Friday, June 16, 2006

Benarkah Nabi pernah bertemu Iblis ?

Benarkah Nabi pernah bertemu Iblis ?

Jawapan:

Seseorang Islam itu harus bijak dan tidak boleh seseorang Islam itu bulat-bulat percaya dengan apa jua cerita dan riwayat yang sampai kepadanya tanpa merujuk sumber yang sahih dalam Islam dan tanpa memastikan benar tidaknya perkara yang sampai kepadanya itu.

Cerita tentang pertemuan antara Iblis dan Nabi Muhamamd saw adalah rekaan semata-mata. Ia tidak ada asas dalam buku-buku hadis yang sahih atau dalam mana-mana rujukan sahih yang lain dalam Islam. Tidak pernah berlaku pertemuan seperti itu. Hadis yang merujuk pertemuan antara Nabi dengan Iblis hanyalah berupa beberapa koleksi kenyataan daripada hadis lain yang sesetengahnya sahih dan sesetengahnya pula tidak sahih. Ia bercampur baur. Keseluruhan cerita itu tidak sahih dan ia sama sekali merupakan rekaan semata-mata. Maka itu, tidak dibenarkan sesiapa pun (orang Islam) menyebarkan atau menyampaikan cerita /riwayat seperti itu di kalangan manusia.

Untuk lebih khusus tentang isu itu, kami petik kenyataan yang ditulis oleh Ibn Taymiyah dalam Al-Fatawa Al-Kubra:

"Cerita itu sama sekali merupakan hadis rekaan/palsu. Tidak pernah disebut di dalam mana-mana jua buku hadis yang sahih di dalam Islam, dan tidak juga disebut di mana-mana buku hadis lain. Barang siapa mengetahui tentang hal ini (kepalsuan cerita Nabi bertemu Iblis) maka jangan sekali-kali dia menyampaikan cerita itu kepada orang lain (kerana ia adalah rekaan). Kalau orang itu menyebarkannya juga, sedangkan dia tahu bahawa hadis itu palsu/ rekaan/ direka cipta, maka dia hendaklah dihukum kerana perbuatannya itu, dan orang itu berdosa.

Bahkan, orang yang memalsukan/mereka cipta/mereka-reka cerita berkenaan telah mengutip sesetengah kenyataan itu daripada sesetengah hadis sahih dan sebahagiannya kenyataannya adalah dari hadis lain yang diklasifikasikan sebagai lemah atau palsu. Itulah sebabnya sesetengah perkataan di dalam hadis rekaan tentang Nabi bertemu Iblis itu kelihatan seperti asli (pada hal ia adalah rekaan).

Walhasil, keseluruhan cerita itu, yakni cerita mengatakan pertemuan antara Nabi dan Iblis, adalah palsu, direka-reka, dan direka cipta. Ia bohong dan fitnah semata-mata dan tidak pernah disebutkan pun oleh mana-mana sarjana (beragama) Islam yang dihormati.

WA

Dari Islamonlie

No comments: