal baginya." (Fatawa Ibn Uthaimin 17/74)

http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=72201&dgn=4

Ustaz Abd Rasyid bin Idris di dalam risalah ringkas pengurusan jenazah beliau menyebut : “Jika dibaca hendaklah seperti berikut :

i- Tidak mengganggu Talkin Syahadah

ii- Tidak dilakukan berjamaah

Ima Ahmad meriwayatkan dari Sofwan katanya :



حَدَّثَنِي الْمَشْيَخَةُ أَنَّهُمْ حَضَرُوا غُضَيْفَ بْنَ الْحَارِثِ الثُّمَالِيَّ (صحابي) حِينَ اشْتَدَّ سَوْقُهُ ، فَقَالَ : هَلْ مِنْكُمْ أَحَدٌ يَقْرَأُ يس ؟ قَالَ : فَقَرَأَهَ صَالِحُ بْنُ شُرَيْحٍ السَّكُونِيُّ ، فَلَمَّا بَلَغَ أَرْبَعِينَ مِنْهَا قُبِضَ . قَالَ : فَكَانَ الْمَشْيَخَةُ يَقُولُونَ : إِذَا قُرِئَتْ عِنْدَ الْمَيِّتِ خُفِّفَ عَنْهُ بِهَا . قَالَ صَفْوَانُ : وَقَرَأَهَا عِيسَى بْنُ الْمُعْتَمِرِ عِنْدَ ابْنِ مَعْبَدٍ

Maksudnya : “Menceritakan kepadaku guru-guruku, bahawasanya mereka telah menziarahi Ghudaif bin al-Harith al-Thumali (seorang sahabat) ketika bersangatan nazaknya. Lalu dia berkata : “Apakah di kalangan kamu ada seseorang yang boleh bacakan surah Yasin ? Katanya : Maka Soleh bin Syuraih al-Sakuuni membacanya, apabila sampai 40 ayat, dia meningga dunia. Katanya : adalah guru-guruku berkata : Jika dibacakan (surah Yasin) di sisi mayat, diringankan kepadanya. Sofwan berkata : Isa bin al-Mu’tamir juga membaca surah Yasin kepada Ibn Ma’bad.”

Dari hadith ini menunjukkan jika hendak dibacapun surah yasin itu, hendaklah di baca oleh seorang bukan berkumpulan.

iii- Hendaklah dibaca dengan Tartil



Wallahu a'lam.