Saturday, June 24, 2006

Bolehkah Berdoa & Berzikir Ketika Mengiringi Jenazah ?

Soalan:

Adakah merupakan amalan dari Sunnah untuk berzikir membaca kalimah (La ilaha illa Allah; Muhammadun rasul Allah) ketika mengiringi jenazah, sama ada ke masjid atau ke tanah perkuburan?

Jawapan:

Ketika mengiringi jenazah, orang yang mengiringi jenazah itu hendaklah mengelakkan diri daripada bercakap-cakap mahupun meninggikan suara dengan zikir. Diam (tidak berkata atau mengucapkan apa-apa) adalah lebih dituntut dalam keadaan sedemikian. Para sahabat (ra) menyifatkan perbuatan meninggikan suara, meskipun dengan berzikir, ketika mengiringi jenazah, sebagai perbuatan yang tidak perlu.

Terhadap persoalan ini Sheikh Ahmad Kutty, pensyarah kanan dan sarjana Islam di Institut Islam Toronto, Ontario, Kanada memberi respons begini:

"Seperti yang telah terakam dalam Hadis, saranan Sunnah Nabi (swt) apabila mengiringi jenazah ialah dengan diam/tidak bercakap-cakap. Baginda (swt) dilaporkan bersabda (maksudnya), "Jangan mengiringi jenazah dengan suara dan api.") Dengan yang demikian para Sahabat (ra) menyifatkan perbuatan seseorang yang meninggikan suara dengan zikir atau doa ketika mengiringi jenazah sebagai perbuatan yang tidak perlu atau makruh.

Kalau ada orang yang hendak berzikir juga, dia hanya boleh berbuat demikian secara senyap. Kewajaran untuk diam pada ketika mengiringi jenazah itu adalah untuk menggambarkan tentang kematian dan takdir. Maka itu berzikir dengan meninggikan suara akan hanya menggagalkan kebijaksanaan itu.

Dengan kata lain, dalam Islam ada masanya kita disuruh membaca dengan suara keras (tinggi/kuat) dan ada kalanya dengan diam (tidak mengeluarkan suara), dan pengebumian merupakan masa untuk mengingati kematian secara senyap. Ringkasnya, mengikut Sunnah, ketika mengiringi jenazah, orang yang mengiringi jenazah itu hendaklah mengingati Allah dengan senyap/diam.

Sheikh `Atiyyah Saqr, bekas Ketua Jawatankuasa Fatwa al-Azhar menambah:

"Pendapat yang disifatkan paling betul dan yang diterima pakai oleh salaf (ra) ialah bahawa seseorang yang mengiringi jenazah itu seharusnya diam sahaja. Tidak boleh meninggikan/mengeraskan suara sama ada kerana membaca Quran atau berzikir atau sebarang bentuk percakapan. "

Ibn Al-Mundhir berkata bahawa biasanya para Sahabat tidak meninggikan suara dalam tiga keadaan:

- ketika mengiringi jenazah
- ketika berzikir
- ketika memerangi musuh

Sa`eed Ibn Al-Muthayyeb, Sa`eed Ibn Jubair, Al-Hasan, An-Nakh`ie,
Imam Ahmad, Ishaq menyatakan "bahawa mengatakan "moga-moga memperoleh keampunan Allah" ketika mengiringi jenazah itu pun makruh."

Sumber: Islamonline

No comments: